02 March 2009

Diskusi Ilmu-Methodologi Dakwah


Peserta bersama YB & Penceramah
Sabtu, 28 Feb 2009

Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional/LPN PAS Kawasan Kota Raja tersebut telah diadakan di Pejabat Parlimen Kota Raja yang turut dihadiri seramai 20 orang peserta yang terdiri dari Ahli Dewan Harian, Jkuasa Kerja & Ahli Jkuasa LPN PAS Kawasan Kota Raja. YB Dr Siti Mariah Mahmud juga turut meluangkan masa untuk hadir bersama ke dalam majlis tersebut.

Pengisian diskusi telah dibuat oleh Ybhg Dr Yaacob Yusoff, Ahli Jkuasa Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat/Negeri Kelantan yang juga merupakan Ketua Modul ILHAM (Institut Latihan Kepimpinan dan Pengkaderan Dakwah Islamiyyah).

Antara objektif program adalah:-
1) Mencapai kefaham yang seragam (common understanding) dikalangan pimpinan dan jkuasa apabila berhadapan atau terlibat dengan program kaum non-muslim
2) Mendidik kearah memahami agama & budaya kaum Cina & India disamping mendalami ajaran Islam khususnya dalam konteks siyasah
3) Menerapkan nilai-nilai murni Islam dalam uslub/methodologi dakwah kepada kaum non-muslim
4) Mempastikan penerimaan non-muslim terhadap keadilan pemerintahan Islam seterusnya meneruskan sokongan kepada kepimpinan
Segala perkara yang dibincangkan amat berguna bagi LPN khususnya dalam ertikata mengatur gerakkerja yang berkaitan dalam program-program anjuran lajnah yang akan datang.
YB Dr Siti Mariah Mahmud dalam ucapan penangguhannya amat mengharapkan supaya diskusi-diskusi sebegini dapat diterukan dan dibuat secara konsistan bagi mencapai kefahaman yang mantap dikalangan pimpinan dalam menangani segala permasalahan masyarakat yang berbilang kaum di dalam Parlimen Kota Raja khususnya.

Sekretariat Syed



No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini