21 January 2011

Candid : Himpunan Rakyat Selangor














Sekadar membetul fakta, berita Malaysiakini tidak berapa tepat kerana disini kerana tiada tolak menolak seperti dilapurkan, semuanya tenang dan perbincangan dibuat oleh Azmizam dan khairuddin dengan pihak polis.



 Polis ramai tapi secara keseluruhan Polis Klang memang OK dan sporting




 Polis Klang menyediakan 2 buah kenderaan untuk membawa deligasi ke Istana.
 Tok Ketua Kampung Kapar, YB Dr Rani, Khairuddin lebih selesa berjalan kaki dan menolok menaiki kenderaan yang disediakan oleh pihak Polis


 Sampai Istana lebih awal kerana naik kenderaan khas

 Nun hujung sana, merupakan anggota keselamatan yang menumpangkan saya dari masjid ke Istana, dia tau orang tu tak berapa sihat kut.





Perangkap’ yang digunakan untuk memerangkap pemimpin dan kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor, akhirnya memerangkap ‘tuan’nya sendiri.

Itulah yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semasa berucap di hadapan orang ramai di pintu masuk Istana Alam Shah, Klang petang tadi, bagi menyerah memorandum ‘Himpunan Menjunjung Kasih’ kepada Sultan Selangor.

Kata beliau lagi, sekiranya wakil rakyat Umno-BN memboikot Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), 24 Januari nanti, membuktikan kepada warga Selangor bahawa pengkhianat sebenar Raja-raja Melayu adalah Umno-BN sendiri.

“Sememangnya kita mempunyai sokongan daripada seluruh rakyat negeri Selangor, bahawa tindakan khianat yang dilakukan Umno-BN selama ini, dengan merampas kuasa sultan, kuasa negeri, akan kita perbetulkan.

“Sekiranya mereka tidak datang pada hari Isnin ini, ataupun mereka datang dan tak sokong maka seluruh negara akan kenal siapa sebenarnya pengkhianat dan siapa sebenarnya perderhaka,” tegas beliau.

Manakala Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Akin menegaskan, pemimpin Umno-BN patut beri sokongan kerana usul yang akan dibentangkan dalan sidang DUN Isnin depan berkenaan mengembalikan kuasa kepada Sultan dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor.

“Rakyat telah pilih Pakatan, tetapi kenapa ada unsur khianat, Umno khianati rakyat, mereka juga khianati raja-raja Melayu.

“Pada 24 haribulan nanti ketika sidang Dun, kita nak tengok, sama ada wakil rakyat daripada Umno-BN berani atau tidak menyokong usul yang akan kita bentangkan dalam DNS,” tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Kapar, mewakili semua ketua kampung di Selangor, Haji Syafie Sulaiman menyuarakan kesyukuran dapat menghantar memorandum kepada pihak istana walaupun pada awalnya dihalang polis.

Beliau menjelaskan, ‘Himpunan Menjunjung Kasih’ yang diadakan hari ini bertujuan menunjukkan kesetiaan dan sokongan kepada Sultan Selangor dan Raja Berperlembagaan.

“Kami, pemastautin dan rakyat Selangor, berasa yakin dan percaya akan kebijaksanaan Duli Tuanku dalam memberikan nasihat dan pandangan kepada kerajaan bagi membolehkan seluruh rakyat di negeri ini memperoleh manfaat di atas kemakmuran dan kekayaan negeri.

“Kami juga akan mempertahan dan mendukung kemuliaan institusi raja serta berusaha sedaya upaya kami untuk memberdaya institusi raja selaras dengan prinsip raja berperlembagaan,” kata beliau. 

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini