1. Bagus juga membaca Cetusan Dato Seri Khir Toyo (oh maaf, Sultan Selangor dah gantung pengurniaan pingat tersebut kerana Dato Seri ni kuat benar rasuahnya sepanjang menjadi MB Selangor sebelum ditumbangkan oleh rakyatnya sendiri pada pilihanraya 8 Mac 2008 yang lalu) dalam posting terbarunya
2. Tajuk posting terbarunya sangat bagus dan penuh sindiran .... dia mengumpakan dirinya sebagai " Si Buta Yang Tidak Bertongkat", maksudnya dahlah dia di butakan dan tidak diberi tongkat pulak tu .... alangkah kejamnya manusia disekelilingnya wal hal sebelum beliau merupakan seorang MB doktor gigi paling Junior dan terkenal di Selangor. Juak-juaknya pun ramai sekeliling pinggang.
2. Sebagai Junior belum pun setahun menjadi MB, fail mengenai dakwaan dan skandal rasuah beliau sudah diangkat ke pejabat PM. Ketika itu Ahmad Lutfi Othman, adalah antara orang aktif membongkar puluhan lagi kes rasuah Khir Toyo dan Dato Hassan Ali selaku Ketua Pembangkang membongkar kes ini dalam persidangan DUN Selangor. Namun fail-fail itu di pekasamkan sahaja oleh Mahathir pada ketika itu, kerana waktu itu Khir Toyo punya kekebalan yang sangat ampuh
3. Sekarang ini selepas Khir dibuang oleh rakyat dari tampuk kuasa MB. Beliau kini dihadapkan ke mahkamah kerana pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah bernilai jutaan ringgit yang diadukan oleh ADUN Sekinchan
4. Hebatnya Khir Toyo ialah bila beliau didakwa melakukan kesalahan rasuah di kediaman rasmi Menteri Besar, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.
5. Soal beliau salah atau tidak itu kita harus menunggu kes mahkamah selesai. Apa pun Khir Toyo harus menerima hakikat bahawa karier politiknya sudah berakhir. Dengan berakhirnya sebagai bekas MB, bekas Pengerusi Umno, Pengerusi BN, Ketua Bahagian Umno dan beliau mungkin tidak akan dicalonkan semula sebagai calon Adun. Usah harap hendak tanding MT Umno atau Ketua Pemuda.
6. Mengapa Khir dijatuhkan? Siapa yang menjatuhkannya?. Kerana masih mengharapkan belas ikhsan Umno Khir Toyo masih bermain silap mata lagi konon sindiran "Si buta yang tidak Bertongkat" itu ditujukan kepada Menteri Besar TS Khalid Ibrahim dan Faekah dan kerajaan Pakatan Rakyat.
7. Sebenarnya Dr Khir Toyo menyindir dan marahkan PM Najib, Noh Omar dan Umno Selangor yang kini menjatuhkan hukuman sehingga dia menjadi buta dan tidak diberikan tongkat (cara hidup Umno memangnya sentiasa diberi payung dan tongkat walau pun tidak buta dan hujan) kerana kesalahan besarnya iaitu memalukan Umno kerana beliau kononnya berbesar hati memulangkan pingat 'Dato' Seri' sementara kesnya dibicarakan, sebaliknya pingat itu digantung oleh pihak Istana.
8. Untuk mematikan kariernya kini Noh Omar, Syukur dan konco-konconya menghenyak-henyak dan memijak-mijak serta membiarkan Dr Khir Toyo kemalangan semasa melintas jalan dalam keadaan buta dan tidak bertongkat kerana beliau kini umpama kain buruk yang menunggu reput yang sudah tidak berguna lagi di Selangor. Ini lah nasib bekas MB Umno Selangor.
No comments:
Post a Comment