21 March 2009

Mesyuarat Agung PAS Cawangan Taman Setia kali ke 10

Taman Setia ~ PAS Cawangan Taman Setia telah selamat mengadakan Mesyuarat Agung Cawangan kali ke 10 dengan jaya nya sebentar tadi. Majlis tersebut dihadiri sebanyak 83 orang ahli dan di resmikan oleh Ybhg Tn Hj Mohd Termizi bin Ismail, Ahli Majlis Perbandaran Klang. Turut hadir ialah Sdr Narhalim bin Sirome yang merupakan PYDP Kota Raja merangkap Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.

Mesyuarat kali ini juga merupakan pemilihan AJK bagi sessi terbaru dan seperti mana biasa Sdr Adam Abd Karim dan teman-teman AJK yang lain terus kekal memimpin cawangan ini, cuma terdapat tiga pertukaran AJK dan seorang pemeriksa kira-kira sahaja yang baru.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini