14 January 2010

Hebat KPP... PAS bagaimana?

Tahniah ....Hebat KPP .... Cawangan PAS bagaimana? 

Tajuk : Lebih 200 orang mendaftar pengundi baru di Taman Sentosa, Klang
 
Terjemahan Isi artikel : Taman Sentosa Jan 6, Lebih 200 orang mendaftar sebagai  pengundi baru, program ajuran Kelab Penyokong Pas Kota Raja. Semakan daftar pemilih juga dijalankan kepada pengundi yang telah bertukar alamat dan sebagainya.
 
Program ini telah berjalan dari pukul 9pg hingga 5 ptg dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya/SPR Negeri Selangor. Pengundi yang terdiiri dari pelbagai kaum telah memberi kerjasama untuk program pendaftaran pengundi baru ini.
 

Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud dan Pengerusi KPP Kota Raja, S. Lakshmanan telah menghadiri dan memerhatikan sesi pendaftaran ini. Pengerusi  KPP Kota Raja juga memberitahu hasratnya yang sedang berusaha untuk menjalankan Program Pendaftaran Pengundi sedemikian  di seluruh Malaysia.
 
Terdapat 43,800 orang  yang sudah mencapai usia 21 tahun keatas yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, Pengerusi KPP Kota Raja yang juga merupakan Ahli Majlis Kuala Selango, S. Lakshamanan mengulas perkara tersebut dengan maklumat yang diberikan oleh Timbalan Pengarah SPR, Dato Wan Ahmad Wan Omar. Para belia India mesti mengambil berat untuk mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi.
 
Dato Wan AHmad Wan Omar juga memberitahu bahawa di Negeri selangor sahaja  terdapat 787, 500 orang yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pengundi. S Lakshamanan juga menguncapkan terima kasih kepada  ADUN Sri Andalas, YB Tuan Dr Xavier Jayakumar yang telah menghantar wakilnya untuk mengambil bahagian dalam program ini.  

Terjemahan oleh Pn Veni, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja

7 comments:

  1. Tahniah PAS Kota Raja. Tahniah YB Dr Siti Mariah.

    Semuga Allah menjaga dan terus memberikan kemenangan PAS di Kota Raja.

    ReplyDelete
  2. Tahniah .. sejuta tahniah kerana PAS kini sudah ketandusan pengundi sehingga terpaksa menagih dan mengemis pengundi india dan cina... MOto baru.. (BERTUHANKAN POLITIK ! BERDAKWAH UNTUK KUASA! BERTOPENGKAN AGAMA !) HIDUP PAS!..HIDUP PAS!..HIDUP PAS!

    ReplyDelete
  3. Melayu Kah... p main jauh2!..

    ReplyDelete
  4. "" B said...
    Melayu Kah... p main jauh2!..""


    Hanya itukah jawapan yang mampu diberikan oleh penyokong PAS dan PR?

    Setelah berjuta pengundi bukan melayu didaftarkan oleh PAS .....agak2nya berapa ramaikah Wakil Rakyat Melayu akan Mentadbir Daerah atau Wilayah?

    ReplyDelete
  5. Buang masa layan "Melayu KaH"...

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini