03 March 2009

Hitea Anak Perak di perantauan

Hitea Sempena Majlis Dialog anjuran Anak-Anak Perak diperantauan.Kehadiran mencecah 5 ribu peserta yang diadakan di Dewan PKPS, Seksyen 14 Shah Alam. Antara tetamu yang hadir Dato Husam Musa, Ustaz Ahmad Awang, YB Dr Lo' Lo', YB Khalid Samad dan SU Politik MB Perak yang Sah Ustaz Misbahul.

Menceritakan kronologi bagaimana Sultan memerintahkan Dato Seri Ir Nizar meletak jawatan selepas berlaku suasana politik haru biru di Perak.. Disamping itu banyak berita sebenar tidak di hebahkan kepada rakyat malahan memutar belitkan fakta bagi mengelirukan rakyat supaya membenci PR.

Para hadirin juga tidak melepaskan peluang untuk menanyakan soalan antaranya dari Desa Kemuning yang tidak mahu namanya disiarkan mengajukan persoalan adakan Dato Mufti Perak juga terlibat dalam konspirasi menjatuhkan MB Nizar. Ustaz Ahmad Awang antara lain menyatakan beliau tidak pula menghubung Dato Mufti tetapi sejak pengenalan beliau Dato Mufti sentiasa tidak tetap pendirian apabila ditekan oleh pihak tertentu.

Tetamu tidah dihampakan dengan amanat MB Nizar secara live kira-kira jam 4.45 petang antara lain menasihati ahli PAS inilah merupakan ujian dari Allah yang memohon semua penyokong bersabar sehingga mahkamah memutuskan bahawa beliau adalah MB yang sah serta mengigatkan bahawa inilah salah satu proses pentarbiyahan.

...... kiriman : muhandis, desa kemuning

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini