Spekulasi berhubung tarikh pilihan raya giat diperkatakan susulan ucapan perdana menteri di masjlis sambutan ulangtahun Umno, Jumaat lalu bahawa beliau terasa seperti ingin segera mengadap Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
Spekulasi di blog dan SMS itu antaranya dikutip akhbar Sinar Harian yang menyebut bahawa tarikh ilihan raya diramal pada 9 Jun manakala hari penamaan calon pula dijangka 26 Mei, lapor akhbar tersebut yang
Najib juga diramal akan membubarkan Parlimen pada Isnin, menurut laporan tersebut yang memetik satu sumber.
Ramalan itu juga dibuat berdasarkan tempoh cuti sekolah dua minggu bermula 28 Mei, menurut laporan tersebut.
Teman cuma mencadangkan mana-mana kawan-kawan para pejuang yang ingin bersama-sama menumbang regim Umno pada kali ini supaya dapat menagguhkan semua aktiviti yang berkaitan pada tarikh cuti hujung Mei hingga 10 Jun ini.
Buat seberapa banyak aktiviti khususnya Penerangan dan SSDP serta penghantaran slip pengundi. Anda semua sudah WAJIB membuka Bilik Gerakan.
Mana-mana JPrU di Parlimen Kota Raja yang sudah membuka Bilik Gerakan kami ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua petugas. Selamat berperang.
No comments:
Post a Comment