16 May 2012

Muzakarah Umno PAS


KUALA LUMPUR, 16 Mei — PAS hari ini menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan Umno bagi membincangkan isu yang timbul dalam kalangan umat Islam dengan lebih menyeluruh dan bukannya sekadar pandangan sebelah pihak.
Kenyataan itu dikeluarkan Mursyidul Am parti Islam tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan situasi semasa dilihat keadaan yang amat sesuai untuk mengadakan muzakarah terbabit.
“Isu muzakarah ini berlaku sejak pimpinan PAS diketuai oleh Datuk Asri Musa lagi, tapi sampai sekarang isu itu tidak pernah selesai. Hanya sibuk sahaja sebut fasal muzakarah tapi tidak pernah buat.
“Jadi dalam keadaan sekarang ini paling sesuai membincangkan tentang isu kenapa ada orang hendak tolak Islam,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darul Naim hari ini.
Dipetik Harakah Online, Menteri Besar Kelantan itu menambah, muzakarah adalah fitrah manusia yang seringkali kerap berlaku bagi menrungkai sesuatu perkara.
“Bertengkar juga dinamakan muzakarah ketika kita kecil. Bertengkar dan berbalah itu sama sahaja, ertinya masing-masing mahu berhujah.
“Soal muzakarah memang PAS sudah lama hendak bermuzakarah dengan Umno, atau sesiapa sahaja. Saya ingat sejak saya baru balik belajar dari Mesir lagi.
“Tetapi sampai sekarang tak jadi. Saya memang setuju muzakarah sebab itu sudah menjadi fitrah manusia,” ujarnya lagi.
Dipetik Sinar Harian Online sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya juga menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan PAS berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu.
Bagaimanapun, beliau meletakkan garis panduan supaya muzakarah itu mencapai objektifnya dalam usaha menegakkan syiar Islam.
Beliau turut menegaskan perbincangan itu mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukannya berlandaskan emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda.
Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman pula menyifatkan perbincangan sesama Islam adalah satu perkara yang baik bagi kekuatan dan kepentingan ummah.
Sehubungan itu, beliau menyarankan muzakarah itu wajar diadakan bersama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan supaya ia lebih telus dantidak cenderung kepada mana-mana pihak.
Bagaimanapun, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula tidak merasakan adanya keperluan untuk bermuzakarah dengan PAS kerana jelasnya, parti Islam itu sudah tergelincir daripada matlamat asal perjuangan mereka.

1 comment:

  1. Seperti sedia maklum muzakarah tak akan menjadi kerana puak umeno be end hanya tembak awal saja.tapi bila dah dekat hari nak muzakarah lain pula jadinya.

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini