19 March 2009

Motivasi Keluarga Islam

Justify Full
MPP Zon 14 dan Surau Al-Muhtadin Desa Kemuning Seksyen 35 telah mengadakan program ceramah motivasi kekeluargaan Islam pada 18/3/2009 selepas solat Isyak di padang permainan Tmn Desa Kemuning.

Program ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan oleh penduduk Tmn Desa Kemuning dan sekitarnya sehingga mencecah seramai 500 orang peserta melebihi sasaran awal sekitar 200 orang.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Shuhaimi Shafie Adun Sri Muda tepat jam 9 malam.Turut hadir Pengerusi MPP Zon 14 En Pappa Raidu, Pengerusi MPP Zon 11 En Norhalim Sirom, Ketua Kampung Bukit Naga En Buang Ismail dan wakil masjid Al-BAkri Bukit Naga.

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah motivasi terkenal iaitu Ustaz Abdullah Khairie seorang pakar motivasi yang tidak asing dinegara kita. Dengan gaya penyampaian yang bersemangat serta bantuan tayangan video berjaya membawa pendengar tidak kering gusi dengan coleteh beliau. Disamping itu juga beliau menyelitkan juga unsur-unsur kasih sayang, ketaatan pada Allah dan ibubapa sehingga menitiskan air mata setiap peserta yang hadir. Rata-rata peserta yang hadir cukup berpuashati dengan program kali ini dan mengharapkan lebih banyak program seperti ini dianjurkan oleh semua MPP khususnya MPP Zon 14 dan pihak surau.Pihak penganjur juga turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat seperti pihak MBSA, MPP Zon 14, JKKK Bukit Naga, Pihak Masjid Al-Bakri Bukit Naga seluruh penyumbang-peyumbang yang sama-sama menjayakan program ini. Pengarah program En Riduan Wahab yang juga Pengerusi Surau Al-Muhtaddin merakam setingga ucapan terima kasih kepada semua ajk yang bertanggungjawab menjayakan program kali ini yang dibarisi oleh En Hassan, Hj Suria, En Imran dan tidak terlupa kepada wartawan SINAR yang turut membuat liputan semasa program ini dijalankan

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini