Rumah ini yang lambat siap telah menjadi misteri.....!!! Terletak di Sek. 7, di Jalan Firoz 4, Shah Alam, Selangor..... yang tersergam indah telah menjadi persoalan orang ramai kerana 'signboard'nya telah hilang....!!!
Menurut orang ramai....... rumah ini yang ditaksirkan hampir RM10 Juta adalah kepunyaan seorang CEO GLC SELANGOR yang telah pun diberi cuti.....!!!!
Mungkin Tan Sri Khalid atau MBSA boleh beri jawapan samada rumah ini akan menjadi MISTERI selama-lamanya.....!!!!
kiriman email oleh azmel zefery, kotaraja
04 April 2009
Rumah Misteri bernilai hampir RM10 juta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Recent Posts : Dr Siti Mariah
Popular Posts
-
Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kris...
-
Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lesta...
-
Umno dan Utusan Malaysia ;- Ibarat aur dengan tebing Ibarat isi dengan kuku Ibarat irama dengan lagu Mereka tidak boleh dipisahkan, sali...
-
Akhbar media perdana khususnya Utusan Malaysia dan The Star terus-menerus memalukan gendang pertembungan antara golongan ulama dengan profes...
-
Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat gambar sekitar majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Husna yang telah berlangsung kelmarin. Ter...
komen penuh dari mazlan abu panasonic
ReplyDeleteBERITA PENUH...
Kalau dilihat dengan mata kasar rumah yang tersegam indah ini yang masih dalam peringkat pembinaan di Seksyen 7, Jalan Firoz 4, Shah Alam orang akan menyangka ini hanyalah sebuah lagi kediaman mewah kepunyaan seorang yang kaya.
Kemungkinan ia dipunyai oleh seorang jutawan atau seorang ahli perniagaan yang berjaya, selalunya begitulah kalau seseorang itu sudah maju dalam kehidupannya daripada segi ekonomi sudah tentu mahukan mahligai yang lebih selesa untuk diri dan keluarganya.
Maklumlah Seksyen 7 dikatakan kawasan orang kaya,sama seperti Bukit Persekutuan di Kuala Lumpur. Rumah-rumah disitu semuanya besar-besar belaka. Kalau harga sesebuah rumah di kawasan itu tidak mencecah sekurang-kurangnya RM2 atau RM3 juta tidak bolehlah jadi ahli kelab eksklusif Seksyen 7.
Ikut pepatah Melayu ukur baju dibadan sendiri, ikut kemampuan masing-masinglah. Kalau besar periuk nasi besar jugalah keraknya, begitu peribahasa Melayu yang sangat halus menyampaikan sesuatu mesej yang sarat dengan makna dan firasat.
Menurut Haji Azmi Hassan, Timbalan Ketua PKR Bahagian Putarjaya rumah tersebut memang besar saiznya, sehinggakan tidak ada langsung seinci tanah disekeliling tanah yang tinggal, semuanya digunakan sepenuhnya untuk mendirikan struktur rumah.
"Kalau dilihat dari luar minima rumah itu mempunyai sepuluh buah bilik dan tingginya pula tiga tingkat," kata beliau lagi.
Seolah-olah tidak mahu rahsia betapa besar rumah tersebut, tuan punya memastikan tidak siapa pun yang boleh memasuki kawasan pembinaan dengan memagar seluruhnya dengan zink, hatta pintu masuk dibahagian depan pun dimangga.
Rumah misteri itu dikatakan berjirankan orang-orang berpangkat besar juga. Khabarnya jiran sebelah ialah seorang Menteri Kabinet dan didepan pula rumah-rumah bekas pegawai tinggi kerajaan yang sudah pencen.
Harga "istana" itu pun boleh tahan - RM10 juta. Menurut Haji Azmi lagi yang mengambil gambar rumah tersebut jiran yang ditanya beliau menyatakan rumah tersebut mula dibina sebelum Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat iaitu sebelum 8 Mach 2008.
Ini bermakna rumah ini dibina semasa zaman pentadbiran mantan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Siapa agaknya empunya mahligai yang menjadi impian orang yang melihat dan mereka yang mengaguminya?
Papan tanda pun sudah hilang sebaik sahaja Pakatan Rakyat menang. Mungkin tuan punya tidak mahu identitinya diketahui masyarakat. Jadi tidak diketahui siapa pemiliknya, firma arkitek mana yang diupah dan siapa pula yang memberi kelulusan tetapi tambah Haji Azmi lagi ia kepunyaan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat kaitan kerajaan negeri (GLC) Selangor.
Wah kalau begitu kaya betullah pemilik rumah ini dan sudah tentu beliau berasa amat bertuah kerana mampu memiliki rumah sedemikian besar dan gah.
Dengarnya orang nombor satu GLC in bergelar malah baru-baru ini tugasnya digantung menurut sumber.
Selalunya kalau menjawat CEO sebuah GLC itu dikira kakitangan kerajaan jugalah, mungkin bab gaji lebih sikit daripada pegawai kerajaan lain.
Kalaulah diconggak gaji yang diperolehi sebagai kakitangan kerajaan dengan rumah yang dimiliki tidak masuk akal.
Mana mungkin seorang pegawai kerajaan boleh membina rumah berharga sampai RM10 juta dengan tangga gaji kerajaan yang tidak seberapa itu.
Maknanya Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah kena masuk campur dan buka fail siasatanlah terhadap individu ini. Jangan pula ada pendakwaan selektif atau pilih kasih.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mempunyai integriti yang tinggi dan sudah tentu Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana kakitangan GLC atau agensi kerajaan negeri yang menyalahguna kuasa dan kedudukan untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga.
Mungkin boleh diadakan satu pertandingan rumah yang paling besar dan mewah dan pemenangnya pula sudah tentu akan diberi hadiah yangh cukup lumayan - tiket kapalterbang melawat Disney Tokyo!