01 May 2012

Bernama, Utusan & TGNA

Utusan mengambil berita dari Bernama dengan meletakkan tajuk 'Nik Aziz tidak rasa bersalah biaya peserta Bersih 3.0'

Tajuk ini jelas cuba mempertikai serta menyalahkan TGNA kerana tindakannya membiayai Bersih 3.0.

Teman pun pelik juga dengan Utusan ni sebab tak tahu dimana salahnya TGNA dalam soal ini, selain TGNA sendiri menggalakan orang ramai mengahdiri perhimpunan ini. Baca sini.

Tolong letak 3 sebab kesalahan TGNA berkaitan isu yang dibangkitkan ini?

Berikut adalah lapuran Bernama berkaitan tindakan TGNA : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau sama sekali tidak berasa bersalah kerana membiayai beberapa penyokong untuk menghadiri perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang sehingga menyebabkan berlaku kekecohan di ibu negara, Sabtu lepas.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sendiri menggalakkan orang ramai menghadiri perhimpunan itu yang dianggap wajib dihadiri oleh rakyat bagi menunjuk perasaan terhadap sesuatu yang tidak memuaskan hati mereka.

"Kalau ada dua tiga lagi perhimpunan seperti itu saya sedia biayai penyokong yang ingin hadir," katanya kepada pemberita selepas berucap dan menyampaikan hadiah kecemerlangan pelajar sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK), di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), dekat sini, hari ini.

Dua hari lepas Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan mengakui beliau membiayai dengan wang peribadinya sendiri kepada beberapa penyokong PAS dari kawasannya yang menghadiri perhimpunan itu.

Ditanya sama ada beliau kesal dengan insiden kekecohan yang menyebabkan beberapa orang cedera dalam perhimpunan itu, Nik Aziz mendakwa ia berlaku kerana mereka disekat oleh pihak berkuasa semasa perhimpunan itu.

"Umpama air yang mencurah turun dari atas bukit ia akan merebak dan mengalir masuk kampung, kalau disekat....begitu juga dengan perhimpunan itu," katanya.

1 comment:

  1. haha! TGNA bukan jutawan. tapi sanggup sponsor org utk pergi bersih. berjuang secara aman menuntut keadilan. TGNA bukan suruh perangi polis. Dia suruh duduk bantah. Polis tak bagi duduk diornag berdiri la.. hehe!

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini