PAS Cawangan Taman Setia telah menganjurkan satu majlis khas bagi meraikan petugas-petugas Parti yang akan ke Bukit Gantang sebentar tadi bagi melakukan tugas memenangkan Datuk Seri Ir Nizar dalam PRK tersebut.Sebelum pemergian seramai kira-kira 30 orang petugas termasuk muslimat kesana bermula esok hingga hari pengundian satu majlis khas bagi mendengar amanat pimpinan telah diadakan di perkarangan Pusat Komuniti Taman Setia. YB Tn Hj Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam telah dijemput memberikan amanat serta petua-petua menjalankan tugas disana nanti. Oleh kerana Kota Raja akan bertugas di kawasan Terong, YB Khalid memberitahu bahawa kawasan ini merupakan satu-satunya DUN yang BN menang dalam PRU 12 yang lalu dan mereka benar-benar ingin memastikan DUN ini dapat dipertahankan. Justru tugas yang amat berat menanti petugas-petugas kita disana kelak.
Hebat Tmn Setia.
ReplyDeleteTahniah