Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu supaya parti umno membuang mana-mana pemimpin BN yang terbukti tidak tahu memimpin dalam kadar yang segera.
“Saya sebagai seorang doktor mesti kena tahu apa penyakit yang menyerang pesakit terdahulu. Selama 50 tahun UMNO memerintah kita tiada masalah. "Apa yang menjadi masalah sekarang adalah pemimpin yang tidak tahu memimpin, baik dalam BN mahu pun dalam UMNO. Masalah inilah yang perlu diatasi:“Cara mengatasinya ialah kita buang pemimpin ini,” katanya.
Tun Mahathir bercakap pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) di Kompleks Sukan TNB di sini, semalam.
Mengulas mengenai masa depan UMNO, Tun menyifatkan parti itu masih lagi mempunyai peluang untuk mengembalikan kepercayaan rakyat sekiranya ia menolak sepenuhnya pemimpin yang terlibat dalam gejala politik wang. “Saya menjangkakan UMNO tidak ada harapan lagi dan BN akan ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya U:mum ke-13, jika masih memilih pemimpin yang terlibat dalam gejala politik wang," katanya.
Kerja kita akan menjadi lebih mudah dengan pandangan ikhlas Tun Mahathir ini, ianya merupakan satu kenyataan yang berani dan berterus terang dan tidak menyembunyi sesuatu pun dibawah meja. Dengan bantuan yang diberi kita pula mesti mempromosikannya di PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Jika cukup maklumat yang diberi Insa Allah pengundi di 2 bukit dan Batang Ai akan menolak kepimpinan umno/BN bermula 7 April seterusnya Pakatan Rakyat akan mendominasi keputusan PRU 13 nanti.
No comments:
Post a Comment