PENDUDUK TAMAN SAGA 4 KLANG DIPOTONG BEKALAN AIR SELAMA 2 HARI.
Taman ini dipotong bekalan air oleh SYABAS kerana pemaju tidak melakukan pembayaran maka yang jadi mangsa adalah penduduk.Penduduk telah mengadu masalah ini kepada YB Dr Siti Mariah melalui telefon.
Susulan dari lapuran ini selaku YB segera turun berbincang dan mengenalpasti akan punca nya.Melalui kuasa sebagai seorang YB beliau terus berbincang dengan pengurusan SYABAS dan bersedia menjelaskan sebanyak RM2000 sebagai syarat untuk menyambung semula bekalan.
Seramai 36 keluarga yang tinggal disini amat gembira setelah 1jam perbincangan oleh YB bekalan tersebut disambung semula setelah 2 hari tiada bekalan.Penduduk yang pertama kali jumpa YB merasakan satu kepuasan dan tak mungkin dilupakan atas bantuan ini.
TERIMAKASIH SAMA KITA PUNYA YB LO.....
BANYAK TERIMAKASIH LA YB ..... ungkapan beberapa orang penduduk..
No comments:
Post a Comment