01 January 2010

Semoga Tahun Baru memberi ransangan baru pada semua

Taman Setia 31.12.2009 ~ YB Tn Shuhaimi Hj Shafiee ADUN Sri Muda memberi tahu adalah menjadi dasar kepada kerajaan bahawa 3 perkara tidak boleh dipolitik kan sama sekali untuk memastikan semua rakyat mendapat menafaat dan keadilan serta kesaksamaan.

Tiga perkara tersebut ialah Pendidikan, Kesihatan dan Keselamatan.

"Ini adalah perkara pokok yang tidak boleh dipolitikkan sama sekali" ujar YB Shuhaimi.

Beliau memberi contoh jika ada berlaku kemalangan jalanraya walau pun yang terlibat tersebut kenderaan milik Umno namun adalah menjadi tanggungjawab kepada semua tanpa mengira parti politik pada ketika itu memberi bantuan kepada mangsa.

YB Shuhaimi juga menyeru supaya agar rakyat mengikut contoh hijiriah Rasulullah SAW dan meminta agar rakyat berpindah dari perkara kurang baik kepada yang lebih baik.

Beliau juga menegur serta meminta Ahli Majlis yang mewakilinya agar menjaga kawasan-kawasan mereka dan mengambil tindakan terhadapat aduan-aduan rakyat.

Sebelum itu beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sdr Adam Abd Karim selaku Pengerusi PPTS dan KRT (Kawalan Rukun Tetangga) yang berjaya mengujudkan SRS (Skim Rondaan Sukarela) yang bertugas setiap malam secara bergilir-gilir menjaga keselamatan Taman Setia.

YB Shuhaimi berada di Taman Setia sempena Sambutan Tahun baru 'Maal Hijiriah 1431' dan Tahun Baru 2010 bertempat di Taman Setia di adakan majlis perasmian "Pelekat Kereta" yang merupakan Security Gate Pass yanmg dianjurakan oleh KRT &  PPTS.

 



Pada malam tersebut YB Shuhaimi juga diperkenalkan kepada ahli SRS dan seterusnya pada jam 12.15 malam menampal kereta bertuah pertama yang masuk ke Taman pada ketika itu.

Ahli SRS bergambar bersama YB Shuhaimi, Ahli Majlis MPK Sdr Azmizam, Ahli Majlis MBSA Sdr Norhalim, Ketua Kampung Johan Setia dan Pengerusi PPTS Sdr Adam Abd Karim.

Tidak ketinggalan hadir pada malam tersebut ialah ahli KPP Taman Setia.

2 comments:

  1. Salam,
    Selamat Tahun baru.Semoga bulan kembali bercahaya tanpa ditutupi awan

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini