Tahniah diucapkan kepada Barisan Pimpinan AJK PAS Kotaraja yang telah terpilih untuk sesi 2011-2013. Mesyuarat Agung semalam juga adalah landasan terbaik untuk kita bermuhasabah dan berbincang secara rasional dalam memantapkan lagi gerak kerja parti yang kita cintai ini. Segunung harapan dan doa agar kepimpinan sesi yang baru ini akan bekerja lebih keras lagi dalam menghadapi PRU ke-13 akan mendatang.
Takziah diucapkan kerana terpaksa memegang amanah ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Insyaallah, warga PAS KotaRaja akan turut sama mendokong kepimpinan PAS Kotaraja dalam melaksanakan dasar dan perjuang parti. Dewan pemuda dan Muslimat yang terserlah kemantapan mereka akan menjadi sayap parti yang berkesan dalam mempertahankan kemenangan dengan izin Allah.
No comments:
Post a Comment