14 April 2009

NP : DS Nizar mula dapat pencalunan

Setiausaha akhbar Presiden gagal mempertahankan jawatannya sebagai yang dipertua yang disandang selama dua penggal di Kelana Jaya. Beliau gagal mempertahankan jawatan tersebut yang dipegangnya sejak 2005 – sebagai kawasan parlimen yang baru – di tangan timbalannya Izham Hashim yang juga merupakan Ahli Majlis MBSA

"Kalah menang adat pertandingan, mungkin akar umbi mahu pemimpin (yang) lebih baik daripada saya, bekerja lebih kuat daripada saya," kata Roslan ketika ditanya.

Roslan, yang juga ketua penerangan PAS Selangor, tewas 10 undi di tangan jurutera itu.

Kelana Jaya mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai timbalan presiden, manakala Mohamad Sabu, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan Taib Azamudden sebagai naib presiden.

Mesyuarat kawasan-kawasan PAS yang bermula 9 Mac lalu, akan berakhir hujung minggu ini. Manakala mesyuarat ketiga-tiga dewan - Pemuda, Muslimat dan Ulama - di peringkat negeri akan berlangsung antara 20 April hingga 10 Mei.

Pemilihan barisan pemimpin atasan parti di muktamar ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam antara 3 hingga 7 Jun 2009. Ia dijadual disertai lebih 1,000 perwakilan dari 175 kawasan PAS di seluruh negara. Pemilihan dan persidangan Pemuda, Muslimat dan Ulama dijadual berlangsung sehari pada 4 Jun.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini