11 April 2009

Liverpool boleh menang ke malam ni.

Liverpool mampu melenyapkan kekecewaan kalah kepada Chelsea pada perlawanan Liga Juara-Juara dengan menundukkan Blackburn Rovers hari ini untuk meneruskan tekanan kepada pendahulu Liga Perdana England.

Kurang dari 72 jam selepas dimalukan 1-3 pada suku akhir pertama di Anfield, Rafael Benitez terdesak untuk pemain-pemainnya kembali ke saingan domestik apabila menjadi tuan rumah ke atas pasukan yang bergelut, Blackburn di Anfield.

Liverpool yang akan memulakan perlawanan pada kedudukan satu mata di belakang Manchester United, akan naik di tangga teratas liga sebelum United beraksi di Sunderland dalam satu lagi perlawanan lewat hari ini.

Pemain tengah skuad Reds, Lucas mengakui Liverpool tertekan selepas kalah tempoh hari untuk memburu tiga gol di Stamford Bridge pada perlawanan kedua Selasa ini. Namun, pemain Brazil itu yang menggantikan Javier Mascherano yang digantung ketika perlawanan dengan Chelsea, yakin kemenangan ke atas Blackburn akan menjulang kembali semangat pemain menjelang perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara.

''Tidak perlu memikirkan lagi mengenai perlawanan ini sebaliknya kami harus memberi fokus perlawanan dengan Blackburn. ''Diharapkan kami tidak melakukan kesilapan yang sama kerana kami masih mempunyai peluang untuk mencabar kejuaraan.

''Kami memang kecewa tetapi kami perlu melupakannya kerana kami mempunyai perlawanan penting Sabtu ini, kemudian perlawanan suku akhir kedua. ''Kami tidak boleh terlalu memperkatakan tentang Liga Juara-Juara kerana kami ada perlawanan penting dengan Blackburn,'' kata Lucas.

Semangat pemain-pemain Liverpool tidak dibantu dengan berita ketua pasukan berinspirasi Steven Gerrard bergelut untuk kembali beraksi. Pemain tengah England itu yang menjalani pembedahan akibat kecederaan pangkal paha Ogos lalu, kembali dihantui kecederaan yang hampir sama ketika perlawanan dengan Chelsea Rabu lalu. Tahap kecederaan tidak dapat disahkan lagi tetapi jika kecederaan Gerrard bertambah buruk, ia akan memberi kesan untuk baki perlawanan musim ini kerana perbezaan mata yang kecil Liverpool untuk menghambat United.

''Steven tidak cergas seratus peratus - anda boleh lihat sendiri. ''Begitu juga Fernando Torres, anda boleh lihat mereka agak keletihan, tidak cergas sebelum biasa,'' kata Benitez, yang mengalu-alukan Mascherano daripada penggantungan.

Di atas kertas, Liverpool sepatutnya mampu mengetepikan Blackburn tanpa banyak masalah.Blackburn mengharungi musim ini dengan bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran dan tiba di Merseyside dengan catatan tanpa kemenangan liga di Anfield sejak 1993.

Pengurus Blackburn, Sam Allardyce berada di Anfield Rabu lalu menyaksikan sendiri pertahanan lemah Liverpool yang menjadi pemusnah kepada Chelsea. Dia yakin pemain-pemainnya boleh mengambil kesempatan daripada beberapa kelemahan yang disaksikan di Anfield. ''Saya menyaksikan perlawanan tersebut, aksi pasukan paling menyerlah ketika ini.''Kami berharap dapat menggugat sedikit keyakinan mereka. Maruah mereka tercalar, namun mereka hanya satu mata di belakang Manchester United,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini