Bila saya letakkan tajuk diatas saya tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan tahap pemikiran seseorang. Saya sedar serta insaf bahawa otak tersebut adalah anugerah Allah dan apabila kita dilahirkan kedunia ini umpama kain putih tiada cacat celanya.
Saya juga tidak mempertikaikan hak setiap orang samaada penyokong PAS atau Umno untuk ber blog itu hak anda. Cuma bila menulis dan dalam keadaan apa sekali pun tulislah dengan bahasa-bahasa yang yang tidak mencarut, maki hamun dan sebagainya sehingga merosakkan bahasa itu sendiri.
Saya tidak tuduh semua bloggers umno macam ni tapi saya nak ambil contoh blog ni saja. Sila klik dulu http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/ supaya anda semua boleh faham apa yang maksudkan.
Saya pernah hantar komen kepada GAP, sila baca ruangan komen berdasarkan tajuk yang dia posting dan kemuskilan saya dan respon GAP
Setelah itu saya minta dia respon dengan jelas dan berhujjah dengan baik dan memberi syarat supaya menggunakan bahasa yang baik dan jangan tanya lain jawab lain. Saya katakan padanya bahawa saya sedang test IQ bloggers Umno ni berada pada tahap berapa? Saya tulis pada nya begini.
Tahap 1 = Teruk
Tahap 2 = Sederhana
Tahap 3 = Baik
Tahap 4 = Sangat baik
Terus tiada respon dan pagi saya tulis lagi padanya,
Salam GAP, Baguslah bila Sdr tidak menulis lagi dalam posting terbaru ni, kerana Sdr bukan tidak boleh menulis tetapi tahap bahasa yang Sdr tulis menunjukkan bahawa Sdr perlu pergi belajar masuk sekolah semula. Ada banyak kelas tuition untuk pelajar dewasa macam Sdr.
Komen terdahulu saya tanya Sdr belajar sampai peringkat mana dan universiti mana, ambil course apa dan tahun bila kerana saya nak check tahap IQ Sdr.
Sebab amat malang bagi ibu yang mengandungkan Sdr selama 9 bulan 10 hari kerana mempunyai anak yang IQ nya amat rendah dan malang juga bagi guru-guru yang pernah mengajar Sdr terutama guru BM & Siviks (zaman dulu panggil tata rakyat) yang mana anak muridnya gagal menafaatkan ilmu yang mereka ajar selama ini.
Nampaknya komen saya telah Sdr band kan semua sekali. Tidak mengapa saudara dan teman-teman boleh layari blog saya kerana saya akan buat posting tentang GAP dan tentang tahap IQ bloggers Umno, gaya tulisannya dan bahasa yang mereka gunakan. Kecuali IQ mereka yang setaraf dengan Sdr, moga yang lain dapat menilai sendiri.
Menteri Umno DS Rais Yatim tu kan menteri pujaan Sdr .... dengarlah nasihat nya. Selalu dia cakap "jadikan budi bahasa amalan kita" Utk maklumat saya tidak pertikaikan hak Sdr ber blog, cuma Sdr dilihat mempertahan Melayu cukup kuat tapi dlm masa yang sama Sdr gagal menunjukkan kepada bangsa asing dan melayu sendiri contoh bahasa yang baik kerana Sdr telah merosak bahasa tersebut.
Berkenaan posting ini : Semalam dalam berita TV3 dan pagi ni melalaui Radio DS Najib minta semua bertenang kerana beliau akan ambil tindakan yang sewajarnya termasuk jumpa DYMM Agung dan majlis raja-raja untuk selesaikan masaalah ini. Harap sdr dengarlah cakap PM dan jangan jadi penderhaka pulak.
Salam,
ReplyDeleteGAP satu contoh, ada banyak lagi penulis dari bloggers umno yang macam ni ..... persoalan nya adakah mereka ni semua telah di BTN kan untuk menulis dengan gaya bahasa sebegini. Kalau begitu sahlah umno ni perosak bahasa.
Penilaian saya mereka berada pada : tahap 1
Tahap IQ mereka yang fanatik ni sama saja, baik di pihak PAS ataupun UMNO. Orang yang fanatik, memang ikut saja tanpa guna otak. Mereka sanjung pemimpin atau parti membuta tuli tanpa fikir.
ReplyDeleteKalau kita rasa IQ kita lebih tinggi dari mereka-mereka ini, kita perlu bebaskan fikiran kita. Kita perlu sedar, parti dan pemimpin ada kalanya tersilap. Kita perlu tunjuk bahawa kita juga ada pendapat kita sendiri walau kadang bertentangan dengan pemimpin, atau parti.
Selagi kita fanatik, otak kita memang diumpamakan sebagai sampah.
Anon 10.09am dan anon-anon yg lain, kalau ada blog sendiri tlg beranikan diri dan publish dan URL kan blog anda.
ReplyDeleteKalau anda tiada blog dan kerja anda memang suka bagi komen bila orang tulis tak pe tapi tolong bagi nama dan email yang boleh dihubungi.
Ibu bapa kita bagi nama dan kerajaan pun bagi kad pengenalan siap nama penuh sebagai pengenalan diri. Kalau orang tak de nama ni 'hantu; kut. Tak payahlah nak komen lagi.
bukan sahaja blogger UMNO, malah ada blogger pas sendiri yg rndah IQnya seperti batu-api atau songkok putih yang menjadikan TKO kendliannya sebagaia medan serangannya kepada orang lain dan cuba mewujudkan ketegangan di kalangan ahli-ahli PAS. Penggunaan bahasanya teruk juga hingga ke tahap memaki dan mencaci "berkali-kali" sebab nak lepaskan nafsu serakahnya.
ReplyDeleteelok jika PAS ambil tindakan tehadapnya.
anon 10.09am,
ReplyDeletekomen anda ni secara 'lump sum' @ borong, menyamakan tahap IQ org PAS & Umno sama, menunjukkan kejahilan anda berhujjah berdasarkan tajuk dan contoh yang diberi oleh spkr.
Pemimpin PAS termasuk TGNA ada hujjah dalam sebarang isu yang diperktakan, tapi jgnlah pula merujuk kepada berita-berita (kerat & potong) media perdana kesayangan kau tu. Tapi Umno habuk pun tarak .... rakyat bagi mandat lebih 50 tahun perintah negara nak jaga nama Allah pun tak mampu. Kes besar macam ni mintak hakim kafir uruskan, apalah nak diharap pada si kafir ni.
Apa hujjah orang Umno dalam bab ni?
ruziham, bkt kucing
masyumi
ReplyDeleteIa saya bersetuju dengan (masyumi)saya membacanya dan saya amat tidak menyenanginya. Masaalahnya ialah kita sebenarnya dalam dunia yg tidak dapat memastikan bahawa siapa mereka penulis-penulis ini?
Adakah mereka sebenarnya ahli PAS yang memperjuangkan dasar-dasar PAS atau mereka ini hanya penyokong PAS yang bukan ahli PAS? atau adakah mereka ini penulis upahan orang sebelah sana kalau mengikut lenggok dan gaya bahasa nya.
Problem ni kalau ikut root cause analysis nak selesaikannya ahli PAS kena ikut usrah supaya cukup tarbiyyah nya.
Dalam '2L' versi PAS ... ada bloggers kita yang mengamalkan sikap Lagak dan Laga... entahlah.
Apabila menyerang antara satu sama lain kita dpt lihat kebanyakkannya berbahasa kesat dan tidak sopan.
ReplyDeleteTidak kira dari ahli Pas,Umno ataupun Pkr semua nya sama saja...gagal mengawal emosi..walaupun ada dikalangannya berIQ tinggi seperti Dr.
Terfikirkah kita dengan mengaib-aibkan saudara seagama ini kita ianya mendapat keredhaan dari Allah SWT..?
Lihatlah bala bencana di negara jiran, pasti ada perkara yg Allah murka..!
Apakah kita di bumi bertuah ini mendambakan bencana sedemikian rupa.
Wahai pemimpin..! Serulah kepada kebaikan.
Kerana selayaknya pemimpin itu adalah org yg berilmu...
Jika kata-kata pemimpin pun terus dimainkan oleh emosinya sendiri..adakah itu keberkatan ilmu yg sepatutnya mengawal diri..?
Bahasa kesat ni Pas yang mengajar rakyat. Siapakah yang bila berceramah di suatu masa dulu selalu menggunakan bahasa kesat? Setelah rakyat di ajar begitu, kenapa salahkan rakyat. Saya nak tanya, siapakah yang selalu sangat menggunakan perkataan CELAKA?
ReplyDelete