Pegawai Iran yang mengangkat wartawan Iraq, Muntazar al-Zaidi sebagai wira dan memuji tindakannya membaling kasut kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush sebagai tanda keberanian Islam kelu lidah minggu ini apabila Presiden Mahmoud Ahmadinejad pula berdepan keadaan sama.
Presiden Iran itu dibaling kasut ketika melawat bandar raya Urumiye di barat laut Iran minggu ini. Beliau menjadi sasaran ketika muncul dari bumbung kereta yang boleh dibuka sambil melambai orang ramai dalam perjalanan memberikan ucapan di sebuah stadium.
Pengawal keselamatan gagal menemui individu bertanggungjawab atas kejadian itu. Blogger pro-Ahmadinejad menyifatkan laporan itu khabar angin disebarkan pihak setia kepada keluarga diraja dan penentang revolusi.
No comments:
Post a Comment