11 May 2012

Kenapa Hanif bukan Suhakam


Kita pelik dengan pembentukan panel bebas yang diketuai oleh Hanif bagi menyiasat dakwaan berlaku keganasan semasa perhimpunan aman Bersih 284 yang lalu.

Kemana wibawa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan Malaysia akan dilihat kelihatan pelik dalam menangani isu ini.

BERSIH hari ini menolak pembentukan panel bebas bagi menyiasat dakwaan berlaku keganasan sewaktu perhimpunan menuntut reformasi sistem pilihan raya anjurannya pada 28 April lalu.

Ia ekoran kerajaan tidak menyatakan undang-undang yang akan digunakan untuk menubuhkan dan memastikan panel itu berjalan, kata gabungan 84 NGO itu dalam kenyataan hari ini.

"Jika ia tidak ditubuhkan bawah mana-mana undang-undang sedia ada yang berhubungan dengan suruhanjaya siasatan, panel tidak mempunyai kuasa memanggil saksi, mempertahankan dokumen dan maklumat yang dikemukakan, serta tiada kuasa memberi kekebalan kepada pemberi keterangan, " kata BERSIH.

Menurut BERSIH, tanpa perlindungan terhadap saksi, mangsa keganasan polis yang tampil menghadapi risiko saman fitnah sekiranya bukti tidak diterima oleh panel.

Gabungan itu berpendapat, panel itu sepatutnya diketuai oleh wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Frank La Rue dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini