23 March 2009

Calun Btg Ai dah tau, kita tunggu Bkt Gantang mlm ni

Bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang, hari ini dinamakan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat bagi pilihan kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai pada 7 April ini.

Ketika mengumumkannya pada satu sidang akhbar di sini hari ini, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Jawah, 55, dipilih setelah perbincangan diadakan dengan penyokong-penyokong Nicholas Bawin, 51, yang bertanding pada pilihan raya negeri yang lepas dan kalah kepada Datuk Dublin Unting Ingot daripada Barisan Nasional.

Bawin dilantik sebagai pengarah operasi PKR bagi pilihan raya kecil itu. Batang Ai dan Engkilili adalah dua kerusi negeri dalam kawasan Parlimen Lubok Antu. “Saya yakin gandingan mantap antara Bawin dan Gerang dapat menawan kerusi Batang Ai,” kata Anwar.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Unting pada 24 Feb lepas ekoran serangan angin ahmar. Penamaan calon ialah pada Ahad ini. BN telahpun menamakan jurutera Jabatan Pertanian, Malcolm Mussen Lamoh, 49, sebagai calonnya manakala penerbit sebuah majalah Iban, Johnny chuat, 38, turut menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini