Dengan pengumuman terbaru Nazri bahawa penganut Kristian di Sabah dan Serawak boleh menggunakan kalimah Allah membuktikan "Wabak Konpius" Menteri Umno sedang menular dan bakal memeningkan seluruh rakyat 1 Malaysia.
Pengumuman ini menunjukkan bahawa Nazri (gambar kiri : muka dia macam konpius aje) yang selalu mengaku dirinya pakar perundangan negara dan menganggap dirinya paling pandai dan paling berani termasuk melawan Che Det (bekas bos nya) untuk membuat reformasi dalam umno telah MENYANGGAH sama sekali kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri 1 Malaysia sehari sebelum ini yang mahukan kalimah tersebut tidak digunakan lagi pada masa akan datang.
Keadaan seperti ini menunjukkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas ini sepatutnya merujuk dulu kepada Dato Nazri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Nazri melihat kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh TSMY selaku Timbalan Perdana Menteri ini tidak betul dan tidak menguntungkan umno.
Keadaan seperti ini menunjukkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas ini sepatutnya merujuk dulu kepada Dato Nazri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Nazri melihat kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh TSMY selaku Timbalan Perdana Menteri ini tidak betul dan tidak menguntungkan umno.
Sekarang PM kena selesaikan masaalah ini supaya ia tidak menjadi "wabak yang bakal meng konpiuskan" seluruh rakyat 1 Malaysia. Semuga pihak terbabit menyelesaikan isu ini secepat mungkin supaya penyakit konpius ini tidak menular dikalangan rakyat jelata pula selepas ini
"Payah dapat menteri macam ni" komen seorang sahabat.
Komen Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS berkenaan isu ini, "Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa penganut Kristian di Malaysia Timur boleh menggunakan perkataan Allah, tetapi melarang mereka di Malaysia Barat berbuat demikian, boleh merumitkan lagi isu tersebut", kata nya.
"Kini ada dua set peraturan, tetapi menteri berkenaan juga tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut memandangkan proses mahkamah berhubung isu itu masih berjalan". "Bagaimana kalau Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi? Bagaimana pula kalau ia menolaknya? (Pengumuman Nazri) akan menimbulkan lebih banyak masalah," sambungnya lagi
No comments:
Post a Comment