17 May 2012

Umno mereka-reka cerita

Blogger pro Umno-BN hanya membuang masa dengan cerita rekaan mereka kerana segala usaha bagi melemahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berkesan sama sekali.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata usaha blogger pro Umno-BN itu adalah sia-sia dan tidak memberi kesan langsung terhadap keutuhan parti itu bagi menempuh pilihanraya umum ke 13 (PRU13) nanti.
“Ia hanyalah usaha yang dibuat sekumpulan blogger kecil pro Umno-BN bagi mewujudkan satu keadaan yang memihak kepada Umno-BN tetapi malangnya tidak berlaku.
“Kita tidak terkesan langsung dengan segala usaha yang dibuat mereka,” begitu kata Shuhaimi kepada TVSelangor ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media berhubung penafian Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Beliau dituduh meminta wang RM10 juta daripada bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo supaya keluar dari PKR selepas PRU12 2008 seperti didakwa blogger pro Umno-BN.
Tuduhan itu dipaparkan di dalam sebuah artikel blog yang mengatakan Manikavasagam bertemu Dr Mohamad Khir pada akhir 2008 untuk meminta wang tersebut.
Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda berkata tiada apa yang perlu dilakukan PKR bagi membetulkan keadaan berikutan segalanya berjalan seperti sedia kala.
Katanya, PKR tidak akan melayan sebarang usaha sebegitu kerana ianya hanya membuang masa dan tenaga.
“Tiada apa yang perlu kita lakukan bagi menanganinya kerana ia tidak memberi kesan.
“Ia dilihat usaha bagi melemahkan parti menjelang berlangsungnya PRU ke 13 nanti. Usaha untuk melaga-lagakan pemimpin dan ahli di dalam PKR.
“Bagaimanapun ia tidak menjejaskan kita dan tiada apa yang menggugatkan keutuhan kita,” katanya.

2 comments:

  1. 10 juta 10 juta 10 juta ...
    modal basi lagi basi.. bertambah basi
    dengar baik baik abang hang nak bagi tahu.
    kita tak peduli siapa nak jadi PM..
    yang penting Umnoou tu mampus dulu..
    umnoou mampus dulu

    ReplyDelete
  2. hamba sokong abang.

    umno mesti dihantar ke rumah bakar mayat dulu.

    tanpa kanser umno, negara ini lebih mudah menjadi sihat.

    seorg najib kata peneroka haram jadah, beribu peneroka
    akan balas haram jadah juga kt najib. kita tengok haram
    jadah sapa yg mengena.

    TIBAI = Telur Ibrahim Bin Ali Ilang

    sebab? ponteng semua perhimpunan

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini