13 April 2011

"Hormatilah" Husam

Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa berkata beliau tidak berniat untuk bertanding jawatan Presiden PAS pada muktamar agung parti itu pada Jun depan walaupun menerima pencalonan daripada beberapa cawangan.

Husam juga meminta semua cawangan lain parti itu tidak mencalonkannya lagi untuk jawatan tersebut tetapi akan memikirkan dengan mendalam jika dicalonkan bagi jawatan lain.

"Kepada semua anggota Pas saya tidak mempunyai cadangan atau niat untuk bertanding bagi jawatan Presiden dan ingin saya nyatakan akan berdiri teguh di belakang kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan akan terus menyokongnya bagi jawatan itu.

"Kepada yang telah mencalonkan saya untuk jawatan itu saya mengucapkan terima kasih dan terpaksa menolaknya. Buat masa ini saya mahu bertanding bagi peringkat anggota jawatankuasa sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim di sini, hari ini. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini