14 January 2010

Kerja kuat jika ingin berada sebaris dengan Umno & DAP

09012010930[1]

Bukit Naga, Shah Alam - PAS Kota Raja berazam untuk menambahkan sebanyak mungkin pengundi baru di dalam suku tahun pertama  tahun 2010 ini.

"PAS harus bekerja kuat jika ingin berada sebaris dengan DAP dan Umno yang merupakan dua parti politik yang paling aktif mendaftar pemilih baru seperti yang dinyatakan oleh SPR" kata Ketua Porfolio Urusan Pemilih Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Kota Raja Sdr Razif didalam taklimat tersebut kelmarin.

"Kita berasa amat malu kerana diletakkan sebaris dengan parti Gerakan, MIC, MCA dan PPP yang diketahui merupakan parti yang sedang nazak menuggu pupus"  tambahnya lagi.

"Ini lah saat terbaik bagi petugas PAS melaksanakan tanggung jawab ini kerana pada ketika ini PAS berada dilandasan yang betul dan semakin hari semakin diterima rakyat, peluang ini harus direbut supaya tidak ada kekesalan menjelang PRU nanti bila mana orang menyokong kita tidak boleh mengundi" sambung beliau.

Didalam mesyuarat Jentera Pilihanraya Kawasan (JPrK) bagi Urusan Pengundi kelmarin, iltizam bersama telah di capai untuk menambahkan pengundi baru bagi memastikan Parlimen Kota Raja dan DUN-DUN di dalamnya dapat di pertahankan pada pilihanraya yang akan datang.

Azam tersebut bukan hanya di peringkat Kawasan tetapi juga akan di jelmakan di cawangan/UPU di kawasan Kota Raja.

Itulah hasil yang di capai setelah selesai mesyuarat Urusan Pemilih yang di hadiri lebih dari 40 orang dari semua cawangan/UPU di kawasan Kota Raja.   





1 comment:

  1. Salam

    Rindu dengan orang Kota Raja, Rindu dengan sahabat-sahabat seangkatan, Rindu untuk bermesyuarat di markas bukit naga, rindu dengan perjuangan.

    Insya Allah kerinduan pasti terubat sekiranya kemenangan dikecapi. Teruskan perjuangan, jangan undur walau selangkah, janji Allah pasti tiba.

    Allahuakbar! Walillahilhamd

    Aku melihat Kota Raja dari mesir......

    alhelmi

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini