22 April 2011

Kerajaan "Flip Flop" Malaysia pimpinan PM "Flip Flop" Najib - Flip Flop 1

Mother of Flip Flop.

Kalau lah menteri macam ni, hancur Malaysia. Bila dah lulus, tengah bina then baru nak Kaji. Kerajaan apa mende ni? Akal pendek, low class. Padahal kes Bukit Merah sepatutnya telah menjadi contoh. Namun dek kerana rakus, maka kerajaan lepaskan je. Anda rasa mereka peduli ke nasib rakyat??? Jangan mimpi lah. Bila orang bising, baru nak kaji lah dan macam-macam lagi untuk menyedapkan hati rakyat. Ini adalah contoh terbaru betapa mereka ni tamak haloba dan tidak mempedulikan rakyat marhaen. Dorang ni janji MASYUK je, rakyat..mmm pandai-pandai korang lah.

Sebuah panel antarabangsa yang terdiri daripada “pakar luar negara” akan ditubuhkan bagi menjalankan kajian menyeluruh berhubung keselamatan pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant di Gebeng, Pahang.
NONEMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua dari kiri) berkata panel itu akan dibentuk “sesecepat mungkin” dan dijangka membentangkan laporannya kira-kira sebulan dari tarikh penubuhannya.

Sehingga panel berkenaan membentangkan laporannya, Mustapa berkata kerajaan tidak akan mengeluarkan apa-apa lesen pra-operasi kepada Lynas.

Lynas juga, katanya tidak akan dibenarkan mengimport sebarang bahan mentah nadir bumi sepanjang tempoh berkenaan. Selain itu, Mustapa berkata kerajaan juga akan mengkaji semula operasi pusat itu, termasuk pembinaan pusat tersebut yang sedang dibina.

NONEMustapa, bagaimanapun tidak dapat memberi petunjuk siapa yang akan diundang menganggotai panel berkenaan mahupun menjelaskan pihak yang akan menanggung kos perbelanjaan pembentukan panel tersebut meskipun diasak oleh wartawan.

“Apa yang penting, mereka ini pakar dan berkecuali dan dari luar negara. Ini tiga elemen utama,” katanya pada sidang media di sebuah hotel Kuala Lumpur.

Bulan lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif nadir bumi di Gebeng, yang bernilai hampir RM700 juta, adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.

NONEDakwanya sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah itu mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah.

Namun projek kontroversial itu terus mendapat bantahan daripda pelbagai pihak termasuk penduduk sekitar Kuantan, aktivitis, NGO, Save Malaysia dan juga parti-parti politik Pakatan Rakyat.

2 comments:

  1. Do you need a loan to pay off your bill or in need of financial help with a loan you can contact us now for a loan if you are serious in getting it surely we will help you out via Email {urgentloan22@gmail.com}

    ReplyDelete
  2. Do you need a loan to pay off your bill or in need of financial help with a loan you can contact us now for a loan if you are serious in getting it surely we will help you out via Email {urgentloan22@gmail.com}

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini