27 March 2009

Jangan ambil mudah kenyataan ini.

Masyarakat India kini mula menunjukkan "perubahan besar yang positif" terhadap Barisan Nasional (BN) seperti yang kelihatan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, dua kawasan yang akan menghadapi pilihan raya kecil pada 7 April.

Setiausaha Agung MIC Datuk Dr S. Subramaniam berkata ini berdasarkan maklum balas dan lawatannya ke kawasan India di dua kawasan itu sejak dua minggu lepas."Mereka secara perlahan tetapi hampir pasti, kembali kepada Barisan Nasional," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik operasi MIC di sini Jumaat.

Dr Subramaniam, yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, suasana seperti itu tidak nampak sangat ketika pilihan raya umum 8 Mac, tahun lepas yang menyaksikan MIC kalah di enam daripada sembilan kerusi Parlimen dan 12 dari 19 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya.

"Kami nampak perubahan dalam sikap mereka kerana mereka tahu hanya MIC boleh membantu mereka ketika senang dan susah," katanya.

Beliau berkata di kawasan Parlimen Bukit Gantang, yang mempunyai 10 peratus pengundi India, banyak masalah, seperti kekurangan infrastruktur di sekolah Tamil, telah lama diselesaikan.

"Kami tidak hanya memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah apabila ada pilihan raya kecil, tetapi kami melakukannya sepanjang masa," katanya.

Beliau berkata MIC juga berjaya dalam mendapatkan banyak insentif dan dasar baru bagi masyarakat India, seperti kuota 7.4 peratus untuk biasiswa kerajaan dan kemasukan ke universiti awam serta perkhidmatan awam, selain penubuhan Jawatankuasa Kabinet untuk masyarakat India.

Kenyataan ini walau pun kita memahami sebagai satu popaganda dari MIC/BN tetapi sebagai petugas dan pendokong parti kita jangan terlalu mengambil mudah sehinggakan kita tidak melakukan sesuatu. Kita kena terus berusaha untk meyakinkan kaum India bahawa kenyataan ini merupakan tipu helah MIC/BN bagi memenangi kedua-dua PRK diatas.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini