Adakah anda antara orang yang paling suka membaca Utusan Meloya & Berita Hairan. Jika saban hari anda menatap dan membacanya dan mempercayai isi kandungannya yang kononnya berupa berita asli yang sahih lagi benar anda sebenarnya telah membuat kesilapan. Saya tidak mengatakan begitu, kerana jika saya mengatakannya pun anda akan kata "orang PAS ni apa yang umno buat semua tak betul"
Jika itu anggapan anda, ia saya akui betul kerana memang itu lah tanggapan saya kepada media tradisional arus perdana ini. Tapi bila Rais kata "Media tradisional jangan jadi alat propaganda"
Anda kena akur atau adakah anda akan kata "bodohnya menteri ini, buat apa keluarkan kenyataan sebegini. Sebaliknya jika anda akur mulakanlah memboikot kedua akhbar arus perdana ini supaya pasarannya menjunam dan tidak mampu berada dipasaran lagi. Jika ini berjaya, TAHNIAH kerana anda telah berjaya memenuhi aspirasi Dato Rais Yatim.
Kelmarin beliau telah membuat satu pusingan "U" setelah mencampuri siasatan pihak berkuasa terhadap seorang penulis blog serta dibelasah oleh sekian ramai penulis pro umno. Saya tak tau apa lagi selepas ini kenyataan menarik dari menteri ini, kita tunggu jika ada yang menarik esok untuk diulas.
No comments:
Post a Comment