31 May 2012

PAS bukan pengkhianat

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan, pihaknya tidak akan mengkhianati perjanjian untuk bersama dengan dua rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) - perikatan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Mac 2008.
Sehubungan itu kata beliau, pihaknya menerima perjanjian tersebut memandangkan PR memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan manakala Umno pula tidak menunjukkan sikap sedemikian.
Dalam soal ini, pemimpin veteran Pas ini menegaskan, tidak timbul isu parti Islam itu lebih kuat berbanding Umno dan BN sehingga kononnya menolak pelawaan parti lawan mereka untuk berunding aspek kerjasama politik.
"Soal Pas kuat atau Umno-BN lemah, itu bukan isunya. Kami tidak mahu mendabik dada, tetapi kita tidak akan mengkhianati perjanjian dengan komponen Pakatan Rakyat dan akan lawan BN menghadapi PRU ini.
"PR memperjuangkan keadilan, kesaksamaan dan Umno tidak menunjukkan sikap seperti itu," kata beliau dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian dan Sinar Harian Online, semalam.

Menjawab soalan mengapa Pas tidak pernah terlintas untuk dengan bekerjasama dengan Umno, Mustafa berkata, berdasarkan pengalaman terdahulu, Umno pada awalnya mempunyai hasrat yang jujur, tetapi hasrat pemimpin kini tidak lagi sedemikian.

Beliau turut berkongsi pengalaman Pas bersama BN awal 1970-an ketika era Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak.
"Pengalaman lalu, sesiapa yang bekerjasama dengan Umno akan dikawal dan selepas itu banyak berlakunya perbezaan pandangan. Peluang untuk kerjasama itu tidak berlaku kali ini, biarlah (bersama) PR menghadapi PRU kali ini, untuk 50 tahun akan datang, kita tidak tahu," kata beliau lagi.

Mustafa juga berkata, aspek bermuzakarah antara Pas dan Umno juga telah disalah tafsir oleh media.

"Bila disebut muzakarah untuk menerangkan tentang Islam, bukanlah bermaksud  kerjasama Umno dan Pas. Isu ini sudah lama, sejak dulu lagi.

"Kita sekarang ini berdepan dengan PRU, bukan lagi kerjasama politik antara Pas dengan Umno, sebaliknya Pas konsisten hanya dengan Pakatan," katanya.

1 comment:

  1. pas tak khianat tapi ada segelintir kepimpinan pas yang tak yakin dengan perjuangan pas. dah lama sangat berjuang, umur pun dah lanjut, jadi kalau ada offer tu meleleh ayaq lior. mustafa ni juga dulu yang sibuk ke hulu ke hilir kerana ug,,, cakap pun dah macam pemimpin umno, tak boleh nak pegang lagi. dah tiba masa boleh join nasha main wau!

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini