30 March 2009

Bantahan

Seramai 20 orang penduduk Tmn Desa Kemuning bersama MPP Zon 14 yang diketuai oleh En Naidu dan En Ridwan Wahab melakukan bantahan terhadap kerja-kerja pembinaan yang tidak mematuhi prosuder pembinaan berhampiran jalan utama keluar masuk di taman tersebut tengahari tadi.Kerja-kerja pembinaan yang dijalankan sejak seminggu yang lalu menggundang bahaya kepada penduduk taman tersebut kerana tiada kawalan keselamatan di simpang keluar masuk lori dan habuk berterbangan sehinggakan menyukarkan pandangan khususnya kenderaan kecil seperti motosikal dan basikal. Memandangkan terdapat sebuah Sek Agama KAFA di taman tersebut, penduduk terlalu bimbang khususnya kanak-kanak yang pulang dari sekolah melalui jalan tersebut.

En Tan Ah Sai (berbaju kuning belang) yang merupakan Pengarah Syarikat Perniagaan Pertama yang beralamat di kg Rantau Panjang memohon maaf terhadap penduduk apa yang berlaku dan memberi jaminan akan mengambil tindakan segera bagi mengatasi sebarang kesulitan selewat-lewatnya esok (31 Mac 2009). En Ridwan Wahab memohon tindakan segera seperti meletakkan seorang pengawal lalulintas, membersihakan jalan daripada sebarang habuk seperti sediakala dan membuat takungan air bagi membersihkan tayar lori. Sekiranya pihak pemaju gagal berbuat demikian tindakan selanjutnya akan diambil oleh pihak penduduk agar masalah ini tidak berlarutan.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini