18 March 2009

Mulut celupar Ali makan tuan

Ustaz Ghani abd Rahman berkata,"Itulah wajah Ketua Menteri Melaka yang selama ini cakap dia bersih dan amanah, sebenarnya Ali tak layak bertanding kerana melakukan rasuah begitu juga yang lain-lain.

"Mulutnya terlalu celupar tak beri orang Melaka melawat Kelantan, hentam Tuan Guru Nik Aziz tetapi akhirnya segala tindakannya itu kembali kepadanya semula," kata beliau.

Ustaz Ghani turut menjelaskan rakyat Melaka khususnya supaya menolak pemimpin yang mengamalkan rasuah kerana memalukan negeri Melaka."Mintalah Ali kembali ke jalan Allah, padahal sebelum ini pada tiap-tiap malam minta orang sembahyang hajat di masjid-masjid agar beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden, yang saya bimbangkan tok imam minta dia jangan bertanding," katanya.

Selain itu, Ustaz Ghani turut mengambarkan bahawa inilah wajah sebenar pemimpin Melaka dan juga ketidakadilan yang berlaku di dalam Umno padahal Khairy juga terlibat tetapi tiada tindakan diambil."Kita juga pelik bagaimana SPRM tidak tahu tentang rasuah Ali Rustam, kata SPRM ada kredibiliti supaya berlaku adil kepada semua pihak kerana kalau kepada pembangkang mereka cepat siasat dan keluar keputusan.

"Insya-Allah kita akan adakan mesyuarat khas untuk hantar memorandum supaya Ali meletak jawatan Ketua Menteri kerana dia tak layak perintah Melaka," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini