23 April 2009

Umno umpama 'hidung tak mancung ............'

Pemimpin Umno terutama Zambry ni masih tak faham-faham bahawa PAS tak ingin untuk bekerjasama dengan mereka. Kenyataan tegas DS Nizar Jamaluddin menolak sebarang bentuk kerjasama lebih-lebih lagi dalam membentuk kerajaan Perak dengan Umno sepatutnya mudah sangat difahami. Tindakan zalim mereka (Umno) merompak kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri ini tidak mudah untuk dilupai oleh PAS.

Penolakan pengundi secara total terhadap Umno/BN diBukit Gantang dalam piliharaya kecil baru-baru ini menunjukkan bahawa parti ini perlu melakukan sesuatu jika ingin terus bertapak di Negeri Perak. Akhirnya mereka seboleh mungkin ingin bekerjasama dengan PAS, walau pun kadang-kadang dilihat semacam 'hidung tak mancung pipi tersorong-sorong'.

Bagi PAS pula jika menerima ajakan Umno ini akan meletakkan parti dikedudukan paling sukar kerana semua sedia maklum bahawa rakyat memang sudah menolak parti ini. Justru apa yang perlu dilakukan oleh PAS ialah meneruskan momentum rakyat agar terus menyokong perjuangan kita, kerana lambat laun kita amat yakin dengan usaha yang berterusan dan dengan pertolongan Allah kita akan memerintah kembali negeri Perak apabila Umno/BN sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi bila PRU 13 tiba nanti.

Berikut adalah berita yang menunjukan keinginan yang amat sangat Umno bekerjasama dengan PAS.

UMNO sedia bekerjasama dengan Pas dan parti-parti pembangkang lain dalam usaha mewujudkan kestabilan politik di negeri ini, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Bagaimanapun, katanya, keinginan untuk bekerjasama itu perlu datang daripada kedua-dua belah pihak dan bukannya UMNO sahaja.

''Kita sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama bukan sahaja dengan Pas, malah dengan semua pihak bagi mengekalkan kestabilan politik di negeri ini.

''Namun demikian, kita tidak boleh bertepuk sebelah tangan sahaja, kena dua-dua belah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mahukan para pemimpin yang mewakili kumpulan parti politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah kerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.

Bagaimanapun, seruan tersebut ditolak oleh Pas yang tetap berkeras mahu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembubaran DUN merupakan jalan penyelesaian terbaik ke arah mencapai kestabilan politik di negeri ini.

Beliau berkata, mengikut amalan demokrasi raja berperlembagaan, Sultan perlu mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat penentuan menerusi pembubaran DUN dan pilihan raya negeri.

1 comment:

  1. memang pun perangai ameno mcm tuu... dah lama dah. kalau dia orang kuat dan menang besar dlm PRU tuan/puan ingat dia orang nak sorong hidung kemek pipi hitam kat PAS ka? kali ni dah betui2 tersepit mula lah cari akai nak pekena PAS,sanggup guna pintu belakangistana pulak tu.pada PAS dan ahli2 akar umbi mati hidup balik pun xakan terima parti haprak melayu ni. kami akar umbi PAS lebih percaya lagi pada kejujuran DAP dan PKR dlm membentuk kerajaan yg bersih.menerima ameno dlm kerajaan campuran ka,perpaduan ka samalah menerima seekor biawak hidup masuk dlm rumah kita.haru-biru nanti satu rumah.xpayahlahhh.

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini