05 May 2012

Najib main wayang

Tak tahan dengan OKU (orang kuat umno) Johor yang bersama-sama dalam Himpunan Tanah Rakyat sebentar tadi yang menampakkan akan berlaku tsunami luar biasa dalam PRU 13 akan datang dinegeri darul umno tersebut maka Najib mengarahkan 1 Himpunan Rasaksa diadakan di stadium Bukit Jalil Jumaat depan selepas beliau dan menteri kabinetnya dimalukan dengan kejayaan Himpunan Bersih 3.0 yang lalu.


Hajat Najib hanya 1, untuk menunjukkan UBN masih dapat sokongan setelah beliau hilang kredibiliti dimata rakyat jelata yang jelas menyokong kuat Bersih pada 28.04.2012 lepas. Sokongan yang tidak terlintas pada mana-mana orang bagaimana seluruh rakyat pelbilang bangsa bersama-sama menuntut perubahan yang bakal mengubah lanskap politik negara pada masa hadapan.

Najib memang sedar bahawa peluang beliau untuk terus berkuasa selepas PRU akan datang semakin menipis dan bakal berkubur. Itulah antara sebab dia menghabis semua duit negara yang ada bagi membeli undi rakyat untuk terus menyokong perjuangannya dipenghujung hayat ini.

Perhimpunan yang bakal diadakan kelak merupakan pertunjukan wayang oleh Najib kononnya Umno masih mendapat sokongan .... maka kita akan kira nanti berapa ribu bas akan berhimpun di Bukit Jalil bagi mengangkut semua peserta pengampu Najib untuk dijadikan pelakon dalam wayang Najib ini.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata perhimpunan raksasa di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei adalah tanda kekuatan parti itu untuk mara ke hadapan dalam satu barisan yang ampuh bagi mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata perhimpunan itu juga akan membuktikan bahawa ribuan anggota parti itu mampu berhimpun dalam keadaan aman tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

"Saya melihat tarikh lahir Umno yang ke-66 ini satu yang amat sesuai sebab kita dah lama tak buat satu perhimpunan secara raksasa dan masanya sesuai untuk kita.

"Semua orang tahu bahawa pilihan raya (akan diadakan) tak lama lagi jadi eloklah kita paparkan kepada rakyat apakah jasa Umno selama ini," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Umno-Online.

1 comment:

  1. Memang sahlah orang2UMNO ni dah lupa yang disambut nanti itu adalah UMNO bukan nya UMNO(BARU). UMNO kan dah diharamkan suatu ketika dulu , yang ada kini adalah UMNO ( BARU ). Memang sahlah orang2 UMNO betullah OKU ( Orang Kuat UMNO ) , rupa2nya telah berkata benarlah ucapan TUN Mahathir , rupa2nya Melayu UMNO/OKU mudah lupa.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini