15 April 2011

Panasss..Parti Komponen BN Sarawak Benci UMNO

Pelik tapi benar, di sebalik laungan gerombolan songkok tinggi kononnya Parti Perikatan yang disertai mereka Barisan Nasional adalah parti yang sepakat, rupa-rupanya hanyalah retorik untuk menipu rakyat. Ini terbukti apabila Naib Presiden parti komponen Barisan Nasional Sarawak dilihat menakut-nakutkan pengundi dengan kemungkinan kehadiran UMNO di Sarawak jika parti itu kalah.

Dalam ucapan ceramah yang terbaru, Naib Presiden SUPP Datuk Tiong Thai King memberi amaran kehilangan majoriti dua pertiga BN Sarawak akan membuka pintu kepada kemasukan Umno di negeri terbesar itu. Parti dominan BN itu tidak popular di kalangan bukan Melayu, malah di kalangan Melayu Sarawak.

Tiong juga memberitahu penyokongnya bahawa jika SUPP gagal menerima sokongan kali ini daripada masyarakat Cina, parti-parti seperti MCA dan Gerakan akan dibawa masuk untuk mengisi kekosongan itu


Parti komponen Barisan Nasional SUPP ini secara terang-terangan menanam kebencian kepada UMNO, Gerakan dan MCA kepada para pengundi di Sarawak. Jelas sekali menunjukkan di belakang rakyat, parti komponen BN Sarawak dan Semenanjung saling bermusuhan kerana bimbang kekuasaan masing-masing tergugat.

Apa yang jelas yang harus diketahui oleh rakyat Sarawak, selama ini di depan mata anda, Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud perompak harta rakyat Sarawak. Selain itu hasil kekayaan negeri Sarawak dibawa ke semenanjung untuk memajukan semenanjung Malaysia, sedangkan Malaysia Timur terus dibiarkan mundur walaupun memiliki hasil bumi yang banyak.

Sepatutnya bila banyak hasil bumi, semakin maju dan kayalah Sarawak, sebaliknya, Sarawak hanya mampu duduk di kalangan negeri-negeri mundur selama 30 tahun di bawah pentadbiran Taib Mahmud. Aram Meh Kitai Berubah!

"Hentikan pembodohan rakyat Sarawak! Jangan biarkan UMNO merompak hasil rakyat Sarawak!"

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini