Berita 1 : Ini berlaku di Parlimen Kota Raja, angkara siapa? Baca seterus Cermin surau pecah, polis nafi berkait isu nama Allah kami Sekretariat Parlimen Kota Raja telah kesana, YDP Kawasan Kota Raja En. Jaafar Shamsuddin bersama AJK Kawasan pun turut turun melihat sendiri kejadian ini.... air yang yang dimaksudkan confirm air kencing .
Berita 2 : Seluruh warga Umno bermula dari Presiden, Timbalan Presiden, Menteri Umno, Ketua Bahagian Umno, Pemuda Umno (yang mulakan demontrasi di Pulau Pinang), pendokong dan penyokong Umno merayu kepada semua termasuklah kita jangan tuduh Umno terlibat dalam demontrasi dan pengeboman 4 gereja dilembah Klang kelmarin.
Berita 2 : Seluruh warga Umno bermula dari Presiden, Timbalan Presiden, Menteri Umno, Ketua Bahagian Umno, Pemuda Umno (yang mulakan demontrasi di Pulau Pinang), pendokong dan penyokong Umno merayu kepada semua termasuklah kita jangan tuduh Umno terlibat dalam demontrasi dan pengeboman 4 gereja dilembah Klang kelmarin.
"Mana bukti umno terlibat" kata mereka serentak dari pimpinan atasan hingga ke pengikut yang tak tahu apa-apa tu.
Biasanya pengikut Umno dari dulu memang berkitabkan TV3 dan Utusan Malaysia sebagai rujukan dan kedua-dua kitab rujukan ini tidak mengambarkan serta menceritakan serta dituliskan keterlibatan Umno secara langsung. Umno dilihat terlalu suci dan bersih bagi mereka.
Bila ditanya 'mana bukti umno terlibat' maka berdentum-dentumlah peluru dilepaskan disana sini oleh penulis persendirian yang kreatif lagi inovatif ini berdasarkan root cause analysis problem ini (rujuk tulisan bloggers pro-PR)
Hari ini, dalam Berita Minggu DS Najib meminta "Henti tuding jari," dengan merujuk kepada tuduhan kononnya Umno terbabit dalam insiden cuba membakar empat gereja di sekitar Lembah Klang, kelmarin.
Persoalannya, kenapa orang tuduh Umno? Tidak adakah yang pihak lain bermain dalam kepala orang yang membuat tuduhan itu selain Umno? Buruk sangatkah kelaku Umno dikalangan rakyat sehingga menyebabkan semua orang tuduh parti itu terbabit dalam serangan-serangan terhadap gereja itu?
Persoalannya, kenapa orang tuduh Umno? Tidak adakah yang pihak lain bermain dalam kepala orang yang membuat tuduhan itu selain Umno? Buruk sangatkah kelaku Umno dikalangan rakyat sehingga menyebabkan semua orang tuduh parti itu terbabit dalam serangan-serangan terhadap gereja itu?
Saya percaya anda mempunyai jawapan sendiri jika anda menuduh umno terlibat dan anda juga berhak membuktikan bahawa umno tidak terlibat.
Dengarlah rayuan umno ini, tapi terlalu sucikah umno dan orang-orangnya bila dilihat sudah terpalit dengan pelbagai najis dan daki pada diri mereka? Saya tiada jawapan dan menyerahkan kepada anda semua untuk membuat kesimpulannya.
Saya bersetuju dengan pendapat Yb dalam hal ini kerana fahaman yang YB bawa adalah berbeza dari yang sebelah sana tetapi yang memelikkan saya mengapa Yb hanya menunding jari pada UMNO? tidak kah YB merasakan yang DAP mungkin terlibat dalam hal ini ataupun PKR yang sengaja menimbulkan kekecohan... Tiada bukti bukan? jadi, pendapat saya apa yang berlaku hanya akan memburukkan lagi keadaan dan masyarakat melayu yang beragama islam terus dipecah-belahkan oleh politik bodoh dan oleh orang-orang politik yang merasakan diri mereka pandai dan sentiasa betul tetapi hakikatnya tanpa disedari mereka sedang menghancurkan bangsa dan umat itu sendiri. YB mempunyai jawatan yang tinggi, pegangan agama yang tinggi juga saya kira kerana membawa bendera PAS bersama YB tetapi dimanakan perjuangan YB uuntuk menegakkan islam? dan bagaimanakah untuk menegakkan islam jika tuduh-menuduh ini berterusan. mungkin post ini tidak akan dipaparkan tetapi saya mengharapkan balasan kerana saya juga berjuang untuk bangsa melayu dan agama islam itu sendiri. Tolong poskan jawapan YB di email saya :- aemierulrizaki@gmail.com. Terima kasih.
ReplyDeleteSaya perhatikan dikalangan orang Melayu semua berkisar di sekitar politik, orang Pas tak pernah mengatakan apa yang di lakukan oleh UMNO adalah sesuatu yang baik walau pun perkara itu baik. Begitu juga dengan UMNO. Berbeza dengan orang Cina, ada kalanyan mereka berbeza pandangan, tetapi ada isu isu yang mensabitkan bansa mereka bersatu.
ReplyDeleteKenapa setelah berpuluh tahun merdeka , kita masih tidak dewasa.
Kepada Pas, selain dari menunding jari terhadap UMNO, cuba luangkan sedikit masa untuk menyelesaikan isu isu pentadbiran di Kelantan.
Jangan buat seolah olah tiada masaalah. Kalau di sapu masaalah ke bawah tikar, ia tak kan hilang.