Nampaknya serangan bertubi oleh pihak yang disyaki iaitu Pencacai BN terhadap media alternative. Bermula dengan serangan DDOS sejak 12 April lalu. Kemudian diikuti oleh blog sarawak report yang turut diserang bertubi. Serangan bertubi-tubi ini menyebabkan pasukan teknikal malaysiakini memindahkan data kepada server baru untuk mengelakakan kehilangan data. Bukan itu sahaja, Harakahdaily juga turut menjadi mangsa serangan DDOS sejak semalam lagi. Namun oleh kerana harakahdaily melihat dua website telah diserang sebelum ini, mereka telah bersedia dengan serangan ini. Walaupun sudah bersedia dengan back up dan mirroring, namun serangan tetap berlaku namun dapat ditangkis.
Tidak puas dengan website kegemaran ramai ini, siaran radiofree sarawak pulak di ganggu gugat pula. Radio Free Sarawak (RFS), yang dipancarkan ke kawasan pedalaman negeri itu dan satu-satunya platform yang menyiarkan suara pembangkang menjelang pilihan raya negeri esok, telah disekat siarannya.
Menurut satu kenyataan, pengasas RFS, Clare Rewcastle berkata, sekatan siaran itu berlaku semalam dan serangan itu dikesan dilakukan oleh seorang individu di Belgium.
"Dia telah mengaku diupah untuk memancarkan siaran pada masa yang sama dan dalam frekuensi yang sama dengan stesen kita," tambahnya.
Katanya, individu tersebut dibayar AS$108,000 untuk menyekat siaran RFS menjelang pilihan raya negeri Sarawak esok.
Nampaknya BN begitu bersungguh mahu menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang begitu ketara sokongan yang diterima berbanding dengan PRN sebelum ini. Kita doakan PR akan membuat kejutan bersar-besaran insyaAllah.
No comments:
Post a Comment