28 September 2009

Penolakan MIC : Pemimpin Umno akui

Pemimpin Umno serta daripada parti komponen BN berhak menyuarakan pandangan daripada akar umbi berhubung kemelut kepimpinan dalam MIC, tetapi tidak seharusnya campurtangan secara langsung dalam isu berkenaan, kata seorang pemimpin Umno.

Mohamad Shukor, yang juga ADUN Kuang mengakui wujudnya penolakan terhadap MIC daripada pemimpin-pemimpin parti komponen BN, termasuk Umno.

Namun, jelasnya, beliau tidak mengetahui sekiranya terdapat pemimpin Umno yang turut sama bersekongkol untuk menjatuhkan presiden MIC itu, kata Syukor yang boleh diibarat seperti kura-kura dalam perahu ... pura-pura tak tahu.

Kalau nak tahu tanyalah Che Det.

1 comment:

  1. Makkal Sakhti platform raih semula sokongan

    Penubuhan Makkal Sakhti adalah platform terbaik menarik balik sokongan pengundi kaum India yang sudah hilang kepercayaan terhadap MIC dan penyertaan Datuk S Subramaniam mampu menarik lebih ramai ahli dalam parti itu.

    Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, tindakan bekas Timbalan Presiden MIC itu akan mengembalikan sokongan kaum India kepada Barisan nasional (BN) terutamanya kepada penyokong setia beliau dan pengundi yang berpaling arah.

    “Secara tidak langsung penubuhan Makkal Sakhti akan menggugat MIC kerana kebanyakan pengundi menyokong BN tetapi tidak suka kepada MIC disebabkan oleh masalah dalaman parti tertua mewakili kaum India sejak ditubuhkan pada 1946,” katanya kepada Sinar Harian.

    Ditanya mengenai kesan dan perubahan yang akan berlaku kepada masyarakat Indian di negara ini sekiranya Makkal Sakhti menyertai komponen BN, Sivamurugan berkata, parti itu mampu memberi sumbangan besar kepada BN sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat itu.

    “Sewajarnya pemimpin MIC menganggap parti ini sebagai satu cabaran kepada mereka dengan mengambil pemikiran positif membaik pulih kembali masalah dalam melanda mereka. Makkal Sakhti bukan sahaja alternatif kepada kaum India tetapi turut memberi saingan kepada MIC,” katanya.

    Ditanya mengenai kesan negatif yang timbul terhadap MIC, beliau berkata, penyertaan Makkal Sakhti tidak akan parti memperkecilkan kewibawaan parti MIC yang selama ini menjadi tulang belakang mewakili kaum India terhadap komponen BN tetapi memberi saingan yang jelas.

    “Selepas pilihan raya umum 2008, banyak parti kecil seperti Hindraf timbul bagaikan cendawan kerana masyarakat India sudah tidak percaya kepada MIC. Sedangkan MIC sebelum ini juga sudah mempunyai parti kecil antaranya seperti TAFE dan MIED,” katanya.

    Parti Makkal Sakthi yang diketuai R S Thanenthiran dikatakan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober ini.

    Semalam akhbar ini melaporkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penubuhan parti Makkal Sakhti sebagai satu langkah yang baik memandangkan banyaknya sokongan bagi penubuhan parti baru itu.

    Beliau dilaporkan berkata, penubuhannya juga perlu sebagai langkah mengekalkan sokongan kaum India terhadap kerajaan.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini