26 September 2009

Parti Makkal Sakti Malaysia ~ TIADA sambutan

Kota Raja ~ Masyarakat India kebanyakannya sambut dingin penubuhan Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini yang dijadual dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak bulan depan.

Parti Makkal Sakti ditubuhkan oleh bekas pemimpin pertubuhan Hindraf yang telah diharamkan Oktober lalu.

Parti itu yang kini sedang giat mencari sokongan dari kalangan masyarakat India sebagai satu alternatif kepada MIC telah cuba memancing Ahli Kelab Penyokong PAS Kota Raja dengan menawarkan pelbagai jawatan untuk mereka. Ini dinyatakan oleh En Letchumanan selaku Pengerusi KPP Kota Raja merangkap Pengerusi KPP Selangor baru-baru ini.

Parti Islam Se Malaysia (PAS) khusus PAS Kawasan Kota Raja amat beruntung kerana nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam KPP kini menunjukkan hasil dimana mereka terasa amat selesa dengan pimpinan PAS Kawasan yang mereka anggap terlalu suci walau pun mereka tidak diumpan dengan wang ringgit tetapi mereka tetap masih setia kerana prinsip-prinsip Islam yang ditunjukkan kepada mereka bersesuaian dengan naluri kehidupan mereka.

2 comments:

  1. YA BETUL ITU MAKKAL SAKTI TETIBA MEREKA INI YANG PERNAH DIKURUNG MENYOKONG PULAK SIKITOL PUTRA JAYA

    ReplyDelete
  2. Rakan-rakan seperjuangan khususnya dari kaum India, jgn disia-siakan pengorbanan selama ini hanya krn sedikit habuan dunia.

    Parti Makkla Sakhti pro UMNO/BN dan alternatif pada MIC...............??!!

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini