Mengikut perkiraan semasa jika Umno/BN masuk gelanggang pada ketika ini mereka bolehlah dianggap menempah maut. Ada banyak faktor yang tidak menyebelahi mereka pada ketika ini, antaranya.
1. Umno/BN tewas semua PRK di semenanjung selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu, mereka hanya menang ditempat paling mundur di Serawak.
2. Di keliling kelalang Umno masih ramai yang demam tak kebah-kebah kerana tidak terpilih atau tersingkir dalam kabinet baru DS Najib.
3. Perasaan kecewa dan sakit hati masih terpendam dikalangan pimpinan yang menang tetapi tidak dipilih sebagai pemimpin negara.
4. Umno sedang melancarkan upacara pulih semangat dikalangan ahli dan pimpinan mereka.
4. Kami (Umno) dah letih, berilah peluang rehat dulu.
5. Ada lagi ke? ............
BERITA-BERITA LAIN YANG BERKAITAN
PETALING JAYA: Buat julung kali dalam sejarah pilihan raya negara ini, Barisan Nasional (BN) sudah mula mengkaji langkah untuk menolak 'tawaran' bertanding pilihan raya kecil.
Lazimnya, BN akan menang tanpa bertanding kerusi pada hari penamaan calon pilihan raya umum, malah tidak pernah melepaskan peluang mencuba nasib pada pilihan raya kecil yang diadakan dari semasa ke semasa.
Kali ini suasana agak berlainan.
Penanti salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak membayangkan BN berkemungkinan tidak akan meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen BN.
Jika ia menjadi kemungkinan apakah Pakatan Rakyat, yang akan menurunkan calon PKR, akan menang mudah tanpa bertanding?
Ataupun pertandingan tetap diadakan jika ada calon Bebas pula yang turun gelanggang.
Najib, yang juga Pengerusi BN berkata, BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.
"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri peringkat Parlimen Pekan di Kuantan hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.
Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.
"Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," kata beliau dipetik Bernama.
Banyak pihak mengesyorkan agar BN tidak meletakkan calon bersaing di Penanti atas beberapa alasan.
Ini termasuklah bagi mengelakkan pembaziran wang dan masa. Sejak pilihan raya umum Mac 2008, negara telah menyaksikan lima pilihan raya kecil termasuk penggunaan wang lebih RM30 juta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis untuk mengendali dan memastikan kelancaran pilihan raya kecil.
Malah syor yang sama pernah diutarakan ketika kerusi Permatang Pauh dikosongkan bagi membolehkan Anwar bertanding Ogos lalu.
Ketika itu syor agar Umno dan BN tidak meletakkan calon diutarakan oleh Pengerusi Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.
Kali ini, Najib berkata, BN akan sepakat berhubung pilihan raya kecil itu.
"Sebab kita perlu kuat kata sepakat, dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya.
"Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu diadakan.
Najib menekankan bahawa pilihan raya kecil itu sepatutnya hanya diadakan apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi menentukan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti di Pulau Pinang ekroan keputusan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan kelmarin.
"Peletakan jawatan ini merupakan keputusan politik dan boleh disifatkan sebagai mainan politik untuk tujuan tertentu. Jadi rakyat pada umumnya tidak suka pilihan raya kecil yang sengaja diadakan," kata Najib.
Malah semalam, Najib juga berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan selain daripada kematian, sebab-sebab lain yang membolehkan pilihan raya kecil diadakan ialah jika seseorang ADUN dan Ahli Parlimen itu diisytiharkan bankrap atau tidak berupaya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya kerana faktor-faktor tertentu.
Bagaimanapun, beliau berkata meletak jawatan adalah bertentangan dengan konsep demokrasi berparlimen.
PETALING JAYA: Wanita Barisan Nasional (BN) berharap semua parti komponen akan menyokong cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun hari ini berhubung kemungkinan BN tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.
Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil itu tetapi tidak bersetuju dengan helah yang cuba dilakukan pembangkang berhubung peletakan jawatan secara sengaja oleh ADUN kawasan itu, Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Kami Wanita UMNO bersiap sedia tetapi kami tidak bersetuju proses demokrasi negara ini disalahgunakan dan diperlekehkan sehingga rakyat menjadi magsa oleh kerenah individu dan kegagalan pembangkang menyelesaikan masalah dalaman parti mereka.
"Cukuplah dengan helah pembangkang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Najib hari ini berkata, BN berkemungkinan tidak akan meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil DUN Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen BN.
Semalam, Mohd Najib juga berkata, terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu diadakan dan menekankan ia sepatutnya hanya diadakan apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.
3. 'PKR kekal, memudahkan'
KUANTAN 18 April - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik sekiranya Barisan Nasional (BN) enggan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.
Katanya, tindakan tersebut bukan saja membolehkan PKR terus kekal di kerusi DUN itu malah ia memudahkan parti berkenaan meneruskan kerja-kerja mereka di kawasan tersebut.
"Saya sambut baik sekiranya hasrat BN tidak mahu letak calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti.
"Tindakan tersebut akan membolehkan kita (PKR) kekal dengan kerusi itu dan kita juga tidak perlu berkempen," katanya selepas merasmikan Pejabat Perhubungan PKR Pahang di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bahawa BN sedang mengkaji sama ada mahu menyertai pilihan raya kecil DUN Penanti atau sebaliknya.
percaya ke BN tak bertanding?
ReplyDeletehati2 dengan lidah orang itu.
tunggu hingga tamat tempoh penamaan calon.
awas.. orang mukmin takkan jatuh lubang 2 kali.
Ia juga mengesahkan PM baru memang seorang PENAKUT sebagaimana dinyatakan oleh Tun Mahatdir semasa zaman Tun AAB menjadi PM. Memang beliau bukan anak jantanlah senangnya....pondan.
ReplyDelete