31 January 2010

Susah dapat pemimpin macam ni

Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrin Mohd Hashim yang dikatakan kecewa berhubung pemberian tender sebuah kelab golf di Pulau Pinang mengamuk lagi dan merasa dia saja yang betul.

Selepas membelasah Lim Guan Eng kurang 24 jam selepas itu beliau membidas pula DSAI.

Perbuatan dan tindakan tidak bijak beliau dan sebelum ini Zulkifli Nordin memberi peluang untuk Najib  secara Eksklusif ruang bersuara dan memperlekehkan dasar parti yang dibina dan benar-benar menyusahkan rakyat dan penyokong PR. 

Hentikan, sudah-sudah lah tu ... kurangkan bercakap dan buat kerja.

Zahrain angry over golf club tender

PENANG: Penang DAP said today the recent outburst of former state PKR chairman Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim against Chief Minister Lim Guan Eng could be due to personal reasons.

Its chairman Chow Kon Yeow said he believed that Zahrain was frustrated over Lim’s refusal to endorse a tender for the Management of Bukit Jambul Golf  Club to a company.

“Lim informed me Zahrain is not happy with the state government for refusing to endorse the company to run the management of the golf club,” he said.

Chow said Zahrain was also unhappy over his removal as the state PKR chairman.He added the state DAP and all its representatives fully supported the continued leadership of Lim as the chief minister.

Newsreports quoted Zahrain, who is the Bayan Baru MP, as accusing Lim of being a “dictator, a chauvinist and communist-minded.” — Bernama

'Roll Model'

Kota Raja memerlukan dan jika perlu membentuk muslimat yang mempunyai ciri-ciri berikut sebagai pejuang barisan paling hadapan di Parlimen Kota Raja. Tanda-tanda perempuan yang baik maruah dan akhlaqnya
  • Berakhlak dengan Allah SWT. tekun dan bersungguh-sungguh beribadah, sabar menempuh kesusahan, bersyukur dan banyak mengingatiNya.
  • Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam percakapan dan tindakan, menjaga aurat dan kehormatan diri dan memelihara maruah suami.
  • Berakhlak dengan ibubapa.
  • Baik pengaulannya dengan jiran dan masyarakat setempat.
  • Tumpuan hatinya. Membaiki akhlaq, mengurus rumahtangga, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.
Jika kita dapat menjaga akhlak, maruah dan hubungan sesama manusia secara consistance, Insa Allah kita kan menjadi roll model kepada semua masyarakat pelbagai bangsa dan agama ditempat kita. Wallahuaklam.

30 January 2010

Sampai bila bendera PAS akan dibiarkan berkibar 1/2 tiang?

Sedih dan amat menyedihkan, buka blog kawan-kawan pagi ni banyak yang memaparkan gambar bendera PAS berkibar 1/2 tiang.

Petang semalam hujan lebat melanda sebahagian Lembah Klang, Kata orang hujan lebat petang jumaat akan berlarutan. Bagi penoreh getah hujan yang berpanjangan akan menyebabkan kerugian.

Saya tidak tau dengan berkibarnya bendera 1/2 tiang ini siapakah yang mendapat untung dan siapkah pula yang rugi.

29 January 2010

Menunggu tindakan Umno terhadap Ku Li

Membaca  pelbagai ungkapan dari ucapan dalam artikal yang bertajuk  Ku Li praised for brave stand on oil, rights of states. membuatkan banyak pertanyaan yang ditimbulkan samaada tindakan akan diambil oleh umno terhadapnya selepas ini?

Apakah pimpinan umno Kelantan dan Pusat berani mengambil tindakan terhadapnya termasuk memecatnya dari parti kerana bersekongkol dengan Kerajaan Negeri Kelantan dalam tuntutan royalti minyak ini?

Pemimipin umno vateran dari Gua Musang ini menunjukkan keberanian luar biasa bila bersama ratusan ribu rakyat kelantan menuntut hak rakyat Kelantan yang cuba dinafikan oleh Kerjaan Persekutuan dalam isu pengagihan wang royalti minyak ini.

Jika tiada tindakan diambil terhadap Ku Li berdasarkan tuntutan bersama olehnya dan Negeri Kelantan berhubung dengan isu royalti ini maka ini menunjukkan bahawa umno sebenarnya merasa amat takut jika Ku Li terus menerus membongkar pelbagai rahsia yang disimpan rapi olehnya pada ketika ini.

Kita tunggu tindakan seterusnya oleh Ku Li selepas ini, Sekalung tahniah buat Husam Musa diatas kebijaksanaan beliau dalam menghadapi isu ini, ini lah diantara sebab mengapa TGNA terlalu sayang kepadanya.

Dengan demikian semakin ramai penganalisa meramal bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap Ku Li sebagaimana bebasnya Che Det menghentam Pak Lah dizaman nya.

Berakhirnya 2 buah episod

Episod 1 : Semalam disahkan bahawa Ariffahmi akan menamatkan tugasnya sebagi CEO di PMBK pada lusa iaitu 31.01.2010. Dengan ini berakhirlah sebuah episod yang begitu panjang yang hampir melumpuhkan kekuatan PAS di Kelantan. Hanya dengan doa, kesabaran dan kebijaksanaan  ahli politik dan rakyat Kelantan yang diketuai oleh TGNA, akhir nya suasana suram muram diseluruh negeri Kelantan kembali bergemerlapan sebagaimana pengistiharan Kelantan Bandaraya Islam beberapa tahun yang lalu.

Akibatnya ramai musuh-musuh politik TGNA dan kerajaan negeri Kelantan yang kecewa dengan berakhirnya episod ini.

Kesimpulanya, banyak pengajaran kepada pejuang yang perlu diambil iktibar dengan berakhirnya episod ini.

Episod ke 2 : Petang tadi Jawatankuasa Disiplin PAS yang di ketuai oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man serta ahli jawatankuasanya telah mengeluarkan keputusan dari jawatan kuasa tersebut bahawa  Khalid Samad digantung jawatan selama 6 bulan, manakala Hassan Ali diberi amaran sahaja.

Berbanding dengan episod pertama  yang melibatkan perletakan jawatan Ariffahmi yang dirasakan telah menuju noktah, tapi episod kedua ini pula diramalkan akan terus berpanjangan dengan pelbagai pandangan oleh para penganalisa politik bebas kita selepas ini.

Doa kita semua, jika anda orang PAS maka anda punya tanggungjawab terhadap parti supaya parti  inidapat terus dipertahankan kerana dengan parti inilah kita akan terus berjuang. Pengorbanan terpenting yang kena kita lakukan ialah mengutamakan parti dan jemaah dari perasaan sendiri. Perjalanan masih panjang, Ingat musuh sebenar kita ialah UBN.

28 January 2010

Jangan jadi "alat propaganda"

Adakah anda antara orang yang paling suka membaca Utusan Meloya & Berita Hairan. Jika saban hari anda menatap dan membacanya dan mempercayai isi kandungannya yang kononnya  berupa berita asli yang sahih lagi benar anda sebenarnya telah membuat kesilapan. Saya tidak mengatakan begitu, kerana jika saya mengatakannya pun anda akan kata "orang PAS ni apa yang umno buat semua tak betul"

Jika itu anggapan anda, ia saya akui betul kerana memang itu lah tanggapan saya kepada media tradisional arus perdana ini. Tapi bila  Rais kata "Media tradisional jangan jadi alat propaganda"

Anda kena akur atau adakah anda akan kata "bodohnya menteri ini, buat apa keluarkan kenyataan sebegini. Sebaliknya jika anda akur mulakanlah memboikot kedua akhbar arus perdana ini supaya pasarannya menjunam dan tidak mampu berada dipasaran lagi. Jika ini berjaya, TAHNIAH  kerana anda telah berjaya memenuhi aspirasi Dato Rais Yatim.

Kelmarin beliau telah membuat satu pusingan "U" setelah mencampuri siasatan pihak berkuasa terhadap seorang penulis blog serta dibelasah oleh sekian ramai penulis pro umno. Saya tak tau apa lagi selepas ini kenyataan menarik dari menteri ini, kita tunggu jika ada yang menarik esok untuk diulas.

27 January 2010

Rais Yatim buat pusingan 'U'

Rais ubah pendirian, Anduka perlu didakwa, jangan hairan dan pelik, berita ini tidak mengejudkan, jika anda terasa hendak marah kerana anda rasa tertipu dengan kenyataan menteri ini sebelum ini, anda tersilap dalam menilainya atau anda mungkin sudah lupa sejarah menteri ini

Jika anda lupa menteri ini pernah membakar jambatan, tapi api tak hidup jambatan tak terbakar, lalu dia menyeberang semula kedestinasi lama.

Hari ini lagu lama diputarkan kembali, ianya hanya akan mengingatkan kita satu 'nostalgia' terhadap pak menteri yang suka membawa kamera ini.

Rakyat 1 Malayisa ingin mengingatkan beliau, "lain kali tak payahlah buat sebarang komen  macam ni lagi"

Nikmat rakyat bila berada dibawah PR

khalid2 Untuk lebih tiga puluh tahun, mereka hidup dalam keadaan tidak menentu, walaupun diberi pelbagai jaminan oleh kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional yang lalu.

Namun penantian kira-kira 6,000 keluarga di Kuala Selangor untuk mendapatkan hak milik tanah kini berakhir setelah mendapat pembelaan dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Mulai bulan ini, mereka akan diberikan geran hak milik tanah secara berperingkat melalui Jadual Perancangan Proses Pemberian Milikan Tanah secara berkelompok.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  berkata pemberian geran tanah dibuat secara berperingkat bermula bulan ini dan dijangka selesai  hujung tahun 2010.

Dianggarkan kira-kira 100,000 keluarga akan mendapat manfaat daripada langkah kerajaan negeri itu.

Di Kuala Selangor sahaja, pemberian geran itu sekaligus menyaksikan hampir 90 peratus masalah pemilikan tanah di kawasan berkenaan selesai.

“Kita akan mengadakan pemberian geran, iaitu bermula di Kampung Sentosa, Kampung Seri Aman dan Kampung Baru Ijok pada bulan Januari.

Kita pergi ke Kampung Seri Makmur, Kampung Aman Tambahan, Kampung Bistari Jaya, sampai ke satu tahun.

Kita ada program satu tahun. Jadi maknanya, pada akhir tahun ini, bererti lebih daripada 90 peratus pemberian tanah di seluruh Kuala Selangor dapat diselesaikan,” katanya.

Kuala Selangor adalah sasaran pertama di bawah rancangan pemberian geran tanah kepada penduduk yang menduduki tanah milik kerajaan negeri.

Khalid berkata pemberian geran tanah kepada rakyat Selangor yang telah lama menetap di kawasan berkenaan akan turut memudahkan proses pembangunan dijalankan di negeri Selangor.

“Dengan cara ini, kita akan membuat pembangunan di kawasan-kawasan ini dengan baik dan tertib. Dan penguasa tempatan boleh merancang pembinaan kemudahan awam contohnya, bukan sahaja di Kuala Selangor, malah di seluruh Selangor,”  kata beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad melahirkan kesyukuran di atas pengumuman yang dibuat Menteri Besar itu.

“Saya melahirkan lafaz syukur di atas pemberian tersebut kerana akhirnya penantian rakyat selama tiga dekad lamanya berkesudahan dengan sedikit keceriaan kepada mereka.

“Alhamdulillah ini semua kejayaan bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang berjuang untuk rakyat, dan saya sangat-sangat menunggu perkara ini diputuskan Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat hanya memerlukan masa kurang dari 21 bulan sahaja untuk menyelesaikannya berbanding pemerintahan kerajaan terdahulu.

“Saya selaku Ahli Parlimen di Kuala Selangor dan juga mewakili Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat sangat berbesar hati kerana dapat membantu rakyat mendapatkan kembali hak mereka iaitu ratusan ekar tanah yang dibolot oleh pemimpin dan kroni-kroni BN selama 30 tahun lamanya, namun tiada satu ekar pun yang diberikan kepada rakyat.

“Tetapi di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, kita tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengembalikannya kepada mereka. Kita hanya memerlukan sekurang-kurangnya 21 bulan sahaja untuk ke arah itu, kerana kita tahu apa yang rakyat mahu dan perlu,” ujar beliau lagi.

25 January 2010

Setiap tindakan kena adil

1. Aduka Taruna (AT) sudah menyerah diri, bagus lagi bagus bila dia kata dia bukan bloggers PAS. Lidah resmi PAS harakahdaily pun sudah mengeluarkan kenyataan berhubng AT. Tahniah, polis telah bertindak pantas, ini menunjuk kecekapan PDRM.

2. GAP (bloggers umno) yang buat lapuran polis tentang salah laku AT . Dia kini bersama parpukari, dah jadi orang baik-baik dan alim kononnya sekarang (dengan izin, maaf ada ke istilah alim taik kucing buat mereka ni?), tapi kalau nak tengok tembelang & temberang mereka dan betapa buruknya kelaku dan akhlak mereka bacalah posting terdahulu mereka dalam blog mereka. Perlukah lapuran polis dibuat terhadap keduanya. Baca juga Tahap IQ bloggers umno

3.  Lagi Blog Hina Almarhum Sultan Johor

4. Rujuk video serta tajuk, ada ke sesiapa yang punya maklumat tentang tindakan yang telah diambil terhadap penghinaan ini..


Antara pelampau & melampau (2)

Perlukah YB Zul memberitahu pemberita bahawa beliau telah menjawab email DSAI dan menyatakan pendirian beliau berhubung isu lapuran polis kepada umum? Mengapa beliau tidak mengambil pendekatan lebih berhemah demi menghormati seorang ketua dan menjaga keharmonian parti.

Penarik beca menulis kelaku buruk YB Zul telah lama diketahui PAS termasuk dalam tulisan tersebut kononnya Almarhum Dato Fahdil Nor mengelak untuk berjumpa dengan nya. Mungkin ada banyak kelaku buruk YB Zul yang PAS banyak tahu. Beliau yang diselamatkan karier politik oleh DSAI kini dilihat sebagai seorang fraksi umno.

Penulis ada pengalaman bersama Zulkifli Nordin beberapa tahun yang lalu, ringkas... saya hanya boleh katakan bahawa beliau memang seorang yang tersangat ego dan jenis dia saja yang pandai & betul.

KUALA LUMPUR, Jan 25 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengarahkan beliau memberi penjelasan berhubung laporan polis terhadap Khalid Samad, tidak bertindak secara neutral dalam isu itu.

Pada masa yang sama, Zulkifli menegaskan beliau tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap rakan sejawatannya dari PAS itu.

“Saya tidak akan menarik balik laporan terhadap Khalid. Jika mahu saya menarik balik laporan polis, Khalid juga mesti menarik balik kenyataannya yang mendakwa enakmen agama Islam Selangor sudah ketinggalan zaman dan beliau juga perlu memohon maaf,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Zulkifli menyatakan demikian dalam respons yang dihantar kepada Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), kira-kira 11.30 pagi tadi menerusi emel.

Beliau mengakui menerima emel daripada Anwar semalam.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Anwar sebagai seorang pemimpin dan beragama Islam seharusnya mengambil pendirian neutral dalam isu tersebut.

“Saya menulis kepada Anwar bahawa saya menghormati perbezaan pendapat sebagaimana dikatakan beliau dalam emelnya. Tetapi sebagai seorang pemimpin dan yang beragama Islam, beliau juga seharusnya mengambil tindakan yang neutral.

“Sebaliknya beliau mengambil pendirian berpihak, beliau menyokongnya (kenyataan Khalid),” kata Zulkifli.

Dalam emel itu, kata Zulkifli, Anwar meminta beliau menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap Khalid kelmarin dan harus menerima perbezaan pandangan yang wujud dalam parti termasuk dalam Pakatan Rakyat.

Malah dalam emel itu, Anwar juga memaklumkan bahawa tindakannya akan dirujuk kepada biro politik, yang dijadual bersidang esok.

Semalam, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menegaskan, Zulkifli akan berhadapan dengan tindakan disiplin atas tindakan terbarunya ini.

Selain mengatakan Zulkifli sudah melampaui batasan, Anwar berkata, beliau turut kecewa dengan tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid.

Anwar mengesahkan beliau telah menulis kepada Zulkifli dan mengharapkan penjelasannya sebelum esok.

Mengulas lanjut jawapan yang dihantar kepada Anwar, Zulkfili menjelaskan, beliau tiada masalah dengan PKR dan PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, tambah beliau, hanya Khalid yang telah melampuai batasan dengan mengesyorkan agar Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 dikaji semula atas alasan sudah ketinggalan zaman.

“Saya membuat laporan polis kerana Khalid secara peribadi telah membuat kenyataan sedemikian yang pada pandangan saya telah membuat kenyataan bersifat jenayah.

“Saya merasakan beliau telah menghina umat Islam, sekali gus mengetepikan sokongan umat Islam dari Pakatan,” katanya.

Mengenai kemungkinan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin, Zulkifli berkata, beliau bersedia dan tidak risau untuk berhadapan dengan apa juga tindakan.

“Parti mempunyai segala hak untuk mengambil tindakan dan saya juga mempunyai hak untuk memberikan pandangan,” katanya.

“Saya merasakan parti seharusnya menghargai pandangan saya... saya memberi pandangan yang memihak kepada parti agar sokongan umat Islam tidak beralih daripada Pakatan,” katanya lagi.

Tengah hari semalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pucuk kepimpinan PKR mengambil tindakan disiplin terhadap Zulkifli yang membuat aduan di bawah Akta Hasutan terhadap Khalid.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Zulkifli tidak sewajarnya membuat aduan polis meminta rakan sejawatannya dari PAS itu disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Tindakan YB Zulkifli bertentangan dengan prinsip dan semangat Pakatan Rakyat,” kata beliau sambil menambah tindakannya itu adalah ala Umno.

Hari ini, salah seorang pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim menggesa agar parti itu memecat Zulkifli atas tindakannya itu.

Siapa kata Melayu tak hebat?


SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali sebagai 'Daim Yang Diam'

Tergamam bila terbaca senarai orang terkaya di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Tak tahu pulak apa 'formula' yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan 'ranking' seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100 individu terkaya di
Malaysia . Apatah lagi di kalangan mereka yang terkaya di dunia.

Hinggalah suatu hari aku dihantar melakuka n tugasan
Tanzania . Ketika itu aku hendak menukar 'travellers cheque' di sebuah bank berhampiran Dar-Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.

Aku ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untuk pengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah masuk ke perkarangan bank tersebut.

Mahu taknya, potret Daim 'sebesar-besar alam' tergantung di dalamnya. Dalam hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia lain kat
Tanzania ni muka macam Daim?

Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang 'albino' jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)

Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar yang besar itu.

"For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We've got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe," katanya dalam 'accent' Afrikanya yang pekat itu.

Ambik ko! Sejak hari itu aku tak percaya lagi 'ranking' orang-orang terkaya di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes.

Sejak itu juga, aku percaya masih banyak manusia di luar sana yang sememangnya berlipat kali ganda kaya tetapi terus 'low profile'...seperti mana 'Daim Yang Diam'..

Siapa kata Melayu tak hebat?

(Dua tahun lepas ICB menerima anugerah 'Bank Terbaik 2006' daripada The Banker di London.)  

Antara pelampau & melampau

Antara pelampau dan melampau manakah istilah yang paling sesuai untuk YB ini? Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ahli parlimen kontroversi PKR Zulkifli Noordin telah melampaui batasnya.

Mengulas perkara ini, DSAI berkata selama ini beliau telah bertolak ansur dengan ahli parlimen dari Kulim Bandar Bharu itu dengan membiarkannya dengan pendapatnya sendiri, katanya sebelum ceramah di LP malam semalam.

 “Saya fikir dalam isu ini, banyak yang tidak dapat ditolak ansur..ia bertentangan dengan semangat demokrasi,” kata DSAI.

DSAI mengulas laporan polis yang dibuat oleh Zulkifli ke atas ahli parlimen Shah Alam, minggu lalu yang mendakwa Khalid Samad, menghina Islam dan institusinya di negara ini, khususnya di Selangor.

Media pembohong

Kota Raja 25 Jan – Laporan media bahawa Sultan Selangor telah murka dan memanggil YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam mengadap adalah satu laporan bohong. Ini di nyatakan sendiri oleh YB Khalid Samad di dalam ceramahnya di sini malam kelmarin..

Beliau menjelaskan bahawa pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam pada 22 Januari itu di antara beliau dengan Baginda Sultan Selangor dan beberapa pegawai peribadi baginda merupakan pertemuan yang beliau sendiri telah pohon selepas di pilih sebagai ahli parlimen Shah Alam.

 Sebagai Ahli Parlimen Shah Alam di mana terletaknya ibu negeri Selangor, beliau ingin mendengar sendiri bagaimana wawasan baginda Sultan tentang Bandaraya Shah Alam yang baginda impikan.
Di dalam pertemuan tersebut, selain menyatakan tentang impian baginda tentang Shah Alam, aspek lain yang di sentuh ialah tentang isu nama ALLAH dan kebertanggungjawaban  baginda di dalam memelihara Islam sebagai tanggungjawab seorang sultan.
Beliau menyatakan bahawa pertemuan tersebut telah berjalan dengan harmoni.
Menyentuh tentang isu nama ALLAH beliau merasa hairan kenapa lapuran polis di buat oleh NGO-NGO yang di dalangi oleh UMNO keatas beliau sedangkan ramai lagi yang sependapat dengan beliau seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, DS Anwar Ibrahim dan Dr Yusuf Qardawi.
Bagi beliau, jawapannya kerana UMNO sedaya upaya hendak mengambil Shah Alam semula kerana UMNO percaya jika dapat merampas Shah Alam dari PR mereka mudah untuk merampas Selangor.
Beliau menyeru ahli dan penyokong PR supaya jangan terpedaya dengan isu-isu yang di mainkan dalam soal nama ALLAH. Pihak-pihak tertentu cuba melaga-lagakan di antara komponen PR dengan membuat demonstrasi. Apabila tidak berjaya, gereja pula di bakar dan akhirnya UMNO terpaksa membuat kenyataan bahawa UMNO tidak terlibat.
Walau bagaimanapun isu nama ALLAH menjadikan UMNO di  lihat sebagai parti yang bersalah seperti yang telah di sebut oleh Ketua Pemuda UMNO sendiri bahawa UMNO telah hilang “middle ground” kerana sekarang ini rakyat memandang UMNO sebagai parti yang ekstreme manakala PAS adalah parti yang moderate. _Izha

23 January 2010

Malam ini : Ceramah Khalid Samad

DIBERITAKAN setelah keluar dari Istana Kayangan kira-kira jam 1 petang  semalam Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberitahu wartawan bahawa beliau begitu menjunjung kasih dengan nasihat-nasihat yang dititahkan oleh Tuanku Sultan.

Beliau memuji sikap terbuka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj, yang menyatakan kesediaan baginda untuk mendengar pandangan semua pihak.

Beliau menganggap Sultan Sharifuddin sebagai seorang pemimpin yang bersikap toleransi dalam melihat beberapa isu mutakhir yang membabitkan umat Islam dan masyarakat bukan Islam di Selangor.

"Tuanku menitahkan kita untuk membuat proposal dan jelaskan mengapa perlu rombakan enakmen-enakmen (berkaitan masyarakat) bukan Islam," jelasnya. Beliau akan membawa pandangan Sultan Selangor kepada pucuk kepimpinan PAS.

Kesempatan mengadap baginda itu, beliau turut menjelaskan beberapa proses pembangunan serta pembaharuan yang dibangunkan di Shah Alam. [klik sini]

Pengkisahan lanjut mungkin kita akan sama-sama dengari dalam Majlis Penerangan Isu-Isu Semasa oleh YB Khalid Samad yang akan diadakan pada butiran berikut

Tajuk : Ceramah Isu Semasa
Oleh  : YB Tuan Hj Khalid Samad (MP Shah Alam)
Tarikh : 23.01.2010  Masa : 9.00 malam
Tempat : Lot 3990 Jalan Kampung Lombong, Jalan Kebun, Seksyen 29 Shah Alam (berdekatan dengan surau Nurul Iman.

Semua di jemput hadir : anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Kawasan Kota Raja.

Letak jawatan beramai-ramai : SPRM kena siasat

 Berhubung dengan lapuran bahawa seramai 13 AJK cabang PKR Kuala Selangor meletak jawatan secara beramai-ramai kelmarin telah menimbulkan keraguaan yang amat munasabah bahawa terdapat banyak kemungkinan yang belum terjawab.

Suatu siasatan yang menyeluruh hendaklah dijalankan secara adil supaya dapat merungkai dan mengenal pasti siapa dalang dalam isu ini. Komen-komen semasa yang diberikan oleh pimpinan UBN merujuk kepada kes ini sengaja digembar gemburkan dengan matlamat untuk merendah-rendahkan tahap kepimpinan TS Khalid Ibrahim MB Selangor, tambahan kes ini berlaku di Kuala Selangor.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor Syed Shahir Syed Mohamud berkata  "Dakwaan bahawa PKR Kuala Selangor sudah bubar dengan peletakan jawatan 13 ahli jawatankuasanya tidak benar,"

Kata beliau, perlembagaan PKR jelas menyatakan bahawa sebarang pembubaran sesuatu cabang hanya boleh dibuat menerusi Mesyuarat Agung Khas Cabang selaras dengan fasal 25.8 perlembagaan parti.

"Jika benar majoriti AJK cabang meletak jawatan, ini bermakna bahawa Mesyuarat Agung Khas Cabang harus diadakan bagi melantik semula barisan AJK yang baru bersesuaian dengan fasal 25.9 perlembagaan parti," kata beliau ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kuala Selangor baru-baru ini.

Tambah Syed Shahir, Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menyiasat sepenuhnya dakwaan perletakan jawatan tersebut dan akan memaklumkan kepada Majlis Pimpinan Pusat agar tindakan yang bersesuaian dapat diambil ke atas mana-mana ahli parti yang bertindak di luar perlembagaan, selaras dengan perlembagaan parti.

Beliau berkata, perkembagan di Cabang Kuala Selangor mutakhir ini adalah sangat positif dengan penyertaan ribuan anggota baru berbanding sebelum PRU-12 yang lalu.

"Jadi, saya mengesyaki bahawa perkembangan terbaru ini adalah sebahagian daripada agenda terdesak pihak tertentu untuk menekan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor," tambah Syed Shahir.

21 January 2010

Daun rokok kambing pun tak mau

Jalan Kebun 21-1-2010 : Pejabat Parlimen Kota Raja dengan kerjasama Masjid An Naim Jalan Kebun telah menganjurkan program penerangan untuk rakyat Jalan Kebun berkonsepkan Islam Syumul.

Antara pemidato yang hadir ialah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden PAS dan YB Shuhaimi Shafie, ADUN Sri Muda.

Kira-kira 500 orang penduduk kampung Jalan Kebun hadir dalam program ini dalam keadaan cuaca yang sangat baik.

Dato Tuan Ibrahim dalam ucapan yang diselingin dengan gelak tawa memberi tahu sesiapa yg memelihara amalan sunat akan biasa membuat amalan yang wajib manakala sesiapa yang suka membuat perkara makruh akan susuah membuat perkara wajib.

Manakala kepada penghisap rokok beliau memberikan kiasan bahawa jika amalan merokok itu baik kenapa si ayah tidak mengajak anak serta isterinya menghisap rokok bersama didalam rumah tangganya. Selain itu beliau juga memberitahu bahawa daun tembakau yang perokok hisap itu kambing pun tak mahu makan.


17 January 2010

Berita yang paling dibenci umno

Percayalah, ini adalah berita yang paling dibenci dan tidak disukai umno. Membaca berita ini boleh membuatkan mereka hilang pertimbangan dan ada yang hilang akal. Terlalu sukar untuk mereka mempercayainya tambahan yang memberi peruntukan itu Mr Lim Guan Eng dari Demokrat Action Parti yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat.

Meraka umno boleh pitam dan ada yang pengsan bila mengetahui selain ditambah peruntukan untuk tujuan Hal Ehwal Agama Islam dari setahun kesetahun ditambah lagi terkejutnya mereka bilamana KM Lim Guan Eng mengumumkan Perlantikan Majlis Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tahniah kepada rakyat Pulau Pinang kerana memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negeri ini dan tahniah yang terhingga juga kepada KM Lim Guan Eng kerana membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa jika inginkan Islam (PAS) Keadilan (PKR) dan Demokrasi (DAP) terus berada diatas landasannya maka pada PRU 13 akan datang maka Pakatan Rakyat mesti jadi pilihan rakyat Malaysia.

Terfikir juga dalam kepala ni siapa penasihat KM ini, siapa pun mereka sememangnya mereka ini layak dilantik  dan meneruskan tugas sebagai penasihat kepada seorang KM yang bukan beragama Islam ini. Jika ada dikalangan penasihat yang gagal melaksanakan tanggung jawabnya sebagai penasihat kepada bos nya hendak mereka sedar dan meletak jawatan. Itu lebih mulia.

Kesimpulan,

Berdasarkan berita ini ahli-ahli PAS mestilah melihat agenda ini dengan secara berjiwa besar atau berskala makro. Ia bukan sahaja sebagai agenda politik, tetapi sebagai makenisma dakwah. Ia tidak bermaksud proses indoktrinasi dan tukar agama, tetapi lebih bermaksud melaksanakan Islam yang bersifat universal dan sejagat. Sifat Islam yang dinamik dibuktikan dengan menjadikan orang-orang bukan Islam juga menerima rahmat yang dibawa oleh Islam melalui jihadiah [usaha-usaha ] PAS.

Komponen-komponen dalam PR mestilah melihat ini sebagai hak dan kebebasan rakyat Malaysia. Dari segi politik, ia adalah poses pemerkasaan Pakatan Rakyat itu sendiri secara demokratik. Kemuncak dalam pencapaian politik dari tindakan ini ialah sebuah tamadun baru bermodelkan tamadun Islam lampau yang berkomposisi warga dengan berbagai agama dan bangsa. Ia sebagai bakal ganti [in waiting] kepada tamadun yang sedang nazak sekarang ini.

Berita berkaitan,

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan negeri menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2010 berjumlah RM24.3 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM20.5 juta.

Menurut beliau, peruntukan tahun lalu pun melebihi apa yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) berikan iaitu hanya RM12.5 juta sahaja.“Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dilihat apabila menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam iaitu meliputi peruntukan pembangunan sebanyak RM7.2 juta, peruntukan mengurus RM13.4 juta dan pelbagai RM3.7 juta, ” tegasnya pada Majlis Perlantikan Majlis Syura Kerajaan Negeri, di sini, kelmarin. Seterusnya baca disini

Nazri MENYANGGAH Muhyiddin

Dengan pengumuman terbaru Nazri bahawa penganut Kristian di Sabah dan Serawak boleh menggunakan kalimah Allah membuktikan "Wabak Konpius" Menteri Umno sedang menular dan bakal memeningkan seluruh rakyat 1 Malaysia.

Pengumuman ini menunjukkan bahawa Nazri (gambar kiri : muka dia macam konpius aje) yang selalu mengaku dirinya pakar perundangan negara dan menganggap dirinya paling pandai dan paling berani termasuk melawan Che Det (bekas bos nya) untuk membuat reformasi dalam umno telah MENYANGGAH sama sekali kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri 1 Malaysia sehari sebelum ini yang mahukan kalimah tersebut tidak digunakan lagi pada masa akan datang.

Keadaan seperti ini menunjukkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin  selepas ini sepatutnya merujuk dulu kepada Dato Nazri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Nazri melihat kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh TSMY selaku Timbalan Perdana Menteri ini tidak betul dan tidak menguntungkan umno.

Sekarang PM kena selesaikan masaalah ini supaya ia tidak menjadi "wabak yang bakal meng konpiuskan" seluruh rakyat 1 Malaysia. Semuga pihak terbabit menyelesaikan isu ini secepat mungkin supaya penyakit konpius ini tidak menular dikalangan rakyat jelata pula selepas ini

"Payah dapat menteri macam ni" komen seorang sahabat.

Komen Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS berkenaan isu ini, "Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa penganut Kristian di Malaysia Timur boleh menggunakan perkataan Allah, tetapi melarang mereka di Malaysia Barat berbuat demikian, boleh merumitkan lagi isu tersebut", kata nya.

"Kini ada dua set peraturan, tetapi menteri berkenaan juga tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut memandangkan proses mahkamah berhubung isu itu masih berjalan". "Bagaimana kalau Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi? Bagaimana pula kalau ia menolaknya? (Pengumuman Nazri) akan menimbulkan lebih banyak masalah," sambungnya lagi

Semalam, Nazri mengumumkan bahawa penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

16 January 2010

GO Strangle them


"Pergi cekik rakyat" itulah ungkapan paling sesuai di berikan kepada Barisan Nasional kerana memperkenalkan cukai ini" kata YB Dr Dzulkefly Ahmad dalam pidatonya sebentar tadi.

Duit kerajaan semakin kontang dengan buktikan perbelanjaan mengurus negara berkurang dari 202 billion pada tahun 2009 kepada 190 billion pada tahun 2010.

Sementara hutang kerajaan pusat pada tahun 2009 berjumlah RM 340 billion didalam negara manakala bertambah menjadi 362 jika dicampur dengan hutang kerajaan pusat dengan agensi diluar negara.

Inilah antara punca kerajaan terpaksa "mencekik rakyat" untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan negara.

Pengumuman menarik dalam ceramah isu-isu semasa (2)


Pengumuman menarik YB Shuhaimi dalam Ceramah pada malam ini ialah pembinaan Masjid Sri Muda akan mula dibina dalam masa terdekat dan peruntukan permulaan sebanyak RM 1 juta telah diperolehi bagi memulakan projek ini.

Beliau juga mencabar puak umno yang banyak berkokok dalam isu pembinaan masjid ini dengan pertanyaan  kenapa selama lebih 50 tahun mereka diberi peluang memerintah tidak dimulakan pembinaan masjid ini? Semuga mantan YB Sri Muda Dato Amzah Umar dapat menjawabnya.

Tapi hanya baru 2 tahun PR memerintah sudah ada dana yang diperuntukkan untuk pembinaan masjid ini. Seluruh warga Sri Muda mengucapkan syukur diatas pengumuman ini.

Sekitar Ceramah Isu-Isu Semasa (1)

Sri Muda, 9.15 malam : Ramai penduduk sekitar Sri Muda hadir dalam ceramah isu-isu semasa anjuran LPD PAS Kawasan Kota Raja walau pun pada ketika ini seperti yang dikatakan oleh YB Shuhaimi Shafie sedang berlangsung perlawanan bolasepak antara Liverpool melawan Stoke City.

Dalam ucapannya YB Shuhaimi menerangkan dalam projek merakyatkan ekonomi selangor ada 7 dasar yang telah di jalankan.

Beliau juga menerangkan dizaman umno tidak ada kelas tuisyen rakyat secara percuma dan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 43 juta untuk program ini.

Selain itu beliau juga menerangkan di Sri Muda telah dipilih untuk dilancarkan 'zon bersih' dan projek ini telah punbermula dan ianya telah kelihatan perubahan dimana kini Sri Muda nampak tambah bersih berbanding sebelumnya.

Sambungan ucapan YB Shuhaimi sila layari laman web PAS Kawasan Kota Raja. Kita akan menumpukan ucapan YB Zulkifli Ahmad MP Kuala Selangor selepas ini.

Antara petugas dari Pejabat ADUN Sri Muda yang hadir dari kiri Anis, Ruthira, Rozaina, Norhana, Zai dan Haslina

Kaunter Daftar pemilih juga dibuka dan setakat ini seramai lebih 87 orang telah mendaftar sebagai pemilih baru.

14 January 2010

Kerja kuat jika ingin berada sebaris dengan Umno & DAP

09012010930[1]

Bukit Naga, Shah Alam - PAS Kota Raja berazam untuk menambahkan sebanyak mungkin pengundi baru di dalam suku tahun pertama  tahun 2010 ini.

"PAS harus bekerja kuat jika ingin berada sebaris dengan DAP dan Umno yang merupakan dua parti politik yang paling aktif mendaftar pemilih baru seperti yang dinyatakan oleh SPR" kata Ketua Porfolio Urusan Pemilih Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Kota Raja Sdr Razif didalam taklimat tersebut kelmarin.

"Kita berasa amat malu kerana diletakkan sebaris dengan parti Gerakan, MIC, MCA dan PPP yang diketahui merupakan parti yang sedang nazak menuggu pupus"  tambahnya lagi.

"Ini lah saat terbaik bagi petugas PAS melaksanakan tanggung jawab ini kerana pada ketika ini PAS berada dilandasan yang betul dan semakin hari semakin diterima rakyat, peluang ini harus direbut supaya tidak ada kekesalan menjelang PRU nanti bila mana orang menyokong kita tidak boleh mengundi" sambung beliau.

Didalam mesyuarat Jentera Pilihanraya Kawasan (JPrK) bagi Urusan Pengundi kelmarin, iltizam bersama telah di capai untuk menambahkan pengundi baru bagi memastikan Parlimen Kota Raja dan DUN-DUN di dalamnya dapat di pertahankan pada pilihanraya yang akan datang.

Azam tersebut bukan hanya di peringkat Kawasan tetapi juga akan di jelmakan di cawangan/UPU di kawasan Kota Raja.

Itulah hasil yang di capai setelah selesai mesyuarat Urusan Pemilih yang di hadiri lebih dari 40 orang dari semua cawangan/UPU di kawasan Kota Raja.   





Hebat KPP... PAS bagaimana?

Tahniah ....Hebat KPP .... Cawangan PAS bagaimana? 

Tajuk : Lebih 200 orang mendaftar pengundi baru di Taman Sentosa, Klang
 
Terjemahan Isi artikel : Taman Sentosa Jan 6, Lebih 200 orang mendaftar sebagai  pengundi baru, program ajuran Kelab Penyokong Pas Kota Raja. Semakan daftar pemilih juga dijalankan kepada pengundi yang telah bertukar alamat dan sebagainya.
 
Program ini telah berjalan dari pukul 9pg hingga 5 ptg dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya/SPR Negeri Selangor. Pengundi yang terdiiri dari pelbagai kaum telah memberi kerjasama untuk program pendaftaran pengundi baru ini.
 

Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud dan Pengerusi KPP Kota Raja, S. Lakshmanan telah menghadiri dan memerhatikan sesi pendaftaran ini. Pengerusi  KPP Kota Raja juga memberitahu hasratnya yang sedang berusaha untuk menjalankan Program Pendaftaran Pengundi sedemikian  di seluruh Malaysia.
 
Terdapat 43,800 orang  yang sudah mencapai usia 21 tahun keatas yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, Pengerusi KPP Kota Raja yang juga merupakan Ahli Majlis Kuala Selango, S. Lakshamanan mengulas perkara tersebut dengan maklumat yang diberikan oleh Timbalan Pengarah SPR, Dato Wan Ahmad Wan Omar. Para belia India mesti mengambil berat untuk mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi.
 
Dato Wan AHmad Wan Omar juga memberitahu bahawa di Negeri selangor sahaja  terdapat 787, 500 orang yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pengundi. S Lakshamanan juga menguncapkan terima kasih kepada  ADUN Sri Andalas, YB Tuan Dr Xavier Jayakumar yang telah menghantar wakilnya untuk mengambil bahagian dalam program ini.  

Terjemahan oleh Pn Veni, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja

12 January 2010

Tahniah Nik Abduh

KOTA BAHARU - Menteri Besar ,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak mahu campur tangan dalam isu peletakan jawatan anaknya, Nik Mohd Abduh, sebagai ahli Majlis Perbandaran Kota Baharu.

Menurutnya,  perkara itu adalah di luar tanggungjawabnya walaupun beliau seorang bapa kerana anaknya sudah dewasa dan boleh membuat keputusan sendiri.

"Dia seorang peniaga, mungkin dia ingin menumpukan perhatian terhadap perniagaannya, molek juga dia letak jawatan kerana tidak mengganggu tugasnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan akhbar bahawa Nik Mohd Abduh telah melepaskan jawatan sebagai ahli majlis MPKB dan  sebagai Pengarah Binaraya Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat PKINK.

Ditanya sama ada keputusan anaknya untuk meletakkan jawatan itu pernah dibincangkan dengannya Nik Aziz berkata beliau tidak boleh mencampuri urusan begitu kerana anaknya itu sudah dewasa.

11 January 2010

Terjemahan dari akhbar Namban


 
TERJEMAHAN : Kota Raja : Dalam usaha mendapat sokongan kaum bukan islam, Kelab Penyokong Pas/KPP akan mendapat identiti yang baru. Bermula tahun 2010  KPP akan dikenali sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS. Usaha pengubalan ini sedang rancak dijalankan.
 
Undang-undang  pengiktirafan Pas dijangka akan diimplementasi bermula Februari 2010.
 
Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, YB Dr Mujahid Yusof Rawa mengesahakn  berita yang disiarkan dalam laman Malaysia Insider bahawa usaha ini adalah untuk menyokong kemasukan ahli yang terdiri daripada bukan Islam.
 
Melalui pengubalan ini, Dewan Himpunan PEnyokong PAS akan berhimpun dalam Mukthamar PAS Tahunan sebagai pemerhati. Bermula tahun 2010, Kelab Penyokong PAS akan dikenali sebagai Dewan yang akan mempunyai seorang ketua. Undang-undang khas yang tidak melanggar undang-undang PAS telah diiktiraf. Namun berikut, Dewan Himpunan Dewan Penyokong PAS belum layak untuk mengundi dalam Mukthamar PAS Pusat dan Mesyuarat PAS Peringkat Negeri.
 
Kini Kelab ini mempunyai 20,000 ahli yang terdiri daripada Kaum India , Cina dan Kaum Iban sebagainya yang bukan islam semenjak ia ditubuhkan pada tahun 2004. Ini merupakan pengiktirafan yang pertama kepada Kelab Penyokong Pas, kata Dr Mujahid yang juga merupakan Ahli Jawatakuasa PAS Pusat.
 
Draf undang-undang Dewan Penyokong Pas diterima selepas perbincangan  sebanyak tiga kali oleh Ahli Jawatankuasa Parti Pas Pusat. Oleh itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS akan dirasmikan pada bulan Januari  atau Februari tahun 2010.  Draf perlembagaan dewan ini akan digubal dalam  bentuk peringkat Pusat dan Negeri. Namun berikut Dewan tidak akan digubal di peringkat cawangan, tambah YB Dr Mujahid lagi.
 
Dalam pada itu, YB Dr Mujahid yang menolak hak mengundi Dewan Himpuanan Penyokong PAS, mengatakan bahawa Perlembagaan PAS harus digubal terlebih dahulu. Selain itu hal ini memerlukan kebenaran kompenan-kompenan PAS yang lain. Memandangkan usaha ini akan mengambil masa yang lama maka pengiktirafan dewan diberikan terlebih dahulu. Ini berikutan proses mengubal perlembagaan terpaksa dijalankan secara berperingkat.
 
Ketua Kelab Penyokong PAS Negeri Selangor, Encik S. Lecthumanan mengatakan walaupun belum menerima apa-apa surat atau laporan rasmi berkenaan hal tapi beliau amat mengalu-alukan pembaharuan ini.
 
Encik S. Lecthumanan yang juga merupakan Pengerusi  Kelab Penyokong PAS Kawasan Kota Raja meluahkan perasaan gembiranya dalam menerima pengiktirafan daripada parti PAS selepas tempoh masa yang agak lama. Beliau mengatakan bahawa pengiktirafan ini sudah pasti akan memperkukuhkan kepercayaan kaum India terhadap Parti PAS dan akan menambahkan lagi kemasukan ahli dari kaum bukan Islam.
 
sekian, nandri vanakam
 
anbudan
sagothari Veni
Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja
YB Dr Siti Mariah Mahmud

10 January 2010

Terlalu sucikah Umno?

Berita 1 : Ini berlaku di Parlimen Kota Raja, angkara siapa? Baca seterus  Cermin surau pecah, polis nafi berkait isu nama Allah kami Sekretariat Parlimen Kota Raja telah kesana, YDP Kawasan Kota Raja  En. Jaafar Shamsuddin bersama AJK Kawasan pun turut turun melihat sendiri kejadian ini....  air yang yang dimaksudkan confirm air kencing .

Berita 2 : Seluruh warga Umno bermula dari Presiden, Timbalan Presiden, Menteri Umno, Ketua Bahagian Umno, Pemuda Umno (yang mulakan demontrasi di Pulau Pinang), pendokong dan penyokong Umno merayu kepada semua termasuklah kita jangan tuduh Umno terlibat dalam demontrasi dan pengeboman 4 gereja dilembah Klang kelmarin.

"Mana bukti umno terlibat" kata mereka serentak dari pimpinan atasan hingga ke pengikut yang tak tahu apa-apa tu.

Biasanya pengikut Umno dari dulu memang berkitabkan TV3 dan Utusan Malaysia sebagai rujukan dan kedua-dua kitab rujukan ini tidak mengambarkan serta menceritakan serta dituliskan keterlibatan Umno secara langsung. Umno dilihat terlalu suci dan bersih bagi mereka.

Bila ditanya 'mana bukti umno terlibat' maka berdentum-dentumlah peluru dilepaskan disana sini oleh penulis persendirian yang kreatif lagi inovatif ini berdasarkan root cause analysis problem ini (rujuk tulisan bloggers pro-PR)

Hari ini, dalam Berita Minggu DS Najib meminta "Henti tuding jari," dengan merujuk kepada tuduhan kononnya Umno terbabit dalam insiden cuba membakar empat gereja di sekitar Lembah Klang, kelmarin. 

Persoalannya, kenapa orang tuduh Umno? Tidak adakah yang pihak lain bermain dalam kepala orang yang membuat tuduhan itu selain Umno? Buruk sangatkah kelaku Umno dikalangan rakyat sehingga menyebabkan semua orang tuduh parti itu terbabit dalam serangan-serangan terhadap gereja itu?

Saya percaya anda mempunyai jawapan sendiri jika anda menuduh umno terlibat dan anda juga berhak membuktikan bahawa umno tidak terlibat.

Dengarlah rayuan umno ini, tapi terlalu sucikah umno dan orang-orangnya bila dilihat sudah terpalit dengan pelbagai najis dan daki  pada diri mereka? Saya tiada jawapan dan menyerahkan kepada anda semua untuk membuat kesimpulannya.

08 January 2010

Konpius : Mai tengok lambang kat baju dia


Demo kat masjid Negara oleh puak tu : Tak sensitive langsung

MP Kota Raja, DS Najib & DSAI kecam tindakan membakar gereja.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai para pemimpin Islam yang lain mengecam tindakan pihak tertentu yang menyerang beberapa gereja di sekitar Lembah Klang.

Sebelum ini Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mengecam keras tindakan itu.

"Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras Al-Quran. Agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah peribadatan penganut agama lain," kata Anwar dalam satu kenyataannya.

Sehingga kini, beliau difahamkan sebanyak empat gereja dijadikan sasaran serangan.

Manakala itu aras bawah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati telah hangus terbakar akibat dari siri serangan tersebut.

"Saya menyatakan rasa syukur kerana serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa," kata Anwar dalam kenyataannya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar bertenang dan jangan sesekali terjerumus ke dalam api kebencian.

Sebarang tindakan tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit, katanya.

"Saya mempunyai keyakinan kita rakyat Malaysia akan menyelesaikan isu ini tanpa diiringi sebarang konflik. Insha-Allah usaha kita untuk mengekalkan keamanan diberkati jua," katanya.

Sementara itu, anggota Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud turut mengecam tindakan ini.

Bagi beliau tindakan ini adalah perancangan pihak tertentu untuk mengujudkan rasa tidak selamat serta ketegangan kaum dan agama di negara ini.

"Saya tidak menolak di belakang peristiwa sebegini adalah orang-orang tertentu dalam Umno selepas Umno sudah tidak mendapat sokongan terbanyak rakyat," katanya.

Bagi beliau, para pemimpin Umno sudah beberapa kali mengulangi peringatan kepada rakyat mengenai peristiwa 13 Mei dan mereka mahu rakyat menyokong mereka dengan cara menakut-nakutkan rakyat.

"Insiden kepala lembu adalah contoh usaha mereka yang gagal membangkitkan kemarahan rakyat Islam dan Hindu," kata Mariah yang juga AJK PAS Pusat.

Sehubungan itu beliau mengingatkan rakyat agar jangan terperangkap dengan agenda politik Umno dan BN yang sudah tidak mampu memikat rakyat dengan agenda 1 Malaysia.

Beliau juga memohon kepada umat Islam agar jangan melampau dalam tindakan terhadap agama lain kerana akhirnya akan menimbulkan kebencian penganut agama lain terhadap mesej keadilan yang dibawa oleh Islam.

"Ini bukan jihad, ini keganasan. Kalau hendak berjihad lengkapkan diri dengan ilmu Islam dan sedia berdakwah di mana sahaja dengan menjadi mubaligh Islam," katanya.

Beliau juga melahirkan rasa sedih dengan apa yang berlaku dan melahirkan rasa bersamaan beliau dengan mereka yang beragama Katolik.

Beliau juga meminta mereka bersabar dan bertenang serta tidak melatah dengan provokasi mereka yang tidak bertanggungjawab ini, katanya.

Kenyataan penuh YB Dr Siti Mariah Mahmud, MP for Kota Raja baca disini


Berikut adalah kenyataan DS Najib berhubung perkara ini dari 'blog 1Malaysia'

I condemn this act of intolerance and all others like it. These incidents of violence, or any threatening act motivated by religious, social, or political differences, are a threat to our harmony and stability. Malaysians are shocked by these actions and I strongly condemn them.

This divisive event, and others like it, do not represent Malaysia or Islam. They don't represent our families, our communities, or the effort we have all made toward strengthening 1Malaysia.

An investigation into this matter has already been launched, and those responsible will be brought to justice.
The police have been ordered to tighten security around religious places including churches to ensure that there are no further instances of violence. We cannot allow this to happen again to any place of worship.

Malaysia prides itself on respecting all religions and pursuing peaceful, legal channels to resolve our differences. We encourage our citizens to responsibly voice their opinions, but violence is never an acceptable method of expression.

Malaysia is a multi-racial and multi-religious country with a history of peaceful coexistence between Muslims, Christians, Buddhists, Hindus and others. Many Malaysians practice Christianity, and have done so freely.

We will not tolerate activities that endanger or threaten our fellow citizens.

Dato' Sri Mohd Najib

Komen : Kita menunggu tindakan-tindakan yang bakal diambil oleh Najib untuk mengembalikan keharmonian kehidupan berbilang bangsa dan agama di Malaysia dan tindakan yang bakal diambil keatas pelampau-pelampau  tersebut. Rakyat pegang kata-kata terakhir beliau bahawa "We will not tolerate activities that endanger or threaten our fellow citizens."

07 January 2010

Ramai lagi belum mendaftar sebagai pengundi

Lebih 240,000 rakyat Kelantan yang layak mengundi belum mendaftar sebagai pemilih sekalipun pelbagai langkah telah diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mereka berbuat demikian.

Pengarah SPR Negeri Ab. Rahim Md Salleh berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 1.4 juta penduduk Kelantan yang telah melewati usia 21 tahun dan layak mengundi.

"Jumlah itu boleh dikatakan agak tinggi berbanding negeri-negeri lain. Entah di mana silapnya, pelbagai cara telah dilakukan termasuk melantik agen dari wakil parti politik," katanya kepada Bernama di sini hari Khamis.

Beliau berkata keadaan itu mungkin berpunca daripada sikap sambil lewa rakyat selain suka mendaftar pada saat-saat akhir ketika pilihan raya semakin dekat.

Bagi menggalakkan golongan itu mendaftar, Ab. Rahim berkata pihaknya kini membuka kaunter bergerak di pasar raya seluruh Kelantan.

"Pembukaan kaunter itu lebih menyenangkan kerana orang ramai tidak lagi perlu pergi ke pejabat pos atau pejabat tanah jajahan semata-mata untuk mendaftar sebaliknya sebelum atau selepas membeli belah, mereka boleh mendaftar di kaunter yang dibuka," katanya. -Bernama


Di Selangor dan Kota Raja bagaimana?

Polis Paris siasat Najib?


Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan.

Sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Datuk Seri Najib Razak ( gambar ) oleh sebuah syarikat Perancis untuk  pembelian kapal selam itu.

Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan.

Menurut sumber berkenaan  semua dokumen dan laporan mengenai kematian Altantuya  serta dakwaan rasuah berhubung pembelian dua kapal selam oleh  kerajaan Malaysia sudah diserahkan kepada dua peguam Perancis.

"Kedua-dua peguam tersebut tiba di Malaysia  kira-kira tiga minggu lalu untuk berbincang mengenai laporan polis yang akan dibuat di Paris tidak lama lagi,” kata sumber berkenaan.

"Pihak kami sudah serahkan semua dokumen termasuk keratan akhbar dan laporan media mengenai isu pembunuhan Altantuya dan Scopene,” tambah beliau.

Altantuya adalah bekas kekasih Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan syarikat Peri Mekar. Syarikat itu dilaporkan menerima RM540 juta daripada pembekal kapal selam berkenaan  menerusi perjanjian yang direstui oleh Najib.

Abdul Razak adalah kenalan rapat Najib malah pernah bertindak sebagai penasihat kepada beliau.
Altantuya mati dibom pada tahun 2006 apabila beliau dikatakan tiba di Malaysia untuk menuntut  komisyen USD500,000 dari hasil penjualan kapal selam itu.

Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya tetapi dua pegawai polis disabit kesalahan atas tuduhan itu dan dihukum gantung.Seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang di upah oleh Abdul Razak membuat perakuan bersumpah mengesahkan bahawa Razak sendiri memberitahunya Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya .

Bala  kini berlindung di luar negara tetapi sanggup memberi keterangan kepada SPRM dengan syarat disoal siasat di negara ketiga kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia. Tawaran itu tidak disahut SPRM.

Bala sebelum ini turut mendedahkan adik Perdana Menteri, Nazim Razak mengugut beliau untuk menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Najib Razak dengan kes Altantuya.

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=1592

05 January 2010

Kalau engine tu dpt balik (2) : have the two missing F5 fighter jet engines ended up as scrap metal or sinkers for fishing?

Mari kita baca sambungan berita ini semalam Kalau engine tu dapat balik nak buat apa? yang ditulis oleh Lim Kit Siang pada hari ini.

The explanation by the Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail on the two missing RM100 million F5 fighter engines have raised public incredulity and outrage to new heights, spawning even more questions, including:

Firstly, why have the police and the Attorney-General’s Chambers taken such an inordinately long time of over 16 months in the investigations into the two J85-GE-21 engines, which power the F5 fighters, which had been stolen from two RMAF facilities while some components from the same planes were also unaccounted for?

All that Gani can say now is that police had completed its investigations “to a large extent” and that he would announce “very soon” the decision on the next course of action against those involved in the thefts.

This is totally unsatisfactory as according to police investigations, the engines were taken out of the RMAF base on Dec 20, 2007 and Jan 1, 2008, and sent to a premises in Subang Jaya.

The military only realised that the engines were missing on May 22 of that year and launched an investigation, and the base’s chief Major Zulfikli Ayub later lodged a report at the Brickfields police station on Aug 4.

Secondly, have the two missing RM100 million F5 fighter jet engines ended up as scrap metal or sinkers for fishing?


Gani stressed that he was being sarcastic as “I really do not know what is being done to it now, whether the engines are used as scrap metal or as sinker for fishing.” (Star)

But such unintended sarcasm is at the expense of the Mindef, Police and the AG himself!

Thirdly, what is the use or worth of Gani’s “vow” to bring back the two stolen jet engines when the government does not know where they are, what they have become or has not been able to bring to book the culprits responsible?

Fourthly, has kleptocracy (a government characterized by rampant greed and corruption) become so rampant that mere “rank and file” can walk away with two RM100 million jet engines from top-security areas without the involvement “senior military personnel” in the scandal?

This is the implication when Gani said that no senior military personnel was involved in the scandal, only those from the “rank and file”.

If so, this is all the more justification why there must be a Royal Commission of Inquiry into rampant government kleptocracy in Malaysia.

The questions posed by a visitor to my blog warrants response by the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak, himself as he was the Defence Minister as the operative time of the theft of the two jet engines and also because of all his sloganeering about KPIs, NKRAs and most of all, “1Malaysia. People First. Performance Now”:
“What kind of outfit are they operating if rank and file could steal and cart two RMAF F5-E jet engines out with impunity???
“If security were so lax in a military base what is there to prevent enemies of the state from securing corrupt rank and file for access to plant bombs in the jet planes at the base in sabotage of the nation’s defence system? Isn’t this a case of criminal negligence of higher ups to allow security breach of such nature to occur in extreme threat to national interest?
“If the theft occurred in 2007 you mean that they need to take over 2 years to discover this? Does that not mean that in these two years no pilot test-fly the jet plans and no maintenance people maintain these planes for all the two years for otherwise the theft would surely have been earlier discovered?
“If thats the way they neglect the planes that are supposed to defend the country’s territorial integrity – what hope is there for a proper defence of the country’s national security? And why should so much of the Public Expenditures/Taxes go to pay for these defence systems if there were no proper inventory controls?
“Worse still if higher ups were in complicity for a sting of such daring proportion and scale to be carried out.
“If it were so easy to take out military hardware from a secure base due to lack of inventory controls what is there to stop the hardware being highjacked at source even before it arrives at the secure military base???
“For example if we buy planes or submarines from a foreign country what is there to stop the so called low ranking rank and file from selling them to another third country and arrange for these planes and submarines from going direct from the first mentioned to the third country direct whilst the inventory over here registers that they (planes and submarines) have arrived at the base here when in fact they have not? Have you seen the military arms-in-being when they arrive here? Can we check inventory records ? No – because of Official Secrets Act.
“So if rank and file can pull a stunt of such magnitude what is there to stop a total hijack and detour (at source) if ever (hypothetically) some higher up general or brigadier were ever involved in complicity in such a bold sting???
“I am just extrapolating the situation as logically will result based on such a ridiculous situation of jet engines being in the position to be stolen by rank and file!”
Have the two missing RM100 million F5 fighter jet engines ended up as scrap metal or sinkers for fishing? All the more why there must be a Royal Commission of Inquiry into rampant kleptocracy in Malaysia

04 January 2010

Kalau engine tu dapat balik nak buat apa?

Utusan online kejap tadi melapurkan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk mendapatkan kembali 2 engine F-5E dan tak dijelaskan pula samaada bila dah jumpa nanti nak bawa balik ke Malaysia atau sebaliknya. Persolannya ialah,
  1. Kalau engine tu dah dijual di black market dengan nilai RM50,000,000.00 satu, berapa pula kos untuk menebus dan mendapatkan semula 2 engine tersebut?
  2. Selepas engine tersebut dibayar kepada pemunya dipasaran gelap tersebut, mungkin engine tu dibawa balik ke Malaysia. Lepas tu nak buat apa? Kalau engine tu benar-benar berguna kepada TUDM apa pasal selepas 2 tahun hilang baru nak siasat dan cari semula?
  3. Adakah kerajaan terpaksa mengeluarkan duit untuk pemberi maklumat hingga terjumpa kembali engine itu nanti?
  4. Kalau asyik keluar duit berjuta-juta untuk bayar itu dan ini bagi mendapatklan engine tersebut yang tak tahu nak guna bila dah dapat nanti .... baik tak payah.
  5. Baik simpan duit tu untuk 3 perkara penting ini iaitu pendidikan, kesihatan dan keselamatan. Salurkan pada rakyat lagi bermanafaat.

    KDN dah fail rayuan

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik, Herald, menggunakan kalimah "Allah" dalam penerbitannya hari ini.

    Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md. Said memberitahu, notis rayuan tersebut difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan di Putrajaya kira-kira pukul 4 petang tadi. Beliau turut memaklumkan bahawa permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu akan difailkan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, esok.

    Tahap IQ bloggers umno

    Bila saya letakkan tajuk diatas saya tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan tahap pemikiran seseorang. Saya sedar serta insaf bahawa otak tersebut adalah anugerah Allah dan apabila kita dilahirkan kedunia ini umpama kain putih tiada cacat celanya.

    Saya juga tidak mempertikaikan hak setiap orang samaada penyokong  PAS atau Umno untuk ber blog itu hak anda. Cuma bila menulis dan dalam keadaan apa sekali pun tulislah dengan bahasa-bahasa yang yang tidak mencarut, maki hamun dan sebagainya sehingga merosakkan bahasa itu sendiri.

    Saya tidak tuduh semua bloggers umno macam ni tapi saya nak ambil contoh blog ni saja.  Sila klik dulu http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/  supaya anda semua boleh faham apa yang maksudkan.

    Saya pernah hantar komen kepada GAP, sila baca ruangan komen berdasarkan tajuk yang dia posting dan kemuskilan saya dan  respon GAP

    Setelah itu saya minta dia respon dengan jelas dan berhujjah dengan baik dan memberi syarat supaya menggunakan bahasa yang baik dan jangan tanya lain jawab lain. Saya katakan padanya bahawa saya sedang test IQ bloggers Umno ni berada pada tahap berapa? Saya tulis pada nya begini.

    Tahap 1     =   Teruk
    Tahap 2     =   Sederhana
    Tahap 3     =   Baik
    Tahap 4     =   Sangat baik

    Terus tiada respon dan pagi saya tulis lagi padanya,

    Salam GAP, Baguslah bila Sdr tidak menulis lagi dalam posting terbaru ni, kerana Sdr bukan tidak boleh menulis tetapi tahap bahasa yang Sdr tulis menunjukkan bahawa Sdr perlu pergi belajar masuk sekolah semula. Ada banyak kelas tuition untuk pelajar dewasa macam Sdr.

    Komen terdahulu saya tanya Sdr belajar sampai peringkat mana dan universiti mana, ambil course apa dan tahun bila kerana saya nak check tahap IQ Sdr.

    Sebab amat malang bagi ibu yang mengandungkan Sdr selama 9 bulan 10 hari kerana mempunyai anak yang IQ nya amat rendah dan malang juga bagi guru-guru yang pernah mengajar Sdr terutama guru BM & Siviks (zaman dulu panggil tata rakyat) yang mana anak muridnya gagal menafaatkan ilmu yang mereka ajar selama ini.

    Nampaknya komen saya telah Sdr band kan semua sekali. Tidak mengapa saudara dan teman-teman  boleh layari blog saya kerana saya akan buat posting tentang GAP dan tentang tahap IQ bloggers Umno, gaya tulisannya dan bahasa yang mereka gunakan. Kecuali IQ mereka yang setaraf dengan Sdr, moga yang lain dapat menilai sendiri.

    Menteri Umno DS Rais Yatim tu kan menteri pujaan Sdr .... dengarlah nasihat nya. Selalu dia cakap "jadikan budi bahasa amalan kita" Utk maklumat saya tidak pertikaikan hak Sdr ber blog, cuma Sdr dilihat mempertahan Melayu cukup kuat tapi dlm masa yang sama Sdr gagal menunjukkan kepada bangsa asing dan melayu sendiri contoh bahasa yang baik kerana Sdr telah merosak bahasa tersebut.

    Berkenaan posting ini : Semalam dalam berita TV3 dan pagi ni melalaui Radio DS Najib minta semua bertenang kerana beliau akan ambil tindakan yang sewajarnya termasuk jumpa DYMM Agung dan majlis raja-raja untuk selesaikan masaalah ini. Harap sdr dengarlah cakap PM dan jangan jadi penderhaka pulak.

    nota : kalau nak respon jawab semua kemuskilan yang saya ajukan dalam posting-posting Sdr sebelum ini. Jawablah dengan hujjah yang bernas berdasarkan kajian dan bukan menjawab pada tahap IQ Sdr sekarang. Ingatkan sekali lagi org lain jgn +

    saya dah save setiap komen saya dan respon tuan ...

    Anda nilai lah sendiri bloggers umno macam ni berada pada tahap berapa?

    baca lagi kat sini : http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=2607&mode=&order=0&thold=0

    03 January 2010

    Kenapa pilih Lau Bee Lan?

    Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya mejadi berita dan isu hangat yang mewarnai kedatangan tahun 2010.

    Siapa yang menang dalam masalah ini saya kira perkara kedua yang perlu diperkatakan terlebih dulu. Yang lebih utama dan menjadi kekesalan yang saya rasakan mendapat perhatian banyak pihak ialah Hakim bukan Islam Lau Bee lan yang mengendalikan dan memutusan keputusan penting ini.

    Tidak adakah lagi hakim berbangsa Melayu dan beragama islam yang boleh diputuskan oleh pihak yang terbabit untuk mendengar dan memutuskan perkara tersebut. Sedangkan Implikasi yang sangat besar kepada agama Islam. Bila ianya diputuskan oleh hakim yang bukan Islam tentunya saya melihat sesuatu yang tidak kena sekali lagi dalam sistem kehakiman di negara kita..

    Rantaian penghakiman yang menyebabkan kepercayaan kepada sistem kehakiman negara yang semakin tidak dihormati adalah sesutu yang tidak boleh dinafikan lagi. Tambahan pula dalam kes perkataan Allah ini telah menambah banyakkan koleksi tersebut.

    Bagi saya kesan yang besar akan berlaku dalam sisitem beragama di negara kita hasil dari keputusan tersebut ialah anggapan masyarakat pada satu masa nanti di mana semua agama akan dikatakan sama sahaja.

    Realiti tersebut telah berlaku di negara Indonesia dan apakah kita sanggup berdepan dengan keadaan itu dalam keadaan sistem beragama di Malaysia yang saya kira sudah cukup baik apabila semua pihak sudah menerima pakai perkataan Allah itu adalah milik agama islam.

    Sebenarnya semacam ada pengaruh pihak tertentu dan pihak luar yang cuba memporak perandakan sistem beragama di Malaysia yang sekian lama diguna pakai.

    Persoalannya siapakah yang ingin dipersalahkan, adakah hakim yang bukan Islam yang memutuskan perkara tersebut atau pihak mana yang sebenarnya bertanggung jawab dan patut dipersalahkan.

    Sebenarnya inilah kelemahan UMNO yang menunjangi kerajaan yang ada pada masa ini. Kerana UMNOlah sebenarnya agama Islam di bumi tercinta yang subur dengan Islam satu masa dulu telah dimusnahkan.

    Kemusnahan dan kehancuran Islam di Malaysia adalah lahir dari sikap pemimpin negara sendiri yang lemah pengamalan Islamnya. Agenda Islam cuma bermain dibibir namun jauh sekali dalam perlaksanaan kehidupan seharian.

    Realitinya kepada usaha pengamalam Islam yang lebih syumul sentiasa disekat dan dilemahkan di negara kita.Islam yang lebih liberal dan bercelaru sentiasa didokong oleh kerajaan.

    Malah pada satu masa PM Malaysia sendiri memperkenalkan Islam bentuk baru iaitu Islam Hadhari. Jelas UMNOlah yang salah dalam persoalan ini.

    Pada pendapat penulis, kes-kes seperti ini sepatutnya hanya patut dibicarakan oleh sebuah Mahkamah Islam Antarabangsra sahaja. Mana-mana negara Islam tidak akan berjaya membicarakannya sendiri, bahkan keputusan yang dibuat pun hanya akan menjadi sebuah keputusan yang tidak laku. Bahkan keputusan itu mungkin akan dianggap tidak menghormati negara-negara Islam yang lain.

    Oleh itu siapa yang mahu kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah atau di hadapan hakim yang berugama Islam, hendaklah berfikir semasak-masaknya dan berusaha agar mereka dapat juga menubuhkan sebuah Mahkamah Islam Antarabangsa.

    Cita-cita seperti ini adalah jauh lebih baik dari cita-cita memenangi parti politik, kerana cita-cita seperti ini akan boleh menghapuskan penjajahan Dajjal terhadap sistem mahkamah di seluruh dunia. Bahkan ianya juga mungkin akan menghapuskan kuasa Dajjal itu sendiri pada seluruh dunia. Inysa Allah. Mudah-mudahan kita semua diberikan taufiq dan hidayahNya jua pada menjalankan segala perintah dan LaranganNya.Amin!

    berita berkaitan : 

    Recent Posts

    Recent Posts : Dr Siti Mariah

    Popular Posts

    Artikal pilihan hari ini