28 January 2011

Tsunami melanda Felda Tenang

Umno dan Barisan Nasional khususnya di Negeri Johor tidak menjangka sama sekali akan berlaku pertembungan yang maha dahsyat di Tenang khusus dalam kawasan Felda kerana Negeri ini memang terkenal dengan kekuatan Umno nya suatu ketika dulu. Tidak hairanlah bila penceramah PAS yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Tn Hj Mohammad Sabu menggelar negeri ini sebagai 'Johor Darul Umno'

Dengan TPM Muhyiddin Yassin dari Johor menjadi Pengarah PRK ini diikuti oleh Presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang begitu terkenal diseluruh Malaysia dengan aksi lasaknya dan sudah sebati pula dengan persekitaran Labis kerana pernah menjadi Ahli Parlimen Labis sejak sekian lama, peluang bagi mana-mana calun yang bertanding di sini dianggap oleh UBN sebagai tidak mempunyai peluang langsung untuk menang.

Keyakinan yang begitu tinggi ditunjukkan oleh TPM semasa hari pengenalan calunnya tempuhari bahawa Umno/Barisan Nasional bukan sahaja akan menang tetapi menetapkan sasaran mojoriti akan meningkat kepada 5000 untuk berbanding apa yang diperolehi pada 8 Mac 2008. Mereka mula bersiakap angkuh, sombong dan bongkah dan memperkecilkan calun PAS/PR.

Itu sebelum penamaan calun, hari ini keadaan sudah berubah, UBN sudah mula kecut perut dan sudah mula menyalahkan itu dan ini kepada cara kempen Pakatan Rakyat dan yang bestnya bila mereka sendiri tidak sebulu dengan cara kempen rakan komponen mereka dari MCA termasuk Presiden nya. Ini petanda baik bahawa UBN akan menelan ludahan air lior mereka sendiri pada malam 30 Januari nanti.

Tsunami benar-benar telah melanda Tenang, jika sebelum ini mereka menjangka dengan meletakkan bendera dacing pada setiap rumah penoroka Felda menjadikan pengundi dalam rumah tersebut selamat untuk mengundi mereka, mereka sudah silap, silap dan silap.

Ia memang benar ada pengakuan dari penduduk felda bahawa mereka tidak boleh terang-terangan menunjukkan sokongan kepada PAS dengan memasang bendera bulan kerana mereka akan dipulau dalam majlis tahlil dan walimatul urus oleh puak-puak Umno tetapi kali ini penyokong PAS/PR begitu bijak dalam menunjukkan sokongan mereka kepada parti dan calun yang bertanding.

Ketika malam hari yang gelap dan hujan mereka turun dari rumah dalam kepayahan untuk bersama-sama mendengar ceramah dari Pimpinan Pakatan Rakyat dan menunjukkan sokongan padu kepada calun yang bertanding.


Hujan lebat yang mencurah malam tadi tidak mematahkan semangat kira-kira 300 hadirin, khususnya penduduk tempatan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONERamai yang 'bermandikan hujan' meskipun datang dengan berpayung, memakai baju hujan dan bertopi demi untuk mendengar dan melihat kedua-dua tokoh tersebut berucap sempena kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Terdapat juga di kalangan mereka mencari tempat berteduh di bawah payung peniaga-peniaga berhampiran dengan kawasan ceramah dan di bawah bumbung pentas ceramah.

Dengan kempen pilihan raya hanya berbaki dua hari lagi, ini kali pertama usaha Pakatan Rakyat mengempur kubu BN di Tenang menampakkan hasilnya.

Jika dibandingkan ceramah lain di kawasan Felda sebelum ini, ceramah malam semalam adalah antara paling ramai hadirin.

Hujan renyai-renyai tanpa henti sejak petang semalam tidak membatalkan hasrat mereka untuk mendengar amanat dan ucapan daripada dua-dua pemimpin berkenaan.

NONENik Aziz dalam ucapannya memberikan tiga amanat penting kepada pengundi di Felda berkenaan - antaranya mendakwa Umno melakukan tangkapan guru pondok.

Beliau mengimbau kembali sejarah pada tahun 1967, ketika beliau baru sahaja menyertai PAS selepas pulang daripada belajar di luar negara.

"Pada tahun itu Umno mengamuk dengan menangkap ramai tok guru pondok kerana mengajar kepada penduduk orang-orang kampung (tentang Islam).

"Sepatutnya apa salahnya tanya, kenapa tok guru ajar begini, begini. Tanya... tangkap tok guru, masukkan ke dalam ISA, ini ajaran komunis.

"Sebab itu malam ini, saya bertongkat, saya gagah datang juga nak minta jangan undi selain daripada PAS... Umno datang nak bagi duit ambil, beri gula ambil, beri lembu sembelih, beri kertas undi, pangkah bulan," katanya yang diiringi dengan laungan takbir.

NONEPesanannya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati dan akan dihidupkan semula bertemu semula pada Hari Kebangkitan dan percaya bahawa Allah itu pencipta alam ini.

Sementara itu, Anwar yang tiba kira-kira jam 10.50 malam, berkata mengundi calon PAS, Normala Sudirman adalah sebagai usaha membawa masalah rakyat, isu ekonomi, isu pendidikan ke DUN Johor.
Tiada wang

Beliau memberi contoh teladan yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz yang meminta menterinya menegurnya jika beliau membuat kesilapan dan membawa masalah rakyat kepadanya.

Beliau juga tidak faham mengapa perlu menyokong Umno sedangkan ada di kalangan anak peneroka yang tidak ada pekerjaan bagi membayar kembali wang pinjaman pendidikan.

"Negeri kita kaya, pemimpin kita kaya raya, (tetapi) kenapa ayah kena bayar, anak tak ada kerja, sudah kutip hutang,"katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan dengan pertolongan Allah, Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil itu walaupun mengakui ia bukan satu perkara yang mudah.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini