31 January 2011

Tok Guru & Non Muslim

Kelmarin setibanya saya di rumah selepas berada di Tenang, Johor selama tiga hari, saya dikejutkan dengan satu rombongan bas kaum India dari Hulu Selangor yang siap menunggu ketibaan saya.

Mereka meminta saya untuk berucap sepatah dua kata dan saya menjemput mereka naik ke masjid jika ingin mendengar ucapan saya. Alhamdulillah, tanpa fobia dan takut, mereka naik ke masjid.

Tidak tahulah pula saya jika langkah saya itu boleh menjadi isu kepada pihak-pihak tertentu. Namun bagi saya, Islam perlu diperlihatkan dengan wajahnya yang sebenar bukan hanya melalui lidah orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang Islam. Hasilnya, biarpun 50 tahun negara merdeka, orang bukan Islam masih belum memahami Islam sehinggalah perkara yang paling asas seperti soal larangan bersalaman antara bukan mahram pun masih dipertikaikan!


Islam adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliyyah. Ada yang nampaknya memarahi saya apabila saya membangkitkan soal jahiliyyah. Bahkan ada yang menafsirkan jahiliyyah hanyalah orang-orang Arab yang kafir di zaman Nabi Muhammad SAW. Sukalah saya ingatkan terhadap satu buku yang dikarang oleh Dr Muhammad Qutb yang bertajuk Jahiliyyah fil Qarnil Isyrin (Jahiliyyah di Kurun ke-20). Ini bukti saya bukannya orang pertama yang menyatakan jahiliyyah wujud di zaman ini.

Sukalah saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah jahiliyyah. Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliyyah walaupun tidak memakai nama jahiliyyah. Ia seperti menggelarkan zina dengan seks bebas, sekalipun nama berbeza dan dilembutkan nadanya, ia tetap zina. Dadah disebut morfin, heroin dan sebagainya, ia tetap dadah.

Arak pula digelar minuman keras dengan pelbagai jenama, hakikatnya ia tetap arak yang diharamkan. Demikianlah sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan ism-ism yang diasaskan oleh manusia moden tetap merupakan benih jahiliyyah. Setiap masa dan saat, kita diberikan dua pilihan, Islam atau jahiliyyah. Pilih Islam ertinya selamat, menentang Islam bererti memilih jahiliyyah.

Ada yang berkata jahiliyyah hanyalah bermakna bodoh. Ini satu tanggapan yang salah. Tidakkah orang-orang Arab di zaman nabi merupakan orang-orang yang cerdik. Mereka pakar di dalam perniagaan, pakar peperangan dan pakar bahasa. Gelaran jahiliyyah bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam. Justeru Allah SWT berfirman :

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Yang bermaksud : “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.” Surah Al-Maidah ayat 50.

Saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu kuat menghentam saya, benarkah perjuangan UMNO berlandaskan Islam? Jika benar, rujuklah kembali kepada al-Quran dan al-Hadis sebagai dasar. Hairan saya, Timbalan Perdana Menteri sendiri boleh menakut-nakutkan kaum Cina di Tenang, Johor dengan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Dalam masa yang sama, PAS dituduh sebagai kuda tunggangan DAP. Jika TPM sendiri menyebut PAS tidak pernah menggugurkan agenda negara Islam, UMNO pula bagaimana?

Difahami daripada kenyataan tersebut, UMNO tidak akan membawa Islam sebagai agenda perjuangannya. Hairan, jika disebut jahiliyyah mereka melenting, tetapi mereka sendiri menolak Islam. Situasi ini mengingatkan saya kepada bait-bait syair Iqbal, seorang penyair Paskitan ketika mengumpamakan senario umat Islam pada hari ini : Ke bumi tidak jatuh, ke langit tidak naik, sembah berhala pun tidak, sembah tuhan pun enggan.

Islam mengajar selepas mati ini akan nada hidup di akhirat. Sayang sekali, hidup akhirat ini tidak pernah meniti di bibir pimpinan UMNO. Sedangkan kepercayaan kepada hari akhirat merupakan tonggak kepada rukun iman dan Nabi Muhammad SAW seringkali mengingatkan dalam banyak hadisnya :

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat……” Islam mengajar dunia ini milik Allah SWT, dipinjamkan kepada manusia sebagai khalifah. Sekular mengajar bahawa manusia berhak melakukan apa saja yang dikehendakinya apabila berkuasa. Islam mengajar bahawa setiap perbuatan manusia akan diadili di akhirat, jika baik natijahnya syurga dan jika tidak, natijahnya ialah neraka. Pernahkah syurga dan neraka disebut di daam ajaran sekular yang didokong oleh UMNO?

Ajaran sekular hanya memikirkan soal bagaimana untuk berkuasa. Etika dan undang-undang boleh diketepikan apabila tidak berpihak untuk mereka. Lihatlah di Tenang, dijanjikan peruntukan RM30 juta tanpa sedikitpun dijeling oleh SPRM. Barangkali bagi mereka, pengundi di Tenang boleh dibeli seperti membeli binatang ternakan.

Rasulullah SAW hadir dengan membawa makanan roh bukannya makanan fizikal semata-mata seperti yang diamalkan oleh UMNO. Rasulullah SAW hadir bukan dengan menjanjikan projek seperti yang diibawa oleh UMNO kerana manusia memerlukan bukan hanya makanan fizikal tetapi juga makanan roh. UMNO masih beum cukup serik mempermainkan rakyat kerana hanya itu yang termampu dilakukan oleh mereka.

Seruan saya, baliklah kepada Islam. Islam yang adil, Islam yang membawa rahmat dan Islam yang menjanjikan kemenangan. Saya ulangi kembali pesanan saya kepada jentera pilihanraya PAS di Dun Tenang, kita bukannya memburu kemenangan di dalam pilihanraya di dunia semata-mata, tetapi kita memburu kemenangan di akhirat. Hari ini, PAS tewas di Tenang, namun PAS berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas amar makruf nahi munkar. Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa ke akhirat? Fikirkanlah.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Kg Pulau Melaka.
Bertarikh : 25 Safar 1432H / 30 Januari 2011M

30 January 2011

BN gagal capai matlamat

1. Umno/BN gagal mencapai sasaran yang ditetapkan untuk menang majoriti lebih 5000 undi, hanya 3707 undi majoriti diperolehi.

2. Dari segi polirisasi kaum, undi yang diperolehi oleh UBN masih dianggap jauh tersasar dan bolehlah dianggap konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib masih gagal mencapai objektifnya.

2.1.  Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365

2.2.  SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.

2.3.  Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.

2.4.  Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.

3. Di Johor Darul Umno - Undi Melayu khususnya dari kampung dan felda masih menjadi fix-deposite untuk UBN.

4. PAS dan Pakatan Rakyat kena memikirkan cara terbaik untuk memecah benteng ini menjelang PRU akan datang.

Tahniah Tok Ai : Selamat bertugas sebagai YB.

Sekretariat Parlimen Kota Raja ingin mengucapkan Tahniah kepada Tok Ai diatas kemenangan dalam PRK N05 Tenang pada hari ini (walaupun keputusan belum resmi) tetapi BN sudah agak jauh kehadapan.

Seluruh petugas dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat masih berharap agar UBN tidak memperolehi majoriti lebih 5000 undi seperti yang TPM mahukan. 

Kita tunggu keputusan resmi dengan Tenang dan hati yang terbuka bahawa tiada apa yang perlu disedih dan dikesalkan melainkan terus bekerja dan berjuang pada PRK DUN Merlimau selepas ini.

Tiada apa yang perlu dibanggakan oleh pemenang kerana ia hanya mengekalkan status-quo sahaja.

Jom siap sedia untuk Solat Maghrib.

Update dari Tenang : 71.8% Keluar Mengundi, BN pasti GAGAL

Dengan hanya 71.8% pengundi yang keluar mengundi di DUN Tenang, harapan BN untuk menang dengan majoriti 5000 undi pasti hancur berkecai. Apa pun BN sudah pasti mencari pelbagai alasan untuk untuk memberitahu rakyat bahawa kekurangan majoriti ini disebabkan hujan lebat yang melanda Tenang hari ini.

Bagi petugas PAS dan PR jumlah peratusan keluar mengundi ini memberi kelebihan kepada PAS untuk membuat kejutan di Tenang. Rata-rata petugas yang hingga jam 5 petang dalam keadaan hujan lebat begita girang bila dimaklumkan peratus keluar mengundi yang kurang ini.

Memang benar bahawa mengikuti PRK N05 Tenang merupakan cabaran yang paling getir dihadapi oleh semua petugas dan penyokong kedua-dua parti yang bertanding.

Penulis dan rakan-rakan dari Parlimen Kota Raja yang mengikuti rombongan calun bertanding Cikgu Mala dari satu daerah mengundi kedaerah mengundi yang lain dalam keadaan yang amat mencabar kerana terpaksa mengharung banjir kilat dikebanyakkan jalan dan terpaksa menemui petugas dan PACA didalam bilik mengundi dalam keadaan hujan lebat.

Bersama mengikuti rombongan ini ialah YB Dr Siti Mariah (Pengarah Pilihahanraya Muslimat PAS Pusat), Ketua Muslimat PAS Pusat, Wakil Harakah serta suami dan beberapa sahabat yang tidak berpeluang pun kami berkenalan kerana keadaan yang tidak teratur dan agak kelam kabut.

Kehadiran Cikgu Mala sentiasa dinanti oleh petugas dan mereka begitu gembira dapat bersama-sama calun ini dalam hujan lebat sepanjang kempen merayu undi dijalankan. Penyokong wanita Umno juga turut bersalam dengan Cikgu Mala.

Pada awalnya saya bercadang untuk berkongsi maklumat dengan al-brangi online supaya beliau dapat berita awal untuk dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain, tetapi saya gagal berbuat demikian kerana kesibukan yang tidak diduga sama sekali sepanjang masa. Soryy "Lau She"

Ketika ini ramai kawan-kawan yang tersangkut di Felda Tenang kerana banjir semakin dalam disebabkan tiada tanda-tanda hujan akan berhenti

Tidak seperti biasa - saya gagal mengambil gambar macam biasa ... tiada gambar yang menarik  yang boleg dikongsikan.... sekadar ini.














 Gambar-gambar yang lebih menarik akan menyusul selepas ini

Sektretariat Parlimen Kota Raja
Labis, untuk N05 Tenang.

29 January 2011

MenSIBUkan TENANG

Tinggal 24 Jam lagi ...... 30 Januari 2011 Ahad pengundi N05 akan membuat perhitungan terakhir. Siapa yang mereka pilih ... Barisan Nasional atau PAS? Cikgu Mala atau Tok Ai?

PRK kali ini merupakan PRK yang paling menjadi perhatian selepas PRU 8 Mac 2008 yang lalu. Ada beberapa faktor penting yang perlu diperhatikan mengenai halatuju Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dalam menentukan Putrajaya milik siapa selepas PRU 13 nanti. Berkuburkah Umno selepas ini setelah bermaharaja lela selama lebih 50 tahun dibumi bertuah ini.

Apa yang perlu kita lihat ialah keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang bakal memberikan implikasi kepada persepsi rakyat terhadap keputusan PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

TPM, Muhyiddin telah meletakkan sasaran bahawa calun UBN mesti menang majoriti lebih 5000 undi sebagai syarat mudah untuk mengekal kuasa pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Jika PAS/PR berjaya menafikan sasaran yang ditetapkan  oleh TPM dan berjaya pula menambah undi dari apa yang diperolehi pada PRU 12 lalu, ianya sudah dianggap satu kejayaan luar biasa dan paling ditakuti oleh UBN.

Satu dua hari ni kelihatannya PM DS Najib sendiri sudah benar-benar kecut perut dengan manifesto buku jingga yang di keluarkan oleh Pakatan Rakyat sehingga menangguhkan kenaikan tol sehingga 5 tahun bagi mengimbangi tawaran penghapusan tol yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini, adalah pengakuan dan penerimaan BN bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat boleh dilaksanakan, kata Azmin Ali Timbalan Presiden PKR semalam.

"Adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan," katanya.

Berbalik ke Tenang, PRK ini menjadi indikasi kepada UBN kerana beberapa faktor, diantaranya Johor dilihat sebagai kubu kuat UMNO sehingga negeri ini digelar oleh ramai penceramah Paktan Rakyat sebagai 'Negeri Johor Darul Umno'. UMNO lahir di Johor. Timbalan Presiden Muhyiddin dan Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan juga orang Johor. Mungkin disebabkan persepsi itu, sesetengah jentera kempen Barisan Nasional awal-awal lagi berkata, Tenang milik parti itu. Belum pun penamaan calon dan kempen, sudah ada yang berkata BN akan menang besar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mensasarkan parti itu untuk mendapat majoriti 5,000 undi. Sasaran ini semakin menambahkan rasa selesa di kalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang merasakan BN tak mungkin kalah dalam pilihanraya tersebut.

Dalam kempen 8 hari ini pula faktor Soi Lek yang mengeluarkan beberapa kenyataan yang arogan benar-benar membuat muka pemimpin kanan Umno Johor jadi merah padam.

Chua Soi Lek dilihat terlalu tertekan untuk menang tambahan pula Labis dilihat sebagai “padang permainan” nya. Pilihanraya ini akan menentukan sama ada Chua Soi Lek akan dilihat relevan atau sebaliknya dalam politik Malaysia.
.
Setelah kecut perut, akhirnya, Muhyiddin secara terbuka meminta Chua Soi Lek untuk berhenti memainkan isu tersebut. Calon BN tidak boleh menang dengan undi Cina semata-mata; dia juga memerlukan undi Melayu yang besar. Orang Melayu amat sensitif apabila orang bukan Islam mempersoalkan hukum-hakam agama.

Takdir menentukan pada malam pengumuman esok sekiranya BN tewas di DUN Tenang apatah lagi dengan majoriti yang besar akan memberikan kejutan yang hebat  sama seperti Sibu.

Sekiranya pengundi DUN Tenang “mensibukan” BN, maka parti itu perlu mandi limau sebelum memasuki pilihanraya kecil Merlimau.

Adakah ini mustahil?

28 January 2011

Tsunami melanda Felda Tenang

Umno dan Barisan Nasional khususnya di Negeri Johor tidak menjangka sama sekali akan berlaku pertembungan yang maha dahsyat di Tenang khusus dalam kawasan Felda kerana Negeri ini memang terkenal dengan kekuatan Umno nya suatu ketika dulu. Tidak hairanlah bila penceramah PAS yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Tn Hj Mohammad Sabu menggelar negeri ini sebagai 'Johor Darul Umno'

Dengan TPM Muhyiddin Yassin dari Johor menjadi Pengarah PRK ini diikuti oleh Presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang begitu terkenal diseluruh Malaysia dengan aksi lasaknya dan sudah sebati pula dengan persekitaran Labis kerana pernah menjadi Ahli Parlimen Labis sejak sekian lama, peluang bagi mana-mana calun yang bertanding di sini dianggap oleh UBN sebagai tidak mempunyai peluang langsung untuk menang.

Keyakinan yang begitu tinggi ditunjukkan oleh TPM semasa hari pengenalan calunnya tempuhari bahawa Umno/Barisan Nasional bukan sahaja akan menang tetapi menetapkan sasaran mojoriti akan meningkat kepada 5000 untuk berbanding apa yang diperolehi pada 8 Mac 2008. Mereka mula bersiakap angkuh, sombong dan bongkah dan memperkecilkan calun PAS/PR.

Itu sebelum penamaan calun, hari ini keadaan sudah berubah, UBN sudah mula kecut perut dan sudah mula menyalahkan itu dan ini kepada cara kempen Pakatan Rakyat dan yang bestnya bila mereka sendiri tidak sebulu dengan cara kempen rakan komponen mereka dari MCA termasuk Presiden nya. Ini petanda baik bahawa UBN akan menelan ludahan air lior mereka sendiri pada malam 30 Januari nanti.

Tsunami benar-benar telah melanda Tenang, jika sebelum ini mereka menjangka dengan meletakkan bendera dacing pada setiap rumah penoroka Felda menjadikan pengundi dalam rumah tersebut selamat untuk mengundi mereka, mereka sudah silap, silap dan silap.

Ia memang benar ada pengakuan dari penduduk felda bahawa mereka tidak boleh terang-terangan menunjukkan sokongan kepada PAS dengan memasang bendera bulan kerana mereka akan dipulau dalam majlis tahlil dan walimatul urus oleh puak-puak Umno tetapi kali ini penyokong PAS/PR begitu bijak dalam menunjukkan sokongan mereka kepada parti dan calun yang bertanding.

Ketika malam hari yang gelap dan hujan mereka turun dari rumah dalam kepayahan untuk bersama-sama mendengar ceramah dari Pimpinan Pakatan Rakyat dan menunjukkan sokongan padu kepada calun yang bertanding.


Hujan lebat yang mencurah malam tadi tidak mematahkan semangat kira-kira 300 hadirin, khususnya penduduk tempatan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONERamai yang 'bermandikan hujan' meskipun datang dengan berpayung, memakai baju hujan dan bertopi demi untuk mendengar dan melihat kedua-dua tokoh tersebut berucap sempena kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Terdapat juga di kalangan mereka mencari tempat berteduh di bawah payung peniaga-peniaga berhampiran dengan kawasan ceramah dan di bawah bumbung pentas ceramah.

Dengan kempen pilihan raya hanya berbaki dua hari lagi, ini kali pertama usaha Pakatan Rakyat mengempur kubu BN di Tenang menampakkan hasilnya.

Jika dibandingkan ceramah lain di kawasan Felda sebelum ini, ceramah malam semalam adalah antara paling ramai hadirin.

Hujan renyai-renyai tanpa henti sejak petang semalam tidak membatalkan hasrat mereka untuk mendengar amanat dan ucapan daripada dua-dua pemimpin berkenaan.

NONENik Aziz dalam ucapannya memberikan tiga amanat penting kepada pengundi di Felda berkenaan - antaranya mendakwa Umno melakukan tangkapan guru pondok.

Beliau mengimbau kembali sejarah pada tahun 1967, ketika beliau baru sahaja menyertai PAS selepas pulang daripada belajar di luar negara.

"Pada tahun itu Umno mengamuk dengan menangkap ramai tok guru pondok kerana mengajar kepada penduduk orang-orang kampung (tentang Islam).

"Sepatutnya apa salahnya tanya, kenapa tok guru ajar begini, begini. Tanya... tangkap tok guru, masukkan ke dalam ISA, ini ajaran komunis.

"Sebab itu malam ini, saya bertongkat, saya gagah datang juga nak minta jangan undi selain daripada PAS... Umno datang nak bagi duit ambil, beri gula ambil, beri lembu sembelih, beri kertas undi, pangkah bulan," katanya yang diiringi dengan laungan takbir.

NONEPesanannya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati dan akan dihidupkan semula bertemu semula pada Hari Kebangkitan dan percaya bahawa Allah itu pencipta alam ini.

Sementara itu, Anwar yang tiba kira-kira jam 10.50 malam, berkata mengundi calon PAS, Normala Sudirman adalah sebagai usaha membawa masalah rakyat, isu ekonomi, isu pendidikan ke DUN Johor.
Tiada wang

Beliau memberi contoh teladan yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz yang meminta menterinya menegurnya jika beliau membuat kesilapan dan membawa masalah rakyat kepadanya.

Beliau juga tidak faham mengapa perlu menyokong Umno sedangkan ada di kalangan anak peneroka yang tidak ada pekerjaan bagi membayar kembali wang pinjaman pendidikan.

"Negeri kita kaya, pemimpin kita kaya raya, (tetapi) kenapa ayah kena bayar, anak tak ada kerja, sudah kutip hutang,"katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan dengan pertolongan Allah, Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil itu walaupun mengakui ia bukan satu perkara yang mudah.

27 January 2011

Interlok : TPM senada dengan MP Kota Raja

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata Novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

"Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Berita penuh  DISINI

Kenyataan YB Dr Siti Mariah sebelum ini berkaitan Interlok yang dikeluarkan oleh Mingguan Malaysia,

"Ketika bercakap kepada pemberita, Mariah berkata, pihaknya mengaku Interlok adalah karya yang hebat tetapi terdapat frasa yang begitu sensitif di kalangan masyarakat India di Negara ini. 

Baca seterusnya DISINI.

Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan kemenangan ini, semoga ianya jadi pengajaran kepada semua bahawa tindakan kurang bijak dan cepat melatah ini akhirnya memakan dan merugikan diri sendiri. Tidak perlu dikongsi, disiarkan dan diulas komen dari pembaca blog Dr Mariah berkaitan isu ini kerana mereka semua berada dalam  ruang lingkup sesama mereka sahaja.

Undi Cina jadi rebutan

Menurut Setiausaha Agong DAP, LGE .... PAS & Pakatan Rakyat hanya perlu meraih kira-kira 20 peratus undi dari pihak `atas pagar'.

Sesetengah orang berpendapat bahawa jumlah undi daripada pengundi Cina kepada BN mungkin merosot kepada bawah 30 peratus malah bawah 25 peratus, berikutan beberapa isu yang dimainkan pihak Pakatan Rakyat seperti kenaikan tarif air dan sekolah persendirian Cina.

Pada pilihan raya umum 2008, BN memperolehi 67.9 peratus undi di Ladang Bukit Dato di mana 46.6 peratus pengundinya adalah pengundi Inia, tetapi di Ladang Labis Utara pula yang diwakili 71.7 peratus pengundi India, kedua-dua pihak berkongsi undi sebanyak 50 peratus.

Berdasarkan keadaan demikian, kini kawasan yang majoritinya mempunyai penduduk Cina seperti di Labis Timur, Labis Tengah dan Tenang Station menjadi tumpuan BN dan Pakatan Rakyat untuk meraih undi.

Secara kasar, jumlah yang menghadiri ceramah DAP pada setiap malam di Tenang Station dan Labis Tengah dilihat bertambah.

Tidak kurang juga yang melihat bahawa dengan jumlah sumbangan yang banyak yang dimasukkan ke dalam kotak-kotak derma pada setiap malam ceramah DAP, secara tidak langsung menunjukkan pengundi Cina telah menetapkan calon pilihan mereka.

26 January 2011

Pengganti Khairy

Ini dia wajah orang yang dicadangkan untuk mengganti Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno. Menurut pencadangnya Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata  Zambry yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Perak dan juga bekas anggota Exco Pergerakan Pemuda kebangsaan, telah muncul sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai ketokohan dan juga berpengalaman untuk menerajui sayap parti di peringkat nasional.

Katanya lagi Dr Zambry,  mampu mempengaruhi dan menentukan hala tuju pergerakan pemuda di masa depan . . . 

Bab mempengaruhi ini yang merisaukan umat Islam kerana Zambery ni jenis khurafat, gambar ini sebagai saksi

23 January 2011

Candid : Sokongan padu kaum Hawa buat Cikgu Mala



























 Bila "Tok Guru Presiden" berbual dengannya semasa sessi penamaan calun dan meminta wanita memberikan sokongan padu kepada calun "Muslimat Terbaik ini" ..... akak ni tersenyum sahaja, kelu lidahnya untuk berkata-kata.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini