16 January 2010

Sekitar Ceramah Isu-Isu Semasa (1)

Sri Muda, 9.15 malam : Ramai penduduk sekitar Sri Muda hadir dalam ceramah isu-isu semasa anjuran LPD PAS Kawasan Kota Raja walau pun pada ketika ini seperti yang dikatakan oleh YB Shuhaimi Shafie sedang berlangsung perlawanan bolasepak antara Liverpool melawan Stoke City.

Dalam ucapannya YB Shuhaimi menerangkan dalam projek merakyatkan ekonomi selangor ada 7 dasar yang telah di jalankan.

Beliau juga menerangkan dizaman umno tidak ada kelas tuisyen rakyat secara percuma dan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 43 juta untuk program ini.

Selain itu beliau juga menerangkan di Sri Muda telah dipilih untuk dilancarkan 'zon bersih' dan projek ini telah punbermula dan ianya telah kelihatan perubahan dimana kini Sri Muda nampak tambah bersih berbanding sebelumnya.

Sambungan ucapan YB Shuhaimi sila layari laman web PAS Kawasan Kota Raja. Kita akan menumpukan ucapan YB Zulkifli Ahmad MP Kuala Selangor selepas ini.

Antara petugas dari Pejabat ADUN Sri Muda yang hadir dari kiri Anis, Ruthira, Rozaina, Norhana, Zai dan Haslina

Kaunter Daftar pemilih juga dibuka dan setakat ini seramai lebih 87 orang telah mendaftar sebagai pemilih baru.

1 comment:

  1. Tahniah kepada semua petugas terutama urusan Daftar pemilih yang telah membuka kaunter malam semalam di program ini.

    Pagi ini saya membaca lapuran ini dari Sinar Harian online :

    KUALA LIPIS - UMNO akan membuka kaunter daftar pemilih dan keahlian UMNO pada setiap siri program Juara rakyat di seluruh negara dalam usaha menambah lagi keahliannya selain memastikan mereka :dapat mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

    Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata, ketika ini terdapat lebih 4.38 juta yang layak mendaftar tetapi masih belum berbuat demikian, dengan 2.85 juta atau 65 peratus adalah Bumiputera.

    “Usaha kita ini adalah bagi membolehkan lebih ramai mereka yang belum lagi mendaftar keahlian dan pemilih dapat mendaftar segera, dan dapat menunaikan hak mereka sebagai pengundi.

    “Antara faktor yang menyebabkan kegagalan mendaftar sebagai pemilih ialah kurangnya kesedaran dan tanggungjawab terhadap kepentingan untuk menjadi pengundi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Taklimat dan Penerangan Pendaftaran Pemilih, Pengundi Baru dan Pemutihan Keanggotaan UMNO anjuran Biro Daftar Keahlian UMNO Pahang di Sungai Koyan, dekat sini, semalam.
    ________________________________________________

    Semuga kita terus Istiqamah melakukan kerja-kerja parti yang paling penting ini.

    Razif
    Ketua Porfolio Urusan Pemilih
    JPrK Kota Raja

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini