Calon BN Ismail Saffian kelihatan berada dalam keadaan sukar berdepan lawannya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - jika maklum balas jentera Umno dan MCA ini tepat.
Pada hari keempat berkempen di parlimen Bukit Gantang, seorang pemimpin kanan MCA kecewa calon itu bersama pekerja kempen BN tidak setanding petugas Pakatan Rakyat.
Dalam lawatannya ke kampung baru Cina di Simpang dekat Taiping semalam, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata BN tidak membawa banyak bahan kempen ketika bertemu pengundi.
BN juga tidak menjawab serangan pembangkang secara bertulis terhadap kerajaan BN Perak dan kerajaan persekutuan.
"Dalam hubungan ini, kumpulan Pakatan Rakyat buat kerja dengan lebih baik, setidak-tidaknya bahan kempen mereka, yang ditujukan untuk mengkritik kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan," kata Dr Chua di blognya petang ini.
"Namun begitu, BN tidak berbuat secukupnya untuk menangkis banyak tohmahan (Pakatan) ini dalam bentuk tulisan. Lama-kelamaan, sebahagian tuduhan ini akan kelihatan benar."
Beliau mencadangkan BN meningkatkan mutu bahan kempennya.
"Kita jangan lupa Pakatan selepas kemenangannya (tahun lalu) berada dalam keadaan penuh bersemangat. Ia mempunyai anggota yang lebih beriltizam dan banyak sumber bagi menggerakan perang kempen ini," coret Dr Chua lagi.
"Daripada kain rentang, bendera parti, baju T dan lencana, jelas sekali hari ini Pakatan telah memiliki sumber-sumber setanding BN.
"Di Bukit Gantang, BN sedang bergelut dengan tugas berat (untuk menang)."
Sementara ADUN Umno Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi pula menyifatkan calon BN itu menghadapi cabaran besar meyakinkan pengundi Melayu di Trong, satu daripada tiga DUN bawah Bukit Gantang.
"Sudah tentu kita (BN) ada kawasan hitam kita, macam di kawasan Trong, yang pengundi Melayunya yang kelabu-hitam," katanya ketika ditemui Malaysiakini sewaktu berkempen hari ini di Taman Paloh bawah DUN Changkat Jering.
"Juga kawasan Kuala Sepetang apabila pengundi bukan Melayu tidak begitu bersama-sama kami. Tetapi kita lihat gerakan daripada MCA, Gerakan sendiri cukup memberi kita harapan untuk mendapat sokongan pengundi bukan Melayu."
[Penandaan warna ini dibuat oleh parti-parti politik untuk menentukan aras sokongan yang diterima berdasarkan culaan undi semasa. "Putih" bermakna menyokong kepada sesebuah parti, "hitam" (pihak lawan) dan "kelabu" (tidak pasti atau 50-50).]
DUN Trong dikuasai wakil rakyat BN, Datuk Rosli Husin, yang juga ketua bahagian Bukit Gantang.
Nolee Ashilin waktu itu bersama kira-kira 20 ahli Puteri Umno mengambil pendekatan berbasikal dari rumah ke rumah untuk membawa imej lebih mesra pengundi.
Katanya, petugas BN itu menyebarkan risalah perkembangan politik Perak supaya para pengundi memahami krisis antara BN dengan Pakatan yang berlarutan sejak Februari.
02 April 2009
BN tak tahu jawab serangan PR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Recent Posts : Dr Siti Mariah
Popular Posts
-
Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kris...
-
Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lesta...
-
Umno dan Utusan Malaysia ;- Ibarat aur dengan tebing Ibarat isi dengan kuku Ibarat irama dengan lagu Mereka tidak boleh dipisahkan, sali...
-
Akhbar media perdana khususnya Utusan Malaysia dan The Star terus-menerus memalukan gendang pertembungan antara golongan ulama dengan profes...
-
Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat gambar sekitar majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Husna yang telah berlangsung kelmarin. Ter...
No comments:
Post a Comment