15 September 2009

Gambar & Peristiwa Menarik

Prihatin : YB Dr Siti Mariah menolak kereta warga emas yang hadir dalam majlis berbuka puasa bersama KPP di DUN Sri Andalas.
PAS FOR ALL : Para tetamu yang terdiri dari berbilang bangsa Melayu, Cina dan India yang kesemuanya bernaung dibawah PAS menikmati juadah berbuka puasa.PUAS HATI YB KHALID DATANG : Macam biasa TENTERA MERAH Pemuda PAS Kota Raja sentiasa meluangkan masa membantu setiap aktiviti anjuran Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja, susah nak dapat kawan macam Pak Yob dan Tuan Zainal ni.
ISU KEPALA LEMBU : YB Khalid serious menyampaikan taklimat isu semasa sempena program bersama KPP ini

Berkaitan berita ini sila layari :

Ihya Ramadhan bersama Kelab Penyokong PAS Kota Raj...

TAZKIRAH KEPADA NON MUSLIM !!

Teman Respect Al-Bakistani...

AKU BENCI JUMUD !!

7 comments:

  1. program menarik..... tp yang menariknya... tak ramai yang tertarik... dtg pun sbb kerusi roda beb!!!

    ReplyDelete
  2. Salam jebat kota raja,

    baca yang ni satu persatu :

    Ihya Ramadhan bersama Kelab Penyokong PAS Kota Raj...

    TAZKIRAH KEPADA NON MUSLIM !!

    Teman Respect Al-Bakistani...

    AKU BENCI JUMUD !!

    ReplyDelete
  3. Salam Jebat Kota Raja

    Kalau dah letakkan nama sendiri sebagai Jebat Kota Raja, kita tak lah bodoh sangat tapi faham lah sifat yang ada pada seseorang tu bila mengaku diri sehebat Hang Jebat manakala kami pula dilebelkan sebagai 'Hang Bodek', kehebatan tuan memang terbukti, saya kagum dan perlukan org semacam ini untuk muncul membetulkan keadaan dan kepincangan dalam PAS KR.

    Cuma saya kurang pasti mengapa masih perlu menyamar diri dengan mengambil nama 'penderhaka' tu. tentulah tuan punya sbb tersendiri kerana tuan menulis pun dalam keadaan yg agak marah dan tegang walau kini kita semua berpuasa.

    Tulisan tuan 100% semuanya betul dan saya tak ada bantahan langsung termasuklah menyuruh kami meletak jawatan juga adalah satu tindakan paling bijak yang terbit dari tuan yang banyak ilmu agama ini dan tentunya tuan orang yang paling banyak BERJASA dalam PAS KR sejak tertubuhnya PAS Kawasan ini.

    Saya cadangkan tampil dan kenal kan diri ambil alih sahaja tempat kami, dan untuk makluman di PAS KR ni ada puluhan malah ratusan tugas lagi yang tuan boleh isi supaya ia menjadi PAS Kawasan yang terbaik. Manakala kami yg sudah cyzen ini tidak kemana dan akan teruskan tugasan seperti biasa walau pun tuan tak setuju kerana segala yang kami lakukan bukan kerana tuan tapi kerana Allah Taala. Biarlah Allah Taala menilai kerja buat kami, dan tuan teruskan saja mencerca kami kalau itu dirasakan baik dan mudah-mudahan kami pula akan mendapat pahala darinya tambahan didalam bulan Ramadhan al Mubarak ini.

    Maaf nak kata, cara tuan bukannya cara org yang duduk dalam organisasi PAS Kota Raja dan tidak tahu pahit maung mentadbir organisasi ini. Saya kenal beberapa orang di KR ini yg ada sikap macam tuan sejak lama dulu, cuma saya tak pasti adakah telahan saya betul bahawa tuan yang menyamar ini memang saya kenali dan kalau tuanlah org nya saya tak hairan. Teruskan kerja tuan.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas respon Sekretariat, bkn marah cuma menegur... Rasulullah pernah sebut dlm satu hadis " jgn kamu lihat siapa yang berkata sebaliknya lihatlah apa yang dikatakan" sbb2 jebat tdk guna nama sebenar.... utk pengetahuan hang jebat la hero melayu sebenar, kalu ikut cerite hikayatnyala...

    kalu Sekretariat ada mase beli buku FIQH Al-HARAKAH dari sirah NABAWIYAH, tulisan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ade 3 jilid... cadangan jebat beli untuk pej parlimen kota raja... Insya Allah boleh buat usrah di pej....

    selamat hari raya maaf zahir & batin
    Allahua'lam

    ReplyDelete
  5. Posting dari email yg saya terima,

    Komen saya:
    Ini rasenya org muda yg amat mementingkan prog usrah. Tak dinafikan kepentingan tersebut tp perlu ingat natijah akhir dari usrah adalah mampu melahirkan para daie/pendakwah yg boleh buat kerja.

    Ramai yg hadir usrah tp hanya habis stkt usrah tp kerja tak nak buat malah kalau dlm QCC term dipanggil passenger / penumpang saja.

    Dlm masa kita menjadi pemerintah skg kita perlu jadi penggerak dan diharapkan dr usrah dpt melahirkan penggerak ini.

    Tak mustahil walaupun hanya hadiri kuliah mghb di surau atau masjid tp mampu melahirkan org utk melakukan kerja. Bergantung kpd cara org penyampaian/ust kulaih tsbt. Taufiq dan hidayah dari anugerah Allah.

    Hayati perjuangan & pengorbanan Rasulullah dan para sahabat dan letakkan diri kita dlm situasi mereka, InsyAllah dpt melahirkan sedikit momentum utk melaksanakan tugasan.

    Abaikan komentar yg tidak membina "jebat". Kalau usrah & tarbiyyah menjadi agenda utamanya silakan dan pd masa yg sama kita semua perlu menambah ilmu Allah yg maha luas ini.

    Pesanan terakhir: Ia Islam diutamakan, tp perlu ingat kita perlukan executive power utk melaksanakan Islam dan power tersebut boleh diperolehi dari jalan politik => Politik Islam yg ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

    Sekian komen saya ttg "Jebat"

    p/s: one day we will catch him !

    ReplyDelete
  6. Salam Ust. Jebat

    Boleh tegur, cuma cara Ust Jebat menegur tu yang tak kena cara dan marah ikut hati membabi buta (betullah sekarang musim H1N1)cara org muda lah katakan. Fakta pun tak cukup, tulis sesedap rasa aje, kan memalukan diri.

    Next time kalau berlaku lagi macam ni, tulis lah kat mana-mana dulu dengan perasaan amarah yang didorong oleh ..........tu tapi jangan posting dulu ... simpan jap kemudian ambil wuduk buat lah solat sunat yg sepatutnya (kan ke Ust) tak kan saya nak ajar pulak .... dalam usrah masa saya ikut cawangan buat tu ada jugak dibincangkan bahawa sabar tu 1/2 dari iman.

    Lepas dah solat tu baca balik tulisan Ust Jebat tu mula dari dalam ruang chating yang boleh satu dunia baca tu kemudian nilai balik. Patut ke aku buat macam ni ... aku ni dah pergi usrah semua korikulum dah diikuti ... dah pandai Islam tapi kata-kata yang aku tulis ni patutkah di pamirkan untuk bacaan satu dunia, aku cerca orang yang tidak sehaluan dengan ku.

    bersambung

    ReplyDelete
  7. sambungan

    Ada satu cerita

    'Ada seorang anak muda yang mempunyai sifat naik angin dan cepat marah dan setiap hari dia berkelakuan demikian tidak kira tempat dan masa samada sesuai atau tidak dia asyik marah sahaja kepada orang disekelilingnya yang tidak mahu mendengar cakapnya.

    Suatu hari pemuda ini bertanya kepada bapanya bagaimana cara untuk menghilangkan sifat pemarah dalam dirinya.

    Lalu bapanya memberikan pemuda tersebut seguni PAKU dan hammer. Bapanya berpesan kepada pemuda tersebut jika kamu marah pada hari tersebut kamu hendaklah memaku PAKU tersebut didinding batu dihadapan rumahnya.

    Beberapa hari kemudian sianak berjumpa bapa dan memberitahu bahawa dia telah mula memaku paku tersebut kedinding batu yang diminta oleh ayaknya itu bila dia berasa marah.

    Hari terus berlalu dan beberapa bulan selepas itu sianak memberitahu bapanya bahawa paku tersebut telah habis semua di paku kedinding.

    Selepas itu bapanya tersenyum dan meminta pula anak muda tersebut bermula pada hari ini menjadi orang yang tidak pemarah lagi dan jika berjaya hendaklah mencabut 1 paku tersebut setiap hari yg dia dapat bersabar dan tidak marah.

    Hari berlalu dan akhirnya pemuda tersebut bertemu bapanya dengan tersenyum dan menyatakan bahawa dia sudah menjadi pemuda yang bukan pemarah lagi dan semua paku didindig itu sudah habis dicabutnya.

    Bapanya mengajak pemuda tersebut kedinding tersebut dan menunjukkan kepada anaknya sekali pun dia sudah jadi orang yang tidak marah tapi dinding tersebut telah rosak dan berlubang kesan dari tarikan paku tersebut.

    Moralnya : Kesan kepada orang yang kita marah tidak akan hilang sekali pun kita telah berubah menjadi orang baik dan penyabar.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini