02 September 2009

KPP masih menunggu : Hu Pang Chaw

Pemimpin Pas diminta terlebih dahulu meyakinkan masyarakat bukan Islam mengenai kesungguhan parti itu mempelawa mereka menyertai Pas termasuk kesediaan mengubah dasar dan perlembagaan parti.

Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan, Hu Pang Chaw berkata, masyarakat bukan Islam juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu.

“Kami takut suara kami tidak diambil kira manakala hak lain pula dipinggirkan,” katanya kepada pemberita bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa sudah sampai masanya parti itu membuka keahliannya kepada bukan Islam selaras dengan dasar Pas yang tidak berteraskan perkauman.

Hu berkata, kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya sudah lama ditunggu masyarakat bukan Islam yang menyokong parti itu memandangkan cadangan membuka keahlian parti sudah lama dibincangkan namun seolah-olah tidak diendahkan parti itu.

“Jika serius segerakanlah perkara ini dan ubahlah perlembagaan bagi membolehkan kami menyertai Pas," katanya.

Hu berkata kelab itu mempunyai 20,000 orang anggota di seluruh negara. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini