Membaca pelbagai ungkapan dari ucapan dalam artikal yang bertajuk Ku Li praised for brave stand on oil, rights of states. membuatkan banyak pertanyaan yang ditimbulkan samaada tindakan akan diambil oleh umno terhadapnya selepas ini?
Apakah pimpinan umno Kelantan dan Pusat berani mengambil tindakan terhadapnya termasuk memecatnya dari parti kerana bersekongkol dengan Kerajaan Negeri Kelantan dalam tuntutan royalti minyak ini?
Pemimipin umno vateran dari Gua Musang ini menunjukkan keberanian luar biasa bila bersama ratusan ribu rakyat kelantan menuntut hak rakyat Kelantan yang cuba dinafikan oleh Kerjaan Persekutuan dalam isu pengagihan wang royalti minyak ini.
Jika tiada tindakan diambil terhadap Ku Li berdasarkan tuntutan bersama olehnya dan Negeri Kelantan berhubung dengan isu royalti ini maka ini menunjukkan bahawa umno sebenarnya merasa amat takut jika Ku Li terus menerus membongkar pelbagai rahsia yang disimpan rapi olehnya pada ketika ini.
Kita tunggu tindakan seterusnya oleh Ku Li selepas ini, Sekalung tahniah buat Husam Musa diatas kebijaksanaan beliau dalam menghadapi isu ini, ini lah diantara sebab mengapa TGNA terlalu sayang kepadanya.
Dengan demikian semakin ramai penganalisa meramal bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap Ku Li sebagaimana bebasnya Che Det menghentam Pak Lah dizaman nya.
No comments:
Post a Comment