18 March 2009

Wasiat terakhir Ali Rustam sebelum dijatuhi hukuman

dipetik, Dari kacamata Mohd Ali Rustam : 16 Mac 2009 : http://www.mohdalirustam.com/

Penjelasan Khairy Jamaluddin Abu Bakar : http://www.rembau.net.my/

Kita bertanding secara sahabat

Nasihat saya kepada diri saya dan calon-calon yang lain disemua peringkat kita umpama mengadakan pertandingan persahabatan. Jadi, kita bertanding secara sahabat, tak ada buruk-memburuk, fitnah-memfitnah.


Untuk kita meraih sokongan dari sahabat kita ialah dengan kita menunjukkan hasil kerja kita, khidmat yg kita beri pada parti dan kerajaan serta sumbangan kita kepada masyarakat.


Semua calon-calon juga boleh memikirkan dan memberi pendapat serta mengenengahkan idea yang hendak dilakukan untuk menguatkan lagi parti UMNO dan kerajaan Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya umum yg ke 13 nanti.


Pendekatan begini yang saya lihat ingin diketahui oleh para perwakilan. Tak perlulah kita guna strategi seperti yg lepas lepas. Dahulu, strategi yang digunakan kalau ada pertandingan, banyak buruk-memburuk dan fitnah-memfitnah yang akhirnya merugikan parti kita yang rugi sendiri.


Pada masa sama, pembangkang seperti menangguk di air keroh iaitu mengambil kesempatan terhadap apa yang kita burukkan itu untuk menghentam kerajaan. Lama-kelamaan kekuatan kita terhakis dan ini jelas pada pilihanraya yang lepas.


Saya sekali lagi berharap kita teruskan pemilihan ini dengan dengan suasana yg aman, selesa dan tenteram seperti yang sekarang ini. Insyaallah kita semua akan terus berkerja untuk parti kita.

1 comment:

  1. Pembangkang bukan menangguk di air tapi memanafaatkan isu yang ada demi menyelamatkan ummah.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini