BN hanya ada ‘propoganda machine’ sahaja lagi. Untuk menunjukkan ‘kad kemajuan’ keatas kemampuan dan kecekapan mentadbir negara tidak ada lagi kredibilitinya. Malahan sekarang ini dan akan terus dialami BN ialah kehilangan sokongan rakyat dan komponen BN sedang menghadapi krisis kepimpinan yang paling serius dalam sejarah negara merdeka kita. Sindrom penafian yang diamalkan oleh pimpinan negara tentang keadaan krisis kepimpinan ini tidak langsung membawa apa-apa kemajuan terhadap sokongan rakyat ramai yang akan mengundi dalam PRU yang akan datang ini.
Najib dan kepimpinan negara memahami keadaan ini, dan itulah penyebab kenapa pilihanraya tidak sampai-sampai walaupun Najib telah mengambil alih kuasa sudah menjangkau empat tahun. Sampai kehari ini Najib belum lagi mendapatkan ‘endorsement’ kepimpinannya dari mandat yang beliau sendiri perolehi.
Kepimpinan sekarang jauh lebih lemah dari kepimpinan Abdullah Badawi yang dulu dikatakan oleh Mahathir sebagai Perdana Menteri yang paling tidak berguna walaupun beliaulah (Mahathir) yang memilih dan melantik Abdullah untuk menjadi pengganti beliau. Apabila Mahathir tersedar yang beliau telah tersalah pilih penggantinya, beliau pula yang menyalahkan semua orang kecuali beliau sendiri.
Tidak mengapalah itu, kerana memang Mahathir tidak pernah membuat salah dan kekecohan politik negara kita sekarang adalah disebabkan oleh semua pihak kecuali beliau seorang. Itu memang sikap beliau dan tidak boleh hendak berbuat apa-apa lagi. Kalau dia tidak menyalahkan orang lain,beliau bukan Mahathir namanya.
Tidak usah dihiraukan beliau lagi kerana kita hendak mencari kebaikan untuk negara. Kalau kita ikutkan nasihat dan pandangan beliau kita tidak akan berjumpa penyelesaian terhadap kekalutan yang kita alami sekarang yang berputik dari kepimpinan beliau dahulu.
Kita tehakik apa yang sedang kita hadapi dengan pemikiran terbuka untuk menjadikan negara kita kembali kelandasan demokrasi yang sebenar yang pernah kita alami sebelum Mahathir mengambil alih kepimpinan negara kita ini dahulu. Bak kata P Ramlie, ‘barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merana badan’.
Sebahagian besar rakyat yang telah terbangun dari tidur merasakan peralihan serta pertukaran kepimpinan negara amat perlu dilakukan untuk keselamatan serta masa depan negara. Yang dewasa ingin menjamin yang segala institusi demokrasi perlu dan wajib dikembalikan kelandasan yang sebenarnya setelah badan kehakiman telah terlacur semasa pentadbiran Dr Mahathir.
Tidak siapa akan menerima pembohongan sejarah lagi. Badan kehakiman telah dikucar kacirkan oleh pihak eksekutif pimpinan Mahathir kerana kepentingan politik peribadi Mahathir dan konco-konconya pada tahun 1988 dahulu. Sehingga ke hari ini badan kehakiman tidak kebah-kebah lagi dari persepsi buruk masyarakat tempatan dan antarabangsa.
Isu terhadap badan perundangan seperti persepsi buruk terhadap ‘Attorney General’ tidak mungkin dapat dipulihkan selagi parti yang merosakkannya masih berkuasa lagi. ‘AG’ diperguna oleh pihak berkuasa eksekutif bukan untuk membersihkan salah laku mana-mana pihak tetapi beliau dipergunakan untuk menutup segala tindakan tidak bermoral oleh perasuah dan penjenayah negara dan rakyat.
Rakyat kini merupakan rakyat bermaklumat dan mereka sekarang sudah nampak dengan jelas yang institusi kepolisan juga sedang dalam keadaan nazak dan jika semua institusi demokrasi di kuasai oleh pihak eksekutif yang rasuah dan penjenayah maka sudah pasti memang tidak ada lagi peluang untuk rakyat hidup dalam keadaan aman damai seperti yang pernah rakyat rasakan sebelum pemerintahan Mahathir Mohammad dahulu.
Kehilangan elemen pengasingan kuasa diantara tiga badan, Legislatif, Judiciary dan eksekutif merupakan situasi yang amat malang yang sedang dihadapi oleh rakyat yang cintakan keamanan dan keunggulan berdemokrasi kita. rata-rata rakyat yang selama ini bersabar dengan kerajaan BN untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan ini. Tetapi keadaan bertambah buruk dan semua pihak merasakan jika BN masih berkuasa maka tidak mungkin keadaan ini akan bertambah baik.
Hari demi hari kita seolah-olah tinggal dalam sebuah negara ‘police state’ yang zalim dan tidak bermoral kepimpinannya. UMNO tidak lagi berjuang untuk rakyat dan negara tetapi sebaliknya parti itu telah menjadi musuh kepada rakyat yang dahagakan kehidupan dalam sebuah negara persekutuan yang menghormati rakyat dan negeri-negeri yang terkandung dalam persekutuan kita ini.
Dalam keadaan terdesak dengan tekanan rakyat terhadap UMNO, parti itu tidak lagi dapat berbuat apa-apa tentang arus dan angin perubahan yang rakyat sedang lakukan sekarang ini. Sekarang sudah sampai ketahap pertembungan diantara rakyat dan UMNO. UMNO sedang menggunakan segala apa yang ada kepada mereka untuk mempertahankan gerakan perubahan dalam pemikiran rakyat kini.
Perubahan yang berlaku kini adalah perubahan pemikiran dan kita tidak nampak bagaimana UMNO boleh mengembalikan perasaan hormat dan sokongan terhadap parti itu. UMNO sedaya upaya cuba mengawal perasaan rakyat seperti mengawal seekor haiwan ternakan yang boleh dikandang dan disembelih mengikut kehendak dan nafsu pemimpin mereka.
UMNO telah terlupa yang mereka tadbir ini adalah perasaan rakyat yang sentiasa berubah dan mahukan kemajuan terhadap pemikiran dan tindakan mereka. UMNO sedang menggunakan segala kekuatan propaganda yang ada ditangan mereka untuk membentuk budaya mengangguk dan menurut perintah sahaja. Yang benar hendak diakui salah dan yang salah hendak dibudayakan sebagai perkara yang mesti diterima.
Moral sudah tidak menjadi perkara penting lagi kepada UMNO walaupun mengaku sebagai penjaga masa depan Islam dan Melayu. UMNO masih menggunakan tektik lama yang sudah lusuh untuk menyakinkan orang Melayu, tanpa UMNO orang Melayu akan hilang di dunia ini. Tetapi mereka tidak sedar yang dengan cara mereka mentadbir negara sekarang ini …Melayu akan hilang dunianya. Agama hanya menjadi tempelan kerana apa yang mereka lakukan sekarang semuanya bertentangan dengan kehendak agama yang mereka retorikan setiap masa dan waktu.
Mereka menakut-nakutkan orang Melayu jika UMNO tidak dapat menyambung kuasa Raja-Raja Melayu akan lenyap, tetapi apa yang mereka lakukan hari ini saling tidak tumpah serupa dengan cara Malayan Union memerintah untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu. Kita masih ingat bagaimana UMNO menghina Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan tahun 1993 dahulu.
Orang Melayu sedang cuba dibohongi yang ‘there will be no more Malays if UMNO is defeated’. Lima puluh empat tahun memerintah setiap kali bercakap isu Melayu tetapi Melayu tidak kemana juga. Yang mendapat habuan dan menjadi kaya raya yang tidak terperi ialah sebilangan kecil kroni-kroni yang membelasah kekayaan negara dan menjadi ‘proxy’ kepada pemimpin rakus dan rasuah yang tidak terperi.
Orang Melayu biasa dijadikannya hanya sebagai anjing buruan untuk memburu kumpulan dan pihak yang ingin melakukan perubahan. Anjing-anjing buruan ini dapatlah upah sedikit sebanyak untuk membayar upah menjadi kuda pelejang bagi pihak pimpinan rakus tadi.
Oleh kerana keadaan begitu serius maka UMNO dan BN sudah tidak lagi mempunyai modal untuk meyakinkan rakyat dan cara terakhir ialah dengan menggunakan ugutan dan ‘gangsterism’. Kerana apa mereka menggunakan cara kasar ini? Kerana propoganda BN sudah tidak lagi 'mangkuih' kerana rakyat tidak yakin lagi kepada BN dan UMNO.
Percayalah, apabila sudah sampai ke begini keadaannya ia hanya membuktikan yang usia BN dan UMNO itu tidak akan bertahan lama lagi. Tetapi itu tidak menjadi masalah kepada orang Melayu, kerana Melayu akan bertambah kuat selepas UMNO tiada memerintah. Selama ini UMNOlah yang membantutkan orang Melayu untuk maju kehadapan
No comments:
Post a Comment